18 Jun 2012

Summer Trip 2012 (Venice, Italy) Part 1

Assalammualaikum semua
sambungan episod summer holiday yang lepas lagi. Lately ni malas betul nak buat n3 kat blog tapi tu la nak juga simpan disini untuk kenangan dan rujukan nanti. Terima kasih pada yang sudi mengikuti cerita cuti-cuti dari Italy.  Daripada destinasi persinggahan yang lepas iaitu dari Menara condong Pisa kami meneruskan perjalanan ke destinasi kami yang ke 3 iaitu ke kota ke Venice, Italy pula.

Terdapat 3 cara untuk sampai ke kota Venice ni. Kalau pelancong datang dengan menggunkan bas akan tiba di station bas Pizziale Roma. Jika tiba ke kota Venice melalui keretapi pula, akan tiba di station keretapi Ferrovia Santa Lucia dan manakala jika menaiki feri, ia akan berlabuh di Porto Crocieristico iaitu tempat pelabuhan feri di Venice. Kami selamat tiba di Venice pada jam 11.30malam pada 3hb Jun 2012 dan kami terus check in hotel untuk merehatkan diri saja. Pada keesokkan harinya pula kami memulakan lawatan melawat disekitar kota Venice.

Venice atau nama tempatannya dikenali sebagai Venezia adalah merupakan satu kota yang sangat menarik dan terkenal dikalangan para pelancong di seluruh pelusuk dunia. Grand canal adalah sebuah terusan yang terbesar dan terpanjang di Venice.

5jam saja kami dikota Venice ni kami terpaksa mengundurkan diri untuk meneruskan destinasi kami yang seterusnya pula. Gambar yang diambil agak kurang menarik hari tu sebab cuaca agak mendung nak hujan...selepas kami bergerak keluar saja hujan pun turun so...layan jer la gambar yang ada ni.
Kota romantis Venice ni memang terkenal dengan beratus terusan dan jambatan.






Yang menarik sekali bila sampai sini kita dapat melihat banyak kenderaan air digunakan. Terdapat gondola, bot-bot kecil dan water taxi digunakan disini. Boleh tahan mahal juga naik gondola tu bayaran yang dikenakan dalam euro 80 untuk 30 minit saja. Tapi naik jugalah sebab pengalaman mcm tu tak tau bila pula akan dapat kan. Selain dari gondola sebagai pengangkutan disana ada juga bas air atau dikenali dengan vaporetti.












































bersambung pada summer trip to Venice part 2 pula nanti.....


13 comments:

  1. As'salam Nieza cayanggg
    K.ct tak sempat nak baca kisah perjalan Nieza di Italy ni. tup2 dah kisah ke3 dahhh..hehehe

    Cantik2 tempat tu Nieza rasa seronok melihat pemandangan yang cantik. memang indah, memang teruja sangat2 cantik semuanya termasuk model berdua dalam bot tu hehehe

    entah bila k.ct nak sampai ketempat ini agaknya..verangannnn jerlah dulu hehehe

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum nieza cayang...
    Seronoknya p jejalan bercuti mcm nie kan nieza.... Semua gambar tu cantik belaka.... N mcm yg akak ct ckp tu... Modelnya pun cantiik... Hhehehe...

    ReplyDelete
  3. Salam Nieza,
    lama betul tak menjengah kat sini... waduh.. waduh... bestnya holiday... cantik gambar tu..

    ReplyDelete
  4. Nieza..
    Kak Azi teringin betul nak naik gondola tu...:)

    ReplyDelete
  5. salam nieza, bestnya kalau akk pun dapat peluang g sana, suka tgk pemandangan tu, cantikkkkk...

    ReplyDelete
  6. wah seronok nyer bercuti .. naik gondola lagi.. so romantic...

    ReplyDelete
  7. As salam Nieza. Melaporkan diri. Bila lah agaknya nak sampai ke Itali. Banyak tempat yang rasa nak pergi tapi cuti terhad jer setiap tahun.

    ReplyDelete
  8. Memang kota ini nampak kemas, tersusun rapi ye Nieza, bersih dan indah!

    ReplyDelete
  9. byknye gambo..semua cntik2...bestnye klau dpt ke sna jugak...QH teringin jugak naik sampan tu...beruntung akak..jemput la QH ke sna n bwk skali bjalan2..tpi ditanggung halal yer...hahah

    ReplyDelete
  10. Makaii Niezza...bikin Nekcik terlioq lho...verangan...tak ngape lah...Nekcik gi naik cruise kat mlaka jo lahhh

    ReplyDelete
  11. salam nieza

    aduhai, cantiknya view, psst betul ke org kata lelaki kat sana very the romantic, sebab baca buku yg nak tau ni hehe

    ReplyDelete
  12. bestnya nieza
    akak tumpang gembira dapat tengok gambar
    plus berangan sekali :)

    ReplyDelete
  13. Tak merasa naik gondola. Mahal sungguh. Dpt amik gmbr depan gondola pun jdlah. Hihi.. Pngalaman kt sini masak megi guna kettle terus blackout bilik hotel. Kihkih..

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers