19 Jun 2012

Puding Sagu Pelangi

Assalammualaikum semua
Hari ni cerita n3 masak-masak pula yer...cerita summer holiday akan bersambung kemudian nanti untuk beri laluan pada n3 masak-masak ni dulu. N3 tertunggak yang tak sempat saya publishkan sebelum bercuti hari tu.

Puding sagu pelangi ni juga telah saya kongsikan bersama resepinya dalam majalah Aroma keluaran Jun  2012. Rasanya saya buat puding ni masa berbuka puasa hari tu. So...puding pun dah abis layan gambar sajalah yer.  Resepi asalnya dari Gert dan telah dikongsikan bersama oleh Kak Lina Penang dan Kak Yatie. Terima kasih pada tuan empunya resepi asal dan semua yang telah berkongsi resepi ni. Memang sangat sedap puding ni bila dimakan apabila disejukkan terlebih dahulu. Bagi peminat puding bolehlah mencubanya.


resepi asal: Gert
sumber:  Kak Lina PGKak Yatie,
Bahan-bahan :
  • 1 cawan biji sagu putih
  • 1 liter air
  • 20 gm serbuk agar-agar
  • 11/2 cawan gula pasir
  • 3 helai daun pandan
  • 1 tin susu cair (400ml, boleh guna santan)
  • 3 jenis pewarna kegemaran

Cara Membuatnya
  1. Rendam biji sagu selama 2 jam. Kemudian rebus hingga biji sagu menjadi jernih.Tuangkan ke dalam tapisan dan cuci di bawah air mengalir utk membuangkan kanji dan mengelakkan ia melekat-lekat.
  2. Bahagikan biji sagu kepada 6 bahagian berasingan dan warnakan 3 bahagian berbeza-beza dengan pewarna kegemaran anda. Lagi 3 bahagian sagu biarkan pada keadaan asal.
  3. Dalam sebuah periuk yg lain, masukkan 1 liter air bersama serbuk agar-agar, gula dan daun pandan, masak hingga mendidih.
  4. Masukkan susu cair.Kemudian tutup api
  5. Cedok 200 ml larutan agar-agar dan masukkan ke dalam 1 bekas sago tanpa warna. Kacau rata dan tuang ke dalam acuan yang telah dibasahkan dengan air. Biar keras seketika dan kelar permukaan agar-agar dengan pisau.
  6. Cedok 200 ml larutan agar-agar tadi dan masukkan ke dalam 1 bekas sago dengan pewarna dan kacau rata. Tuang perlahan ke atas lapisan pertama tadi. Biarkan keras seketika sebelum mengelar permukaan agar-agar dengan pisau.
  7. Ulangi langkah 5 & 6 beberapa kali sehingga habis semua larutan agar-agar dan biji sago digunakan. Sejukkan di dalam peti ais.


NOTE:
Untuk setiap lapisan saya masukkan ke dalam freezer (1-2min) suhu max. Supaya puding cepat membeku 


39 comments:

  1. Lembutnya warna dia..cantik sangat

    ReplyDelete
  2. Salam Niezza,

    Mesti sedap rasanya ni. Rupanya menarik. Kak ani memang suka kuih-kuih dari sagu ni seperti kuih sagu makan bersama air gula melaka dan santan.

    ReplyDelete
  3. Cantiknya...lembut jer kaler2 tu....kreatif...rasa mesti sedap..

    ReplyDelete
  4. Cantik dan 'lembut' warna pelanginya. :)

    ReplyDelete
  5. Engkau tibaaaa bagaikan pelangiii tak bercahya namun kau berseriiiiii.. Hehhehe.. Sweet gile kaler nya nieza. Like it bery the much.. Aloo malas nak tuko id, paakai id ni jela ye nieza. Izah :-)

    ReplyDelete
  6. Suka puding yang sejuk2 ni Nieza... kena merajinkan diri untuk buat puding sagu pelagi yang cantik!

    ReplyDelete
  7. Nieza.
    Belum rasa kak azi tahu mesti sedapkan, warnanya pun menarik..:)

    ReplyDelete
  8. salam nieza cyg..rindu btl akk kt kamu..rasanya mcm dh lama x kemari..sihat x nie?..bercuti sakan upanya..akk xsempat skodeng pic2 kamu tue..thnks ucapan tahniah semalam..:) doakan yg terbaik buat akk yer..
    puding tue sedapp x???..he hehee h dah tau dah mmg sedap..saje wat2 tanya..pelangi lagi..pic pun cantik sgt2..wahhh akk terguda tgok..color soft jew..nnt akk nk try jgk..:)

    ReplyDelete
  9. As'salam Nieza

    pandang pertama hati dah terpaut belum makan lagi ni hehehe. cantiknya puding sagu ni, ingin nak mencuba k.ct ambil resipi ya Nieza tr kasih dear :)

    belum habis lagi eh entri kat Italy tu..seronok lak baca dan layan gambar2 menarik tu hehehe

    ReplyDelete
  10. Tengok kombinasi warna pun dah tertarik Nieza. Ini kena anak-anak mesti tak cukup satu. Pandailah Nieza susun warna....

    ReplyDelete
  11. Salam Nieza,
    cantikkkk nya pelangi dalam gelas tu.... betul mcm Kak CT cakap, baru tengok aje, hati dah terpaut... save segelas untuk ogyep ya..

    ReplyDelete
  12. Cantiknyaaaa....sayang nk makan....

    ReplyDelete
  13. alor2 ... cutenya layerr yg sgt2 kemas .. .;)

    ReplyDelete
  14. Cantik berseri seri ...kena sabar nak melapis nie..teerbaik :))

    ReplyDelete
  15. Assalam nieza, tengok pun jadi la, cantik sangat puding ni kaler menarik lembut je, mesti sedap mkn sejuk2

    ReplyDelete
  16. Waw..lembut dan ayu je kaler puding ni...terpegun Rahel menengoknya..nyaman bah..

    ReplyDelete
  17. Eeeeiiii comelnyaaaaa! Kalau daku wat wajib sape nak makan kena ketuk tangan (dasar tak sedar diri benda alah tu makanan! Har har!)
    My latest Entry :)
    JJCM: Chicken Rice Shop (Wangsa Maju)

    ReplyDelete
  18. uwaaaaaaaa terlioq nyer kaka
    cantek bangat dong
    rajin bonar la kaka bikin mcm2

    ReplyDelete
  19. memang cantik sangat puding ni nieza...
    akak pun dah lama simpan resepi ni.. tak silap akak ambil dari blog mat gebu kot... mmg cantiklah.. tp tulah.. dek kesibukan.. tak sempat2 lagi nak cuba walau hati sgt tertawan dngan rupa paras puding yg comel ni...

    ReplyDelete
  20. peh! angle gambo tu yg penting!
    nampak sedap amat!

    ReplyDelete
  21. Subahanallah ... seindah pelangi betul puding Nieza... tergoda saya menengoknya... belum lagi makan... mesti yummy.... :)

    ReplyDelete
  22. nampak sgt menyelerakan kak....

    ReplyDelete
  23. cantik...mesti sedap kan..^^

    ReplyDelete
  24. Salam Kak Nieza..waaahh cantiknyaa..sayang nak makan..suka tgk kalernya yg soft gitew..

    ReplyDelete
  25. cantiknya puding kak Nieza... hmmm...nyaman kan

    ReplyDelete
  26. Salam Nieza...lembut je warna puding tu,mesti lembut dan sedapkannn...sesedap mata memandang gitu...

    ReplyDelete
  27. Tak yah rasa, tgk gambar pun dh tau sedap..

    ReplyDelete
  28. menarik. mesti sedap. bundo ambil resepi buat berbuka puasa terutamanya ramadhan nanti. hmm.. sedapnya..

    ReplyDelete
  29. Nieza..cantik sangat..tambah lak ada kaler lite pepel tuh lagilah cheq suka..mai la sket ngan bekas comel tu sekali hihihi

    ReplyDelete
  30. assalam
    cantiknya, terliur tgk, mesti sedapkan

    ReplyDelete
  31. tadi sempat jeling2 gitu aje... ni bila tengok betul2 cantik sungguh kejadian pudingnya... sayang ni nak makan

    ReplyDelete
  32. Amboihhhhhh Nieza,nampak ayu sungguh puding tu....terserlah kelembutannya..

    ReplyDelete
  33. Cantik berbelang2 ..mesti sedap makan waktu berbuka puasa nanti

    ReplyDelete
  34. Salam Nieza.cantik puding tu....lembut je warnanya....letak sagu dlm puding pasti sedap ni.
    suka tengok gambar2 Nieza bercuti di Venice tu....cantik sungguh view kat sana....patutlah terkenal dan jadi tumpuan pelancong.

    ReplyDelete
  35. salam kak nieza.. asyik dok baca holiday kat sana.. ,tapi wani nak komen kat sini la hihi .. centiknya puding tu ..colorful nampak .. resepi mudah je ..blh la nak cuba nanti ..semua bahan dah ada kat dapo dah ni.. mintak copy paste dulu ya kak nieza.. entah bila nak buatnya ni..

    ReplyDelete
  36. SANGAT CANTIK DAN WARNA SO SWEET................. serius memang cantik sangat!

    nak melapis tu yang tak sanggup... terbaik!

    ReplyDelete
  37. Cantiknya puding ni Nieza.. Lembut je warnanya.. Nieza kreatif sangat. Terpegun melihatnya.. :)

    ReplyDelete
  38. salam sy dh try..kurang manis...tp bila potong,ada baris yg tertanggal..sy dh toreh pki pisau masa nak layer...hehe...tq 4 the recipe..

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers