Assalammualaikum...
Hari ni nak sharekan bubur kacang hijau durian yang sesuai dibuat untuk juadah minum petang ataupun bila-bila masa saja yang disukai. Sekarang ni sana sini orang tayang menu durian kan..maklumla musim durian kat Malaysia tu banyaklah menu durian akan keluar. Tapi kat sini duriannya sentiasa bermusim kira sentiasa ada jer la kalau nak makan tu boleh beli jer kat kedai aseanic kat sini tapi yang diimport dari Thailand la. Bolehlah kalau nak makan tu kan.
Oklah resepi bubur kacang durian ni simple jer dan mudah sangat nak membuatnya. Rasanya ramai dah yang tahu buat kan tapi saya nak share jugalah resepi kat sini buat simpanan saya. Oklah jom tengok resepi style saya buat pula.
sumber: http://Nurniezza.blogspot.com

Bahan-Bahan
1 cawan kacang hijau yang direndam 3-4jam atau semalaman
2 cawan santan pekat
1 cawan susu cair
air yang cukup untuk merebus kacang hijau
1/2 ketul gula melaka
1/2 cawan gula pasir
1 helai daun pandan
5-6 ulas isi durian
1 s/k garam yang dibancuh dengan santan pekat

Cara-Cara
1. Cuci besih kacang hijau yang direndam kemudian rebus kacang hijau dengan air sehingga kacang hijau empuk dan kelihatan kembang.Tambahkan sedikit air sekiranya kering.
2. Masukkan gula merah, gula pasir dan kacau sebentar.
3. Masukkan santan pekat yang telah diletakkan garam kedalamnya. Simpulkan daun pandan dan masukkan ke dalam periuk tadi.
4. Masukkan isi durian, susu cair dan kacaukan sebentar sehingga sebati. Biarkan mendidih sebentar dan bolehlah dihidangkan.

nadiah kalau buat bubur kacang, ikut cara mak masak. goreng dulu kacangnya tanpa minyak :)
ReplyDeleteaduhai sedapnya bubur ni dpt cicah plak ngan roti...huhu
ReplyDeleteasslm Kak Nieza...Qh nk smgkuk tu bleh x...nmpk sedap sgt la...tringin sudah ni...aduh xthn tgk lama2...amik resepi yer...tq
ReplyDeletenieza cygg..kali nie mmg masuk kot komen akk sbb wktu pagi net laju jew..he hehee makankn utk akk bubur tue..sabtu nie akk plan nk buat..ada lbihan durian kt umah tue..dah malas nk mkn gitu jew..pasnie nk diolah pulak durian tue..:)
ReplyDeleteas salam kak,
ReplyDeletebubur kacang buh durian ! mmg terbaik la...peberet sepanjang zaman nih !
klau sy mkn sekali dgn pulut....huhuhu...mmg alhamdulillah.....kenyang !
salam nieza...baru last week mieza buat bubur kacang untuk berbuka..tp tk letak durian sebab kat umah ni ramai yg tk suka durian dalam bubur..sedap sgt sesekali kena bubur kacang..tapi tk sempat amik gambor..dah licin hahaha
ReplyDeleteheeee...tahniah sebab berjaya memperolehi durian dengan mudah...kedai Thailand tu mmg byk stok2 barang2 'asia tenggara' ke Niezza (hakhak..soklan aku ni nampak sangat kejakunannya kan?) err..jaman kecik2 saya mmg x suka bubur kacang, rasa kacang tu mcm 'berpasir'...tup2 dapat anak diorangpun guna alasan yg sama...hukhuk...tp sekarang tidak lagi...saya boleh sapu bersih 10.0 bubur kacang tu dengan mudah...heeeee
ReplyDeleteAs salam Nieza,
ReplyDeleteKebetulan td berbuka puasa dgn bubur kacang hijau jgk tp without durianlah...kat sini ssh nak dpt buah2n exotic mcm durian ni... Klau ade pun kat hutan.. ssh sgt nak jumpa & kitorg xpernah lg jumpa... Untunglah kat sana ade ek... :)
Jumaat ni ade jamuan sikit garden party dgn rakyat Msia kat Peru ni, menu pun bubur kacang hijau jgk! hehehe... Tp taruk sago order from perwakilan... org kito lah tu...hehehee ;)))
Nyum...nyum...
Assalam nieza, kat rumah akk semua peminat bubur kacang hijau, kalo buat 500gm pun leh habis heheh. tapi kalo boh durian akk sorang la yg mkn, busuk kata mereka. kalo durian msk pengan atau durian mentah suka la pulak huhu. kena tumpang makan rumah nieza je lah heheh
ReplyDeleteAduh! X bleh jd ni. Org yg duk nun jauh di obersea pun dah buat bubuq doyan ni. Sue kat mesia yg byk doyan pun x buat lg. Kena mencari doyan jg ni. :)
ReplyDeleteBubur durian sekarang tengah ramai buat nieza sebab musim durian di M'sia tau. Apa yg kakak tertarik pada bekas isi bubur tu cantiklah...
ReplyDeleteKat rumah kak Amie kalau nak buat bubur kacang durian memang kena sorok isi durian sikit(di sini pun susah nak jumpa & mahal kecuaoi pokok durian suami berbuah), sebab kami memang hantu durian segar!
ReplyDeletesedapnyaaaa .. lama tak makan bubur durian.
ReplyDeleteNieza cayangg wahhhh bubur durian versi oversea ni.. mesti sedap sebab makan kat sana.. terubat rindu di kampung halaman kan kan..:))
ReplyDeleteassalam nieza..tengok gambar bubur durian ni..memang terliur..memang cara acik makan durian..macam ni..bila dah jadi bubur..baru suka makan..
ReplyDeletesweeet nya mangkuk tuh..hihi...mokwo pun kalau nak buat bubur akan goreng dulu kacang hijau tuh tanpa minyak..nanti bila bubur masak..dia jadi mcm melt-in-mouth bak kata omputih lerr...senang pulak nak dpt doyan kat sana ekk...jadi tak lah rindu2an sgt kan!
ReplyDeletealahai... nak secawan nieza...!! lama tahan makan durian sbb makan ubat batuk ni.. hehee.... dah byk org jual durian tepi jalan.. geram je..
ReplyDeleteNieza, cantik benar mangkuk tu.. Berkenan sangat.. Orang sana dah buat bubur durian.. Nur nak ngecek semangkuk boleh tak? hehe... Sedapnya...
ReplyDeleteSamalah dgn akak.. bila teragak nk mkn durian kena order kt kedai Siam. 1 tray 250gram tu RM30. Sbb nk mkn, beli laa jugak.. Tapi lps ni, kita melantak "musang king" pulak.. yayyy!!!!
ReplyDeleteBubur kacang hijau + durian memang sedap sangat...bubur kegemaran keluarga kite..
ReplyDeletedurian lagi di sini.... panas... panas... tapi, nak jugak... faberet tu bubur kacang hijau.
ReplyDeleteSalam Nieza. wah bubur kacang letak durian....sedappnya. jeleslah akk kat Cairo ni tak jumpa kedai jual durian.ada kwn2 ckp mrk dpt tahu ada kedai dr Thai yg jual tp akk belum berkesempatan pergi cari lagi.tengok set nasi lemon kat bawah mkn dg daging lemon madu....sedapnya...
ReplyDeleteNieza, tkasih byk2 doakan dan wish bday Syakirah...
salam kak nieza..... wani pun x pernah buat bubur ada masukkan durian sekali ...mesti bertambah sedap bubur.. orang lain dah sibuk makan durian ..wani x makan2 lagi.. apasal la cam x ingat kat durian je hihi..
ReplyDeletesedapnyaaa..dh lama xmkn bubur kacang +durian..yana klu mkn bubur wajib kna ada roti br puas hati..wiken ni kna p cari doyan jgk..dh rmai asyik tayang resepi doyan jer hihii
ReplyDeleteSalam Yong,
ReplyDeletebape sekilo doyan kat sana? Ntah2 sama dgn harga emas!