22 Jun 2012

Bingka Kacang Hijau


Assalammualaikum semua dan salam dihari jumaat yang mulia.
Hari ni cuti public holiday kat Finland ni ..dah masuk mid summer dah sekarang ni. Ini bererti masa siang disini lebih panjang dari waktu malam.

Oklah, hari ni...saya nak sharekan kuih bingka kacang hijau pula. Kebetulan nak abiskan stok kacang hijau lebihan bubur tu saya buatlah bingka pula. Banyak juga sekali buat adunan ni. Satu adunan kuih ni boleh dapat 2 loyang  saiz loyang kuih silikon ni.

Resepi ni saya google jer hari tu..cari kuih yang berasaskan dari kacang hijau  disini so..bila tgk simple jer bahannya dan mudah pula nak buat saya buat jer la. Lain dari yang lain sikit rasanya tapi memang sedap..pernah buat bawakan masa dengan kawan-kawan berpiknik hari tu ramai yang cakap sedap dan tak rugilah kalau peminat bingka yang nak mencuba buat kuih ni.


Terima kasih pada tuan empunya resepi asal yang berkongsi resepi ni dan izinkan saya berkongsi resepi ni disini pula. Ok jom tengok resepi kat bawah ni yer.


Resepi Bingka Kacang  Hijau

Bahan-bahan

Bahan A

6 biji telur

125 gram gula pasir

1/2 tin susu pekat
250 gram kacang hijau rebus hingga empuk (nieza lebihkan 300gm)

 Bahan B

5 sdm margarine

200 ml santan pekat

100 ml air daun pandan
150 gram tepung gandum


Cara memasak
Blender bahan A   hingga halus,Blend bahan B   hingga halus.
Campur bahan  A dan bahan B hingga sebati.
Tuang adunan kedalam loyang,bakar hingga kekuningan.
Bila sejuk potong mengikut selera.

Selamat berhujung minggu buat semua...hari ni juga saya dan suami akak bertolak ke summer cottage kawan  disini dan bermalam disana kerana jaraknya jauh sikit dari Helsinki ni dalam 4-5jam juga memandu kereta. InsyaAllah kita jumpa minggu depan..:D

31 comments:

  1. assalam Nieza
    firstime ni tgk bingka kacang hijau, mesti sedap,akk ni memang suker kuih berasaskan kacang hijau, bubur ke, agar2 ke memang gemar sgt he he
    ada masa dan kerajinan boleh cuba nanti,ambik resepi ye

    ReplyDelete
  2. Nieza, acuan tu jenis mcmna? Akk tak fhm sgt jenis2 loyang dll. Nnti ambik gmbr, tag akk kt fb, boleh?

    ReplyDelete
  3. Selamat pagi Nieza sayangggg,
    cukuplah 3 potong bingka kacag ijo tu buat kak Amie sarapan pagi ini ye... sedapnya makan sambil hirup kopi o panas... terus segarrr sepanjang pagiii...

    ReplyDelete
  4. Canteek nya bentuk bingka kajang hijau ni ye... rasa apa lagi mesti sedap.. seindah wajah U... :)

    ReplyDelete
  5. Salam Nieza..nampak sedap je bingka tu...rajin Nieza mencuba yee sesuatu yg baru.

    ReplyDelete
  6. salam Nieza..
    nampak simple je resepi tu kan,boleh try nnt sbb akak ni hantu kacang,apa saja resepi kacang mmg fav,mesti sedap nak minta jauh sngt lah,kena berkuntau lah gamaknya kat dapur akak hee

    take care Nieza best jenjlaan ambik gmbo banyak2 share kan kt sini ya

    ReplyDelete
  7. Aslmkum Nieza..
    Hehehehe..Tak kira. kat fb dapat sepotong..Masuk sini nak lagi..Sedappp

    ReplyDelete
  8. 1st time dengar bingka kacang hijau.Agak agak adik beradik dengan kuih koleh kacang hijau rasanya kan Nieza?

    ReplyDelete
  9. sedapnya bingka kacang hijau....lemak2 kuih tu, akak pernah makan dulu bingka kacang merah....sedapppp

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum Nieza

    sedapnya ada bingka pulak kat sini...nie yg akak nk hulur pinggan...hehe
    buat muka selamba 50 sen aja!!!hahaha.

    ReplyDelete
  11. Bingka itu Nieza nak bawa ke Helsinki juga ke? Kakak tengok sedap. Untunglah kawan Nieza dapat merasa.

    ReplyDelete
  12. alahai...lembuuuut je tgk bingka ni..ada keizinzn, boleh akak laun nanti..

    ReplyDelete
  13. selamat bercuti lah yerr...sedap nampak bingka tu...bingka untuk buahtangan ke tu? leh simpan sikit yg da potong tu untuk saya rasa kot...

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum Nieza,
    akak mmng suka kuih bingka, rasanya mmng sedapkan kcng hijau dibuat bingka...tq berkongsi resepi..mesti cuba ni..

    ReplyDelete
  15. Assalam Nieza...
    sedapnya nampak kuih bingka kacang hijau ni.. belum pernah lagi akak buat ni.... bolehlah dicuba nanti... suka bingka yg garing2 sikit bahagian atasnya... mmg best la kan...akak copy resepi dulu ye.. t.kasih..
    p/s : selamat bercuti utk Nieza & suami..

    ReplyDelete
  16. Salam Nieza,

    Akak suka makan bingka tapi tak pernah try lg....tengok gambar ni rasa terigin pulak nak try...

    ReplyDelete
  17. rajin betui akak buat bingka ni ekkk
    berkenan betul ayu ngan bekas tue
    akak beli kat mana ekkk

    ReplyDelete
  18. As'alam Nieza

    k.ct bab2 kuih bingka ni memang suka, lagi tebal kerak lagi sedap rasanya hehehe. cantik acuan tu :)

    yang resipi dibawah tu untuk 2 loyang ker Nieza..?

    ReplyDelete
  19. mmg nmpk terliur tgk bingka tu, akk pun xpernah mkn lg bingka kcg hijau cmni, mst sedap kan...

    ReplyDelete
  20. salam nieza cyg..cantik,nampak sedap..pic cantik..colour cantik..apa lg erk yg akk x sebut..??..orgnya pun cantik..snang citer..dh tau nk ckp apa..he hehee..muahhh cyg nieza..makankn utk akk 2 potong..2 potong jew tau..x nk lbh..nk diet nie:)

    ReplyDelete
  21. assalam nieza..acik meng suka semua kuih yang berasaskan kcng hijau..mesti kuih ni sedap kan..nanti nak cuba jugak ni..terima kasih nieza.

    ReplyDelete
  22. asslm Kak Nieza cyggg...wah cantiknye kuih bingka tu..suka sgt tgk kejadiaannye...mesti sedap ni...

    ReplyDelete
  23. Assallamualaikum Nieza..

    Nieza, awat cepat balik dr rumah akak. Sawang2 tak abis sapu lagi tu.. Meh datang balik. Akak upah kek black forest nak..hehehehe..

    Mak oiii.. Lawanyer bingka dier.. Cantik sungguh bila dah kuar dr mould tu.. Carikan akak mould tu satu..hehehehe...

    ReplyDelete
  24. Salam Nieza.tkasih atas doa dan wish bday akk.
    cantiklah bingka kacang hijau dlm mould tu...pasti sedap ada letak kacang hijau.akk punya stok kcg hijau dah tak byk...kena kiv dulu resepi

    ReplyDelete
  25. Assalamualaykumwbh Nieza Syg...Apa khabar? Missed u...and it looks yummy....do I sound familiar???..hahahaha....rindu la...lama x jenjalan blog....
    May eveything goes ok for ya...:)

    ReplyDelete
  26. Asslm kak... cantik sgt bingka nih kak...sedapnye

    ReplyDelete
  27. Salam za...waaa msuk pepgi dpur finland ni dh ada kuih utk kmaz ye...rjin za buat kuih2 bkar ni...sdpp...npak garinggg gtu...

    ReplyDelete
  28. woowww.... resipi baru yg mesti best ni.. tqs nieza...

    ReplyDelete
  29. Assalamualaikum..rindu betul la dah lama akak tak masuk dapur Nieza ni, mmg tgh bizi sgt2 aritu. Nieza apa kabo? Nampak sedap & lemak je rupa bingka tu, & idea buat bingka ni mmg menarik, dah tua2 ni pun tak pernah lg akak mkn bingka kcg hijau.. :))

    ReplyDelete
  30. salam nieza

    sedapnya, tgk kat dashboard ada entri tapi bila klik takde pun

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers