18 May 2012

Mango Panna cotta




Assalammualaikum dan salam dihari jumaat yang mulia buat semua. 
Hari ni saya sharekan menu mangga lagi...harap-harap tak adalah yang mabuk mangga yer sebab tuan umah ni asyik tayang menu mangga jer:D

 Masih lagi cerita menu yang terperam lama hari tu...nasib baik gambar tak basi kan. Tak kisahlah gambar lama pun..janji saya dapat sharekan kat sini dan simpan untuk rujukan saya kemudian hari pula nanti.  Macam-macam dah dibuat untuk abiskan stok mangga masa tu. Teringat masa tu  mr.hubby bawa balik sampai 10biji buah mangga ni. Tapi bukanlah dia beli ..kawan dia yang bagi. Katanya kawan dia beli kat kedai India kat sini tapi import dari luar. Kebetulan dia cakap India tu lelong buah mangga tu... tu yg dia beli dan kasi kat kawan-kawan sama. 

Itulah makan mangga sampai puas pastu mulalah saya mereka cipta buat mcm-mcm sampai ke kuih talam pun jadi talam mangga kan...haha..tak pernah dibuat orang pun kan :D Oklah berbalik pada n3 hari ni, nak ceter panna cotta ni memang sedap..dah mcm-mcm buah dah saya cuba utk dibuat panna cotta ni dan  resepi yang asalnya dari dapur kak Nor@SG ni memang bestla. Terima kasih sekali lagi yer kak Nor..izinkan saya berkongsi lagi resepi ni disini.

Bahan-bahan
9gm gelatin (lebih kurang 1 sudu besar dan di lebih siket)
4 sudu besar air
2 ½ cawan susu segar/fresh milk
1/4 cawan gula
1 sudu teh vanila
Buah Mangga ~ blend utk dijadikan puri + 3 sudu besar gula

Cara-cara:
1. Masukkan gelatin ke dalam air dan biarkan mengembang.
2. Masukkan susu dan gula ke dalam periuk dan masak dgn api sederhana hingga susu di bahagian tepi periuk mengeluarkan buih2 kecil.
3. Padamkan api dan masukkan adunan gelatin dan kacau sehingga gelatin larut sepenuhnya.
4. Tuangkan ke dalam ramakin atau gelas yg sesuai. Boleh juga jika nak masukkan sedikit potong buah mangga ke dalamnya.
5. Sejukkan dalam peti ais lebih kurang 5 - 6 jam.
6. Tuangkan puri mangga keatasnya dan bolehlah dihidangkan.

memang best kalau makan setelah disejukkan dalam peti ais ni. terasa sejuk jer tekak...sesuai sangat kalau makan masa cuaca panas. 

58 comments:

  1. salam nieza

    tulah semalam tgk talam mango tu teringat jugak ke panna cotta, alih2 arini ada dah

    sedap tu, naknya kat sini cuaca sentiasa panas

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam Tina, panna cotta ni memang sedap saya selalu juga buat:)

      Delete
  2. Assalamualaikum kak nieza...
    amboiii...tayang manggo panna cotta pulak pepagi nie....
    sedappnya tengokkkk.....
    mas tak try lagi resepi kak nor nie...
    nanti2 nak try la...
    kait mangga dulu kat belakang rumah...hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam mas, cepatx2 kait mangga tu nanti bersalin tak sempat nak merasa pula...hehe

      Delete
  3. sedap nie.. ag2 ngah panas nie.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul memang sedap kalau layan time cuaca panas tu cik kasih:)

      Delete
  4. panas-panas ni memang sedap dapat makan benda yang menyejukkan tekak.Mangga lagi ye nieza. Semalam bundo minum ais blende mangga beli kat kedai. Mak ai masamnya..terbantut selera

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kena mangga masam memang tak best ibundo...tapi kalau yg manis memang buatkan kita rasa tak sedar diri jer mkn tu..hehe

      Delete
  5. Musim panas ni sedapnya kalau dapat makan pk ni nieza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak Ros, memang terasa sejuk jer tekak kan kalau mkn time cuaca panas tu:)

      Delete
  6. salam nieza.sedapnya mangga..acik boleh dikatakan hantu mangga..he he..satu rumah..bukan acik sorang je..sedapnya..macam2 dah nieza buat..warna pun cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam acik..kalau peminat mangga memang suka lah ni..sebab saya yg tak berapa suka makan mangga pun jadi suka:)

      Delete
  7. tak mabuk..tak mabuk
    memang akak suka mangga
    sedap je di tekak ni..apalagi kalau dapat
    cuba manggo panna cotta ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kelakar la akak ni..hehe memang sedap kak..nanti akak buat la pula :)

      Delete
  8. bestnye...kat sini mangga mahal. kalau beli sebijik aja...mkn gitu je tak sempat laaa nak dijadikan dessert...tapi boleh ganti dengan mangga dalam tin kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat sini pun sama juga Fnf kekadang jer ada murah tu...kalau guna yg dalam tin pun ok jer:)

      Delete
  9. mmg sedap sgt Panna Cotta dr blog kak Nor ni kan...
    baru buat beberapa hari lepas, tp belum smpat nk tayang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kan...sangat sedap sebab saya dah banyak kali buat dah:)

      Delete
  10. Waalaikumussalam Nieza.... kagum betul kak Amie melihat betapa kreatifnya hasil air tangan Nieza, warnan mangga tu...hadoooiiiii!

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai kak, saya tak kreatif mana pun kalau tgk masakan akak lagi menyelerakan:)

      Delete
  11. Nak mintak jauh sgt...apakn daya cuci mata jelah huhuhuhu...
    Cntik bunga kuning tu...

    ReplyDelete
  12. sangat cantik dan semestinya sangat sedappp ni kan tengok pun dah tk tahan ni kalau baru kuar dari petisejuk aduyaiiiiii pejam mata ja makan ni ,

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq kak Noor, memang sedap kak ..mkn tak nampak org dah..hehe

      Delete
  13. bila la nak sampai seru buat panna cotta. hihi.. geram betul tengok cantik gambar akk amik. :D

    ReplyDelete
  14. Assalam Nieza,
    maaflah baru ni sempat singgah sini..last week anak2 exams,
    manggo pannacotta ni nampak sedap sanagt..akak pernah makan kat buffet dinner kat hotel that serve this memnaglah sedap sanagt..tapi tulah kalau buat akak sorang aje yang makan..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam kak Ayu, tak pe kak kalau bz dahulukan perkara yg penting tu dulu yer..bw ni bilax2 pun boleh.ya memang sedap kan:)

      Delete
  15. Kak Nieza, nanti nak try la buat. Hehehe. Nampak sedap betol. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. trylah Hani..nanti buat antar akak rasa sikit yer..hehe

      Delete
  16. aah lahh jauhh nye nak mintak sikitt
    menarik betul ! .. ;)

    ReplyDelete
  17. salam nieza, akk tak pernah lg rasa mango pannacota ni, jakun...hihihihi
    tp nmpak sedapppp sgt, sejuk jer rasa kat tekak ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam kak, cubalah buat kak..sure akak suka nanti:)

      Delete
  18. dekat KL sekarang ni mmg tengah melambak & murah sangat buah mangga, manis pulak tu. Tapi cuma pandai buat jus mangga dan smoothie je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh bestla tu tgh musim la agaknya tu yer...cubalah buat panna cotta pula nanti:)

      Delete
  19. Salam Kak Nieza..alaaa..talam mangga xsmpt try lg..dh jd pannacotta pulak..lg sedap hehee..dh terasa sejuk kat tekak ni ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam yana, yer lagi sedap ni Yana...nanti Yana cubalah buat pula:)

      Delete
  20. Salam dear.. wah manggo lagi tak pe.. tak pe.. tak jemu mata i memandangnyaa hehhee.. suka lagilah.. cantik dan sedap! kecurr aje masa nak scrool down gambar tu... gambar yang last memang cantik! i like..:))

    ReplyDelete
  21. Salam Nieza.
    Mango Panna cotta tu kalau mkn yg sejuk2...nyamannya.kena tunggu musim panas kat sini barulah byk mangga dijual. cantik warna kuning talam mangga kat bawah tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam mama, ya betul memang nyaman mkn masa disejukkan tu..kekadang tak sabar nk tunggu betulx2 sejuk sebab nk mkn..hehe bestla byk la buah mangga kat sana tu yer teringat masa saya dok Dhaka dulu memang mewah dgn buah mangga kalau musim panas..kekadang tu dapat free jer:)

      Delete
  22. salam nieza...sgt best kalo dpt layan mende sejuk cam ni..kt sini mmg tgh panas sgt...kt dalam peti ais pon ada mangga..selalu tgk resepi pana cota ni pakai whip cream tu yg mls nk buat..ni pakai susu..mmg nk try lah nnti..thanks 4 sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam..ya memang best mkn kalau cuaca panas tu. silakan mencuba yer sama-sama kita berkongsi resepi:)

      Delete
  23. salam rindu nieza cayang..waduh mcm2 menu desert mangga akak terlepas..kempunan sehh!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam rindu kak doc cayang, jgn ler kempunan kak nanti akak buatlah sure lagi sedap..:)

      Delete
  24. Hi Nieza, mango... my favorite. Thanks for sharing, nampak sedappp best... presentation pun comel molek.

    Have a nice day

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi Amelia, tqvm...have a nice weekend to u:)

      Delete
  25. yummm yummmm..!!! sedap ni..!!!

    ReplyDelete
  26. uik nama dia unikkk...nampak cam senang..hehe..

    ReplyDelete
  27. aslkmum nieza.. sihat n ceria selalu hendaknya.. bru smpt nk BW .. dah bermusim mangga kt sni rupnaya.. dgn cuaca panas terik kt msia ni mmg sesuai dpt mgadap menu camni.. sejuk jer lalu kt tekak..

    ReplyDelete
  28. Takpe Nieza, kongsi je koleksi gambar2 juadah yang ada.. Kami tak kisah..

    Mesti ramai yang suka makan bila dah disejukkan.. Cuaca kat Malaysia boleh tahan panas sekarang ni.

    ReplyDelete
  29. Hi Nieza,
    Hari ni baru beli mango dari kedai india. Nak cuba buat panna cotta mango. Biasanya saya buat dengan strawberry, blueberry atau raspberry aje. TQ for sharing.
    Jerlene

    ReplyDelete
  30. Hi Nieza,

    Hari ini baru beli mango dari kedia India. Nak cuba buat panna cotta mango. Biasanya saya buat dgn raspberry, strawberry or blueberry aje. TQ for sharing.

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers