11 May 2012

MAKIZUSHI @ SUSHI ROLLS

Assalammualaikum
Buat sushi ni dah lama juga sebenarnya sampai dah lupa bila yang saya buat ni sebab gambar ni ada dalam laptop lama yang ada masalah batery hari tu. Lepas dah beli laptop baru saya pun dah tak kisah dengan yang lama tu lagi sampaila mr.hubby dah tukarkan batery baru dapatlah dibuka semula. Sekali tengok ada juga gambar masakan lama yang disimpan kat dalam folder tu. So..saya pun copy la utk save dulu. Bila dah save kena cari masa yang sesuai pula utk n3kan. 

Sekadar utk simpanan dan rujukan saya disini juga. Memang senang nak rujuk kalau simpan kat blog daripada simpan kat tempat lain. Oklah ceter pasal sushi ni simple jer nak buatnya. Banyak kali juga saya buat dan bahan tu terpulang pada kesukaan masing-masingla kan. Memula belajar buat sushi ni masa ikut mr.hubby posting kat Dhaka dulula. Masa tu juga baru saya belajar-belajar makan sushi ni. 

Resepi ni ambil dari dapur kak Hana masa kak Hana dok Jepun lagi hari tu sekarang dah balik Malaysia dah pun. Terima kasih berkongsi resepi ni yer kak Hana..Izinkan saya berkongsi disini pula



source : Kak Hana
Bahan-bahan
Bahan Nasi Jepun

  • 3 cawan beras jepun
  • 31/4 cawan air
  • 1/3 cawan cuka nasi
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sk garam
Bahan Makizushi
  • Tamagoyaki @ sweet omelete @ telur dadar - potong jejari
  • Timun jepun - potong jejari
  • Salad lettuce
  • Crabstick (nieza tak bubuh tapi gantikan dengan ikan smoke salmon)
  • Mayonis
  • Seaweed secukupnya
  • Syouyu @ kicap jepun
  • Bamboo mat

Cara-cara
  • Cara masak nasi sushi : Basuh beras dengan bersih kemudian toskan. Masukkan ke dalam periuk nasi. Masukkan sukatan air dan masak seperti biasa. Sementara itu, satukan cuka, gula dan juga garam. Kacau sehingga gula larut (nak cepat larut masak sebentar dengan api kecil). Apabila nasi masak, gaulkan campuran cuka tadi ke dalam nasi dan gaul mesra. (Proses ini perlu dilakukan ketika nasi tengah panas ) .siap sedia utk digunakan membuat sushi atau makizushi.
  • Cara penyediaan makizushi @ sushi rolls : Bentangkan seaweeds di atas bamboo mat. Cedokkan nasi sushi dan ratakan sehingga memenuhi 3/4 seaweeds.
  • Letak sedikit mayonis dan juga salad. Kemudian letak telur, timun di tengah2 juga crabstick.
  • Gulung dengan kemas kemudian potong.
  • Cicah dengan syouyu atau makan begitu sahaja.


2 comments:

  1. sedapnye tgk susi versi buat sdri ni...QH nk amik yer resepi ni...tq

    ReplyDelete
  2. SAlam my dear.. wahh ada sushi!!! memang dah lama teringin nak buat... bahan2 dah ada tapi tak berbuat-buat... Insyallah nanti nak buat.. tapi tak tau bila hehheeh... sedap! dan cantik!

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers