Assalammualaikum dan salam di hari Jumaat yang mulia buat semua
Hari ni nak sharekan juadah berbuka puasa saya semalam. Maaf yer saya tak dapat nak singgah dan bw blog kawan-kawan semua. Terasa macam batery lemah betul badan ni hari ni. Mana taknya sebab saya berpuasa sampai 24 jam. Memang saya niat nak berpuasa hari khamis dan memang niat nak bagun la bersahur utk alas perut sikit sebab dah tau puasa masa ni lewat waktu berbukanya sampai jam 9 malam lebih baru masuk waktu.
Tapi bila blk meeting hari rabu tu memang agak lewat petang juga sebab singgah shopping barang dapur pula. So...penat sama agaknya saya pun tak sedar nak bangun makan. Bila tengok jam pada waktu tu dah masuk subuh 3.47pagi. Sabar jer lah tapi saya teruskan jugalah berpuasa. So..kira last saya makan malam hari rabu jam 8.30malam tu sampai la hari khamis jam 9.09malam baru masuk waktu berbuka. Tak ke lebih 24 jam kan. Itu pun saya cuma makan mee sikit jer malam rabu tu sebab dah niat nak bgn sahur. Tapi alhamdulillah cabaran dan dugaan berpuasa pada waktu yang panjang ni berjaya juga dilalui. Kalau puasa Ramadhan masa summer nanti lagilah lama...memang mencabar juga dugaan tu. Tahun ni bln puasa agak panjang dari thn yang sebelumnya sebab jatuh pada musim panas yang waktu siangnya lebih panjang daripada waktu malam. Semoga diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi dugaan ini.
Oklah ceter pasal ikan ni pula...masakan ni simple jer tapi saya rasa boleh tahan juga sedapnya. Resepi ambil kat dapur kak Wattie dan asalnya dari laman sajionline. Terima kasih pada tuan empunya resepi asal ni dan juga kak Wattie yang berkongsi resepi ni. Izinkan saya berkongsi disini pula.
Sumber resepi : laman SajiOnline
copy : Kak Wattie
Ikan Siakap Aroma Bersantan
Bahan-bahan:
1 ekor ikan bawal hitam yang besar - dibersihkan - Nieza tukar ikan siakap
12 tangkai cili merah
8 ulas bawang merah - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1 labu bawang besar - dimayang kasar
1 cawan minyak masak
2 cawan santan pekat
2 batang serai - dititik
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu kecil gula
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa
1 labu bawang besar - dipotong bulat
1 tangkai cili merah - dibelah dua
1 tangkai cili hijau - dibelah dua
1 biji jus limau kasturi - yg ni saya tambah
Bahan-bahan tabur:
3 sudu besar bawang goreng - yg ni saya goreng 2 biji jer utk hiasan
1 pokok daun bawang - dihiris - yg ni takder stok
1 pokok daun sup - dihiris
Ikan Siakap Aroma Bersantan
Bahan-bahan:
1 ekor ikan bawal hitam yang besar - dibersihkan - Nieza tukar ikan siakap
12 tangkai cili merah
8 ulas bawang merah - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1 labu bawang besar - dimayang kasar
1 cawan minyak masak
2 cawan santan pekat
2 batang serai - dititik
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu kecil gula
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa
1 labu bawang besar - dipotong bulat
1 tangkai cili merah - dibelah dua
1 tangkai cili hijau - dibelah dua
1 biji jus limau kasturi - yg ni saya tambah
Bahan-bahan tabur:
3 sudu besar bawang goreng - yg ni saya goreng 2 biji jer utk hiasan
1 pokok daun bawang - dihiris - yg ni takder stok
1 pokok daun sup - dihiris
1. Ikan digaul dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga ia masak.
2. Angkat ikan dan ketepikan seketika.
3. Panaskan minyak secukupnya dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan kisar bersama serai hingga wangi.
4. Masukkan semua sos diikuti gula, garam dan santan. Kacau hingga mendidih dan pecah minyak.
5. Masukkan bawang potong, cili merah, cili hijau serta ikan. Kacau rata dan biarkan ia mendidih sebentar.
6. Apabila sudah masak, hidangkan dalam pinggan leper.
7. Taburkan bawang goreng, daun bawang dan daun sup.
Selamat berhujung minggu buat semua..:D
salam nieza
ReplyDeletepatutlh x nampak nieza semalam ..mmg letih klu puasa sampai 24 jam tue..x per sabar yer.tgok ikan tue..seksi jer posing..fav akk aikan siakap tue..masaklh mcmner pun..mmg sedap..tp masak camnie akk x try lg..haruuusss dicuba nie..
w.salam, ya kak zila.. memang lemah jer rasa bdn ni.Maybe pasal kurang air dlm bdn sama. Tapi oklah.cubalah nanti kak..saya pun suka ikan ni:)
ReplyDeleteAssalamualaikum kak nieza...
ReplyDeleteperhhh...mengancammnya ikan tu kak...
nampak sedappp sangat...
w.salam Mas....ya memang sedap nanti mas cuba buat pula:)
DeleteSalam kak nieza! menu ni byk org masak ikan kan kak hihihi... kita pun masak ikan jugak :D tgk ikan akak ni rasa nak masak ikan lagi tp takde stok ikan eheheh..
ReplyDeletew.salam..akak memang suka mkn ikan..tgk ika punya ikan tu pun sedap juga:)
Deleteasslm Nieza...tgk dah tau dah...mesti sedap ikan siakap...pandai pula berposing nk mengecur org yg melihatnya...hihihi
ReplyDeletew.salam QH, saja jer nak kasi terliur tu..hehe
DeleteAssalamualaikum Nieza....
ReplyDeleteDari FB Kak Lin singgah disini...datang nak menikmati ikan siakap aroma bersantan...sedapnya!!!
w.salam kak Lin, tq kak...sedap ni nanti akak cuba buat yer:)
Deletesalam Nieza pagi2 dah tnegok ikan siakap ni teruja macam nak buat lagi je heee
ReplyDeletew.salam Kak Noor, memang best layan ikan ni kak..buat byk kali pun tak pe:D
Deletesalam Nieza ,kesiannya depa baca pun penat,nampak sedap ikan siakap ni
ReplyDeletew.salam kak, ya sedap kak.kena cuba dulu baru tau..hehe
DeleteSalam Nieza...
ReplyDeletetgh hari nie bw nmpk ramai yg tayang ikan siakap antara di kukus atau dibakar.Tapi seyes ckp ikan siakap masak lah bagai cara pasti tak menghampakan!! terliuq tgk ikan bakar bersantan Nieza kat sini :P
w.salam mama, ya la ikan ni makan memang tak jemu.bg peminat ikan ni masak apa pun semua sedap jer kan.nieza pun suka ikan ni.
DeleteSAlam Kak... wahh sini ada siakap... << sambil mulut ternganga tak boleh katup.. hehe... :))
ReplyDeletew.salam kak sha, baik-baik nganga tu kak takut lalat masuk nanti..hehe
Deleteaslmkum nieza.. jln2 di ptg jumaat.. sedap klau dpt ratah2 ikan bakar camni.. mmg mgoda sangat tu..
ReplyDeletew.salam kak Zana, betul tu nieza pun meratah jer lebih ni..hehe
Deletehuhuhu pose time summer..kalau tgk waktu bersahur dan berbuka mmg ngeri kan..tp bila dah laluinya, takde la scary sangat...hehehe
ReplyDeletebetul la hajar, bagi yg dah biasa ok jer tapi akak ni kalau lama sgt sakit perut angin jer rasa bdn ni.perut kosong mudah sgt masuk angin..tu yg buat perit sgt.tapi sabar jer la dugaan kita berpuasa mcm ni kan.
Deletesalam kak nieza..arini kite ,, kak ika..dan akak mmg da pakat2 tayang ikan kan..hehee...adoiii esok borong laa stok ikan byk2..lately lg suke makan ikan dr yg lain...hehhee..terliur tgk ikan akak..
ReplyDeletew.salam sabar, ya la mcm berpakat lak kita kan tapi menu masakan jer yg berbeza.kalau dekat boleh kita tukarx2 rasa kan..akak pun suka mkn ikan juga.
DeleteMalam Nieza,
ReplyDeletemasya-Allah kalau sampai 24 jam berlapar memang dapat dibayangkan keadaan Nieza! Bawa-bawalah berehat ye Nieza.
Sedap menu Nieza tu, Kak Amie pun pernah cuba ikut resepi yang sama dari blog Wattie.
terima kasih kak Amie, alhamdulillah dah ok dah kak. oo ye ke? saya tak perasan lak akak dah cuba tapi memang sedap kan:)
Deletesedapnya
ReplyDeleteya Tina, memang sedap nanti tina cubalah buat pula:)
DeleteYa Allah Nieza sampai 2 hari tak makan boleh tahan juga ye... tapi betul kalau dah perut kosong nak banyak pun tak boleh perut kena isi sikit dah rasa penuh.
ReplyDeleteIkan yg ditayan buat mata kakak tak kelip. Sedapnya:)
itulah kak, memang dugaan betul..tapi alhamdulillah tak adalah sampai mudaratkan kesihatan cuma bdn jer la terasa letih sikit. ikan tu memang sedap kak:)
Deletesalam .. wah tertarik la tengok ke ikan yu ..resepi ni dah cuba dulu .. memang sedap ..satu famili suka .. lain kali kena buat lagi la :)
ReplyDeletew.salam wani, betul kan memang sedap...saya pun nanti terasa mcm nk buat lagi jer.
DeleteHampir 24 jam puasa di sana..kalau saya lembik dah,lebih2 lagi lepas badan kena racun kemo...
ReplyDeleteTapi masih mampu memasak ye!!!
Ada kelainan ni blh cuba..
ya kak siti itulah dugaan bila berpuasa dimusim panas ni.waktu siangnya jadi panjang dan mlm pula jadi pendek. kalau winter sebaliknya pula.cepat pula berbuka.sebab jam 3ptng dah maghrib. masak tetap kena masak kak sebab susah nk cari mkn kat luar.nanti akak cuba yer:)
Deletesekali pandang memang nampak sudah keenakannya, siakap pulak tu..
ReplyDeletebetul kak Rohah..bila 2 kali pandang sure menu ikan ni dah sampai dapur akak pula..hehe
DeleteSalam k niza...x perasan sy ade n3 br akak ni..nmpak lain dr yg lain resepi ni kakk..sedaaap sgt tgk pic ni..terliur tau...nnti nk cr siakap nk tryla...simpan dl resepi ni..hehe
ReplyDeleteselamat berpuasa nieza...semoga tabah berpuasa dgn waktu yg pjg kan...
ReplyDeletesedapnya lauk tu...hihi
mak oi! 24jam!! kalau ada anak yg terpaksa puasa 24jam juga,
ReplyDeletecamanalah rupa nak memujuknya tu ya... huhuhu pengsan
sedap betul kalau dapat kaut bawang goreng bersambal atas ikan tu.. sedap!
is baru sempat singgah hari ni.. terbizi sket.. huhu o|^_^|o
ReplyDeletesedapnya masakan berbuka... (^___^)
Salam Nieza,
ReplyDeleteAlamak terlepas bas lagi.....huhuhu....Tkasih sudi cuba resepi tu, kecur air liur akak tengok sambalnya.....