Assalammualaikum dan salam buat semua
Jutaan terima kasih saya ucapkan buat semua yang sudi memberi ucapan hari lahir saya yang lepas. Sangatlah terharu dengan semua ucapan dan doa dari semua di blog dan ucapan di fb juga banyak saya terima. Maaflah jika saya tak dapat balas atau tertinggal utk membalas kesemuanya didalam keadaan saya yang memang sangat sibuk selama 2 hari tu kerana mengikuti bengkel fotografi bersama Saiful Nang.
Setiap ucapan dan doa yang diucapkan saya telah baca dan amatlah saya hargai. Mudah-mudahan segala doa yang dipohonkan akan dimakbulkan Allah hendaknya. Hanya Allah saja yang dapat balas budi baik anda semua. Semoga anda semua juga sentiasa dirahmati Allah selalu.
Hari ni saya agak kurang sihat sikit...maybe tak cukup rehat sama. Tapi saya cuba juga utk update blog ni bila ada masa free sikit ni sebab esok ada tugas memasak utk jamuan dirumah duta pula. Mohon maaf sebab belum berkesempatan utk bw lagi. InsyaAllah bila free nanti saya bw dan berkunjung balas balik ke blog kawan-kawan semua.
Dengan mengunakan resepi asalnya rainbow cake saya tukarkan caranya dengan cara checkered cake. Terima kasih pada tuan empunya resepi kek ni saya ambil resepi ni kat fb kak Zuraini Alias. Boleh juga rujuk di blog kak Zu disini. Terima kasih pada Kak Zu kerana berkongsi resepi kek ni dan izinkan saya berkongsi disini pula.
Adaptasi daripada resepi Rainbow Cake
Rujukan : Zuraini Alias, Kak Zu@ Semanis Gula
3 cwn tepung gandum
4 sdk baking powder
1/2 sdk garam
1 cwn butter ~ suhu bilik
2 cwn gula castor ~ kurangkan sebab manis
5 biji putih telor ~ suhu bilik
2 sdk esen vanila
1 1/2 cawan susu segar ~ suhu bilik
pewarna - oren, merah, kuning, biru, ungu dan hijau
Sediakan loyang 8 inc ~ kalau boleh 3 loyang
Sapu loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper.
sapukan juga baking paper dengan butter
Panaskan oven pada suhu 170C
Cara-cara
1. Ayakkan tepung, baking powder dan garam kemudian ketepikan.
2. Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang atau butter bertukar warna putih .
3. Masukkan telur putih dan pukul lagi sampai gebu dan ringan
4. Masukkan esen vanila
5. Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar
6. Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik.
*Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga.
maksunya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung
7. Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan (Nieza hanya bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan warnakan satu bahagian dgn warna ungu dan satu bahagian lagi biarkan dgn warna asal kemudian gunakan cara checkered cake)
*timbang setiap adunan supaya dia sama tebal bila dah siap di bakar
8. Letakkan pewarna dalam setia bekas dan gaul rata
9. Masukkan dalam loyang
10. Bakar adunan tadi satu persatu dalam oven pada suhu 170C letrik pada rak bawah menggunakan api atas dan bawah dan bakar selama 15 ~ 20 minit atau sehingga kek benar-benar masak.
11. Bila dah masak letak atas redai
12. Tunggu dia sejuk sekejap dan kemudian terbalikkan
13. Kemudia bolehlah teruskan membakar pada adunan yang lain satu persatu hingga siap 6 lapisan
14. Jangan tindih2 kan kek bersama kerana kek mudah melekat dan nanti kek nampak comot dan tak cantik bila dia bertindih dan melekat antara satu sama lain.
15. Bila kek dah sejuk potong lapisan atas kek yang keras supaya bila kita susun kek nampak rata dan sekata.
Italian Meringue Buttercream
By: Zuraini Alias
200 gm gula ( kkzu letak 300 gm sebab rasenye sangat kurang manis ) tapi boleh rase ikut taste masing2 ye
60gm air ( dah tambah gula jadik tambah air juga jadi 90 gm )
140 gm putih telur ( 4 biji )
300 gm butter
300 gm shortening
Caranya:
1. 'Whisk' putih telur sampai medium fluffy ( agak berbuih )
2. Sambil tu masak gula dengan air hingge jadik suhu 118. Jadi kzu
masak air gula hingga mendidih , lepas tu biarkan selama 20 minit atas api paling kecil ( air gula akan
memekat )
3. Tuang air gula panas tadi terus kedalam mixer yang masih bergerak tu.
4. Mix hingga jadi meringue
5. Last sekali masukkan butter dan shortening dan putar hingga krim menjadi kembang dan soft.
6. Boleh letak esen vanilla @ apa-apa paste yang di sukai.
ni la loyang yang saya gunakan utk membuat kek ni...beli kat kedai yang menjual peralatan kek di Finland ni.
1. 'Whisk' putih telur sampai medium fluffy ( agak berbuih )
2. Sambil tu masak gula dengan air hingge jadik suhu 118. Jadi kzu
masak air gula hingga mendidih , lepas tu biarkan selama 20 minit atas api paling kecil ( air gula akan
memekat )
3. Tuang air gula panas tadi terus kedalam mixer yang masih bergerak tu.
4. Mix hingga jadi meringue
5. Last sekali masukkan butter dan shortening dan putar hingga krim menjadi kembang dan soft.
6. Boleh letak esen vanilla @ apa-apa paste yang di sukai.
ni la loyang yang saya gunakan utk membuat kek ni...beli kat kedai yang menjual peralatan kek di Finland ni.
fuh hebat tuh...cantik la..clap clap tepuk tangan hehehe
ReplyDeleteCantik ler Nieza,akak pun belum ada keberanian nak buat icing
ReplyDeleteNieza,nyum2..suke kek ada cream.dilla masa first2 buat dgn cream pun mcm nieza gigil,tp seronok sbb hasil dr tgn sendirikan.chayok!2...cantikla loyang tu..rupanya kena guna loyang gitu yek nk buat kek mcm tu...
ReplyDeletewow kak nieza da rasmi loyang wilton....kite pon ade.....kt sini kalo masuk wilton mcm nk gileee pon ade....lepas ni turn kite plak tayang checkerd kek yer...tguu tauuu....sedap jee nmpk..
ReplyDeleteAmboii..canteknya kekmu itu Nieza..
ReplyDeleteDusss cap wilton...kita punye cap kapak jew... Nieza masuk kelas saiful nang? Kelas gitu... Saya tertinggal bas la nieza, hepi belated bestday nieza, doa saya semoga semakin dilimpahi rahmat dan redha Yang Maha Pengasih...
ReplyDeletesalam nieza..cantik tu nieza..tak nampak hodoh pun..nieza memang berbakat.tangan berseni..ikut youtube pun boleh buat..
ReplyDeleteDusss cap wilton...kita punye cap kapak jew... Nieza masuk kelas saiful nang? Kelas gitu... Saya tertinggal bas la nieza, hepi belated bestday nieza, doa saya semoga semakin dilimpahi rahmat dan redha Yang Maha Pengasih...
ReplyDeleteAssalam kak nieza,ala kak dah cantik sgt dahla tu kak..Munga2 lagi,sy lagilah keras kejung tangan kak..Btw,hepibesday ya akak,moga termakbul segala doa2 akak,berbahagia selalu n panjang umur ya kak..
ReplyDeletecantiknyerr!!!!
ReplyDeletesayang nk makan cantik sgt kek tu.
semoga cepat sihat ye kak =)
Wah cantiknya kek tu... Ok sangat tu untuk beginner macam Nieza, yg penting air tangan sendiri.. Jaga diri ye, banyakkan berehat, ada masa nanti boleh blogwalking blog rakan2.
ReplyDeletehppy blated bday Nieza..sy selalu jengah dapo nieza senyap2..tp kali ni nk wish juga bday..walaupon dh terlewat...syoknya dpt mkn kek cantik tu!
ReplyDeleteSalam Nieza..lawa dan sedap nampaknyer kek dam tu... bilalah dapat beli acuan tu ye? dah lama tak memborong ke kedai kek...hehehe...
ReplyDeleteItalian Meringue tu dah lama masuk dalam list, tp takut plak nk cuba..sbb dulu buat stam buttercream pun fail...hehehe
belum pernah lagi makan kek dam mcm ni..mesti lembut aje.
ReplyDeleteAssalamualaikum Nieza,
ReplyDeletekurang sihat ye... bawa-bawalah berehat.
Kek tu sebenanrnya nampak cantik pada pandangan mata Kak Amie. Lembut je warnanya.
Salam Nieza.akak suka tengok rupa checkered ni yg dipotong...mmg nampak rupa dam...kekpun nampak lembut.Moga Nieza cepat sihat...nak memasak lagi ...slmt memasak..
ReplyDeletesalam nieza
ReplyDeletecantik tue..wahh dh terror la..leh la nnt wat kan kek arijadi akk yer..hehee..
heppy belated bthday yer..terlewat nk ucap sbb dua tiga hari lps agak bz..
Aslmkum Nieza.
ReplyDeleteCantik tau. Siyes x tipu ni. Tang flower tu yg mencabar. Klu keras tgn mcm sue ni kompem x jd. Heee. .
Assalamualaikum Nieza
ReplyDeletesaya ketinggalan
saya ucapkan selamat hari ulang tahun kelahiran
moga dlm pemeliharaan Allah senantiasa
singgah sambil makan kek ...he he
Salam Nieza...Cantik ke tak..no hal lah janji,hasil kerjatangan kite sendiri...
ReplyDeletelama2 cantik la tu...
Salam Nieza aduhaiii cantiknya kek.... gambar pun cantik.. akak memang suka kalau kek bermacam warna nampak ceria dan teringat kisah zaman kanak-kanak... tq dik...:)))
ReplyDeleteSalam Nieza,
ReplyDeleteAlahai cantiknya... best kan kalau dapat kumpul loyang2 tu. Saya dah lama gak dok usha kek checkered ni. hihi... cantik sangat :)
Kakak tengok loyang pun dah terpikat belum lagi kek yg Nieza buat. Kakak memang suka dgn gambar yg Nieza selalu tepek menggoda sungguh...
ReplyDeletenieza.. bagi saya yang tangan kejung ni kan, saya tengok cantikkk dah sangat deco nyer.. mcm kat kedai dah. hehehe... tah bile nak main ngan buttercream ni. hasrat hati ada tapi masa tu satu.. nak kene cari time yang ber'mood' jugak kan main butercream ni.kek pun cantik jek dam nyer .. :-)
ReplyDeleteAssalamualaikum Nieza,
ReplyDeletekira dah cantik sangatlah kek tu..puashati bila pandai buat kek sendiri kan...tahniah Nieza, pasni bolehlah buatkan utk akak pulak...btw Happy Birthday sekali lagi, moga segala doa dan harapanmu di makbulkan Allah SWT. Aminn..
wahh niza dah buat ye kek batu bata ni..hehehhe...cantik....:)
ReplyDeletebestnya pegi kelas fotografi..mesti lepas ni gambar lagi bertambah cantiksss...hehehhe
akakkkkkkkkkkkkkk mcm kek SR la
ReplyDeletemalatopppp sgt kek ni
oishii sou
if dekat boley gak mintak sket
*muka tataw malu ni ngeeee*
cantiknyaa kalerrr...
ReplyDeleteeppy belated besday akak :)
ReplyDeleteSalam Nieza..moga sihat pagi nie..cantik dan sweet jer warna kek tu..sukalah saya tgk.
ReplyDeletewahh rajin nye sis buat kek ala2 dam ni..decoration rose lawa lah..cantik terbentuk..kalu saya makin lama makin kuncup terus tak kembang2 hehe
ReplyDeletesalam ukhwah :)
Wahhh cantiknyaaa.. anyway hepi belated ye! :P
ReplyDeleteMy latest Entry :)
Edisi Mari Belajar: Menu Majlis Harijadi
wah...cantiknyer kotak2.. ada bekasnyer...
ReplyDeletebila is nak pandai ni... keh3 (^___^)
mmg cntik kek tu..penuh bwarna warni...
ReplyDeleteeeyyy, geramnya tengok kek tu... pastinya sedap..
ReplyDeleteget well soon nieza.. rest & makan obat ya..
waaaah! saya cite ke org umah & dia seronok sungguh baca! (tp dia dalam pantang skrg, x buleh lagi! hahaha)
ReplyDeletemakaseh jadi follower ke -100!
makaseh sesangat!
Salam Nieza...practice make perfect...apa-apa pun kek itewww nampak sedap sangat...
ReplyDeleteAssallamualaikum Nieza..
ReplyDeleteHarap dah semakin baik ye kesihatan. Akak ucapkan happy belated birthday kepada nieza. Moga tercapai apa yang dihajati dan sentiasa bawah lindungan Allah hendaknya..
Rajin buat checker cake. Kak Naz pun dok mengidam nak buat kek ni tp tak terbuat2 lg..hehehe.. Syabas sbb berani mencuba utk mendeco. Akak sendiri pun tak pernah lagi buat bunga ros yg cam tu guna buttercream. Tgk tutorial kat youtube dah bnyk kali tp tak tercuba2 lg..
Assalamualaikum Nieza,
ReplyDeleteHappy belated birthday, semuga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki. Percubaan yang berani dan boleh dibanggakan......selamat mendeco...
cantiknya niza... sama le kita .. budak baru belajar.... yg penting kita try dan berusaha kan ...
ReplyDeleteNieza...
ReplyDeletemula2 kan.. ayu dh gile nak tanya ttg mould tu.. mujur nieza syer.. kalau ikutkan ala2 zaman dulu.. nak bt kek y berselang2 like ketupat nie sukar ooo..
alhamdullilah, senang dah..
tapi... kat malaysia adakah?
Seronok tengo Nieza masak kek. Cantik dan nampak sedap.
ReplyDeleteaslmkum nieza.. akk dtg paling lambat ni.. dalam diam2 ada bakat membunga.. tahniah.. cantik skill tu.. akk mmg fail selalu bab2 camni.. hihihi..
ReplyDelete