4 Apr 2012

2nd Blog Anniversary



Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung blog Our Journey Begins. Alhamdulillah tanpa disedari blog ni dah berusia 2thn dah. Sungguh cepat masa berlalu. Terima kasih pada semua pengunjung yang sudi singgah ke blog rojak saya ni..:D 


Blog picisan saya ni bukanlah hebat sangat kalau nak dibandingkan dengan blog yang lain tapi saya syukur kerana dengan blogging ni lah membuatkan hidup saya dirantauan ni sentiasa ceria selalu dengan kehadiran semua teman-teman blogger. Tak kira blogger yang lama atau baru amatlah saya hargai. Walaupun tanpa bersua muka dan mengenali hanya dialam maya tapi ukhwah yang terjalin begitu mesra sekali. 


Saya hanyalah insan biasa yang ada kelemahan dan kekurangan diri..mohon kemaafan sekiranya saya ada terkasar bahasa, menguris hati mana-mana pihak  kerana dengan menulis ni sukar utk kita buat tafsiran yang betul. Kekadang tu tak semua blog yang dapat saya singgah untuk beri komen tapi saya akan cuba juga membalas setiap kunjungan bagi mereka yang sudi singgah dan  meninggalkan jejak disini. Terima kasih juga pada semua followers baru yang sudi follow blog picisan saya ni. Mohon maaf  jika saya tak dapat follow balik kerana kekadang tu tak ada link yang betul utk saya follow. Minta berikan link yang betul dan saya akan follow balik nanti.


Apa saja yang saya kongsikan disini adalah lahir dari hati yang ikhlas bukan ada niat untuk riak dan menunjuk pandai pada sesiapa tapi sekadar untuk berkongsi pengalaman bersama bagi siapa saja yang sudi. Dalam masa yang sama adalah untuk simpanan kenangan buat saya juga. Tak perlu juga saya nak cerita macam mana keikhlasan hati saya tu sebab ikhlas itu adalah rahsia Allah. Saya hanya minta redha Allah saja dengan apa saja yang telah saya lakukan. Semoga apa saja yang telah saya kongsikan disini dapat dimanfaatkan bersama oleh semua orang. 


Semua yang tercatat adalah sekadar coretan perjalanan hidup saya selama berada dirantauan orang serta dalam masa yang sama  berkongsi pengalaman memasak  dengan mencuba resepi baru. Alhamdulillah...banyak kelebihan yang saya dapat selama saya berblogging ni. Walaupun pada mulanya suami agak keberatan untuk membenarkan saya berkongsi diblog ni takut org menilai yang kita nak menunjuk atau riak tapi akhirnya dia telah memahami niat murni saya. Cuma kadangkala ada juga diingatkan saya supaya berhati-hati untuk menulis dan apa saja yang saya nak tunjukkan yang kita ada sebab kita tak tahu macam mana penilaian org lain nanti. Kalau yang memahami tak apa tapi kalau sebaliknya kita dikatakan nak menunjuk-nunjuk pula. Tapi hakikatnya semua tu hanya pinjaman yg sementara saja dan tiada satu pun yang akan kekal. Tak guna kita nak bangga sangat dengan apa yang kita ada sekarang ni. Saya bersedia dan terima segala teguran  secara positif kerana kekadang tanpa saya sedari saya mungkin juga lupa diri. Yang baik datangnya dari Allah swt dan buruk adalah datangnya dari kelemahan saya sendiri.


Maaflah panjang lebar pula coretan saya kali ni, Jutaan terima kasih sekali lagi saya ucapkan pada semu teman-teman blogger, teman-teman fb dan tak lupa juga semua silent readers yang sudi singgah ke sini. Kehadiran anda semua amatlah saya hargai. Tanpa sokongan anda tak cerialah blog Our Journey Begins ni. Saya juga tak pasti sampai bila blog saya ni dapat bertahan tapi selagi ada masa terluang dan diizinkanNya akan saya terus mencoret dan berkongsi disini. Salam sayang buat semua. Akhir kata terimalah 2 keping kad diatas yg simple dari saya dan bunga dibawah ni untuk tanda kenangan dan  penghargaan buat semua. Terpulang nak ambil yag mana satu yang anda suka kalau suka dua-dua pun boleh angkut bawa blk juga..:P


Bunga dlm kad tu adalah bunga original yang saya ambil semasa bercuti ke Holland tempoh hari...fresh dari ladang lagi tu:P

56 comments:

  1. Tahniah berulang tahun. . Terima kasih bunga tulip yg cantik tu. Terima kasih sudi menjadi teman akak di alam maya.

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum n selamat pagi Nieza, kat sini dah pagi...hehe...
    Thanks Nieza bagi munger tulip tu, tak dapat pegang, dpt simpan yg ni pun dah ok, sbg kenangan dari Nieza yg tak pernah bersua muka.

    ReplyDelete
  3. salam nieza....selamat ulangtahun blog yg kedua...semoga terus aktif berblog yer...cantik gambar bunga kat atas tu...

    ReplyDelete
  4. wahhhhhhhhhhhh
    saya dapat bunga.. fresh pulak tu..
    cantik2..

    sat2 nak tepek kat rumah.. hehehhe

    happy aniversarry blog Our Journey Begins...
    moga success dan terus terbilang...

    PS: betul2 dari suka2 menulis dah jadi satu keindahan bertemu sahabat alam maya

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum,

    Saya suka blogger yang menghargai followers/readers begini..teruskan OK..

    -eqbalzack-

    ReplyDelete
  6. NIEZA,

    TAHNIAH dear...selamat ulangtahun..kejap aja kan dah dua tahun..eh!!akak angkut dua dua skali yer..cantik!!!

    blogging nie satu terapi pada akak nieza,cuma dalam menjalinkan persahabatan kalau kita ikhlas InsyaALLAH walaupun tak ramai tapi ikatan tu amat eratkan dan berkekalan..jangan ada perasaan megah diri dan rasa bangga dengan apa yang kita buat..:)berkongsi menu itu bagus ,ada yang sampai boleh berniaga dengan resipi yang ada..pepun terimakasih terima akak seadanya..

    ReplyDelete
  7. Salam kak nieza!! happy anni yg ke 2 buat blog akak! moga terus kongsikan resepi2 n gmbr2 yg menarik! :D

    ReplyDelete
  8. semuga terus menjadi blogger dan berkarya...

    ReplyDelete
  9. Salam Yong Nieza

    Selamat menyambut ulang tahun berblog, moga sentiasa dicurahkan idea2 untuk dikongsi bersama.

    ReplyDelete
  10. assalam nieza...
    akak masuk blog nieza ni pepagi lagi hari ni tau... mesti nieza sedang lena diulit mimpi skrg ni.. haha... happy 2nd anniversary utk blog nieza... selain dari suka tengok masakan nieza.. akak suka juga tengok gambar2 menarik yg nieza paparkan dlm blog ni... kalau nak harap akak sampai ke sana... ianya tak mungkinkan terjadi.. sekurang2nya... dpat jugak tumpang melihat dari kejauhan... ehehee.... akak tak rasa apa yg nieza paparkan tu utk niat menunjuk2... blog inikan tempat kita menyimpan seribu kenangan... yg penting niat kitakan dik....

    ReplyDelete
  11. Tahniah Nieza.. dua tahun melayari Our Journey Begins terasa keindahan yg amat sukar ditafsirkan. Begitulah dunia blog yg amat luas ye Nieza.
    Sekali lagi tahniah dari kakak... moga blog bertambah matang dan suksess...

    ReplyDelete
  12. cantikknya bunga....

    happy anniversary yang ke2 buat Our Journey Begins...
    moga terusss sukses yerkk...

    ReplyDelete
  13. Aslmkm..TAHNIAH kawan..moga berkawan selamanya..hehe
    TQ tuk kad yg chatek tu, nanti ada lori kita datang punggah bawak balik yer...

    ReplyDelete
  14. Happy 2nd bloggersary buat Our Journey Begins... semuga perkongsian ilmu dan cerita yg best tu dapat nieza teruskan buat kami semua....

    tahniah!

    ReplyDelete
  15. tahniah dan happy 2nd blogasary buat our journey begins.. semoga nieza dan OJB terus maju dan terus kehadapan dan terus mencatat kenangan kenangan manis dan memory yang sukar dilupakan.;-)

    ReplyDelete
  16. salam nieza...congrats for ur 2nd year of blogging. kros sbg new comer dlm blogging&ur blogger friend (hrp nieza anggap kros sama la kan) sgt berbesar hati sbb sudi bkawan walau pada dasarnya u ckp hebat&ramai kenalan yg hebat2 juga.....u among blogger yg tidak sombong&blh follow back blogger2 biasa mcm kros ni dgn kadar yg cpt. tidak mcm sesetengah blogger hebat yg rasa blogger2 biasa mcm kami xsesuai utk d follow. kros doakan semoga nieza sentiasa sihat&byk idea utk terus berblogging walau nanti dah blk ke Msia... for me, blogging is like ur own diary that u just want to share it with somebody special...btw, i do agree with u that blogging make us busy&enjoy while we far aways from friends,relatives & beloved country Malaysia...tq nieza for the sharing. i would love to bring back ur tulips & hope weather in brunei can accept it.hehe

    ReplyDelete
  17. Happy 2nd bloggersary to Our Journey Begins juga buat Nieza, moga terus sukses dan terus berkongsi resepi yg menarik jua berkongsi pengalaman sepanjang di perantauan. Tahniah akak ucapkan, terima ksih juga coz sudi menjadi sebahagian dari kawan2 akak...cantik munger2 tu..nnti akak ambil ya..

    ReplyDelete
  18. Tahniah Nieza. Selamat ulangtahun ke 2 untuk blog nieza... Semoga terus mantop lagi pada masa2 hadapan..Tq juga sudi jadi kawan kak Naz w/p tak pernah bersua muka...

    ReplyDelete
  19. Tahniah...happy 2nd bloggersary...semoga terus sukses...dan sharing lg resepi yg sedap ehhh...hehehe...tulip tu nti QH nk petik 1 yer...

    ReplyDelete
  20. Salam nieza...Selamat ulangtahun ke 2 untuk blog, kak Zai ucapkan tahniah semoga terus berkarya dengan recepi2 yang umppp.Terima kasih sudi jadikan kak Zai sebahagian dari kawan Nieza.

    Nanti kak Zai ambik bunga tu ya.

    ReplyDelete
  21. eppi annibersary kak nieza..betul ckp akak tuh, kengkadang takut orang salah tafsir niat kita..saya pon dulu masa kat msia mmg suka baca blog2 tak kira dlm or luar negara sbb kengkadang kita nk tau camne tempat tuh (nak melancong ke ape)..kalau blog oversea mmg kengkadang ada jeles tp nak buat camne, rezeki kita tau tau kan..dan dr blog2 ni jugak bukak mata pada sesetengah benda, dan ada yg kasik ilmu jugak..biarlah ape org nak kata kak yg ponting kita EPPI, sbb byk benda bila kita dok oversea ni susah senang sendiri...hik hik hik

    ReplyDelete
  22. tahniah nieza.tq singgah kt blog dapur merah ibu @ dilla yg baru tu nk berasap2 tu.semoga kita dapat share idea dan resepi.terus maju nieza.

    ReplyDelete
  23. Happy 2nd Anniversary buat blog Nieza!moga terus ceria berkongsi pengalaman dan masakan. betul tu Nieza,kdg2 takut juga ada yg salah tafsir....niat nak berkongsi cerita dan pengalaman juga kenang-kenangan tp dianggap sebaliknya tp spt Nieza kata yg penting kita ikhlas berkongsi..

    ReplyDelete
  24. Happy 2nd Anniversary to your blog Nieza....semoga terus bersama menceriakan dunia blogging ini dengan info-info berguna dan resepi-resepi yang mengancam...Nice knowing you even we never met!

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum Nieza...

    Tahniah! Selamat Ulang Tahun Yg Ke 2 buat blog Nieza...Baru hari ni Kak Lin dapat melawat blog rakan2 sebelum ni Kak Lin kurang sihat dan masuk ICU ni jer baru ok walaupun lemah lagi...Kak Lin cari Nieza kat FB tak jumpa...kalau jumpa Add Kak Lin yer...

    ReplyDelete
  26. tqs nieza sbb sudi menjalinkan silaturrahim, walopon kita tak pernah bersua...

    keep writing...!!

    ReplyDelete
  27. eh eh.. tertinggal yang penting..

    "happy anniversary"

    ReplyDelete
  28. tahniah kak...terlambat skit wish sebab sebok..hehhehe

    ReplyDelete
  29. tahniah kak..lambat skit komen sebab bz..:)

    ReplyDelete
  30. Salam Nieza..
    Happy 2nd Blog Anniversary :)
    Diharap Nieza tak jemu2 berkongsi resipi2 :)

    ReplyDelete
  31. salam nieza happy scnd anvrsry yer..
    sry lambat ckit sampai ke sini..smoga dapat mghasilkan resepi yg lbh menarik..dan lbh deboommm..hhe he heee..tahniahh..

    ReplyDelete
  32. Salam kak nieza! Mudah2an sihat selalu. Sukanya entry ni rasa nak copy paste je. Hehe.. Moga kita semua terus diredhai dan diberkati. Amin..

    ReplyDelete
  33. Salam nieza,terima kasih utk bunganya yang cantek dan fresh itu...suke sangat..tak sangka pulak ulang tahun belog jatuh pd hari yang sama,ada jodoh la....hehehe..

    ReplyDelete
  34. Pepagi buta kita dtg ke BLOG citarasa Rinduan...kita disajikan dgn gambaq bunga...ingatkan disajikan dgn mee bandung...ahakz....kak ayu dari citarasa rinduan tu kan ada kedai makan..kan...kan.......ahakz.....

    ReplyDelete
  35. salam

    alhamdulillah

    insyallah, 5-10 tahun lagi kalau diizinkan Allah, pasti segala coretan pada blog ini akan menjadi kenangan indah buat nieza dan suami apabila dibaca kembali .

    moga ceria selalu diperantauan dan dalam kerahmatan Allah

    insyallah

    ReplyDelete
  36. Tahniah Nieza...dalam tak sedar dah dua tahun rupanya berblog. Moga untuk masa2 akan datang Nieza akan lebih sukses dalam apa jua yang dilakukan... :)

    ReplyDelete
  37. As'salam Nieza

    Happy 2nd Bloggersary to nurniezza.blogspot.com/

    semoga apa yang Nieza kongsikan bersama mendapat keberkataan dariNYA. k.ct hargai segalanya diatas resipi yang disumbangkan walau pun kita tak mengenali dengan rapat hanya dialam maya saja, namun kemesraan itu bagai kita sering saja berjumpa kan. terima kasih untuk kad dari Nieza ni, k.ct amik tau muahhhh!..hehehe

    ReplyDelete
  38. salam kenal dr saya ;)
    blog menyerikan hidup saya sejak tahun 2006
    sayang sgt kat blog suam saya itu

    ReplyDelete
  39. Nieza..
    Tahniah!!!..dah dua tahun ye Nieza..semoga Nieza akan terus menulis dan berkongsi pengalaman dirantau orang...bolehlah juga akak tengok tempat orang...nak pegi tu...rasanya belum rezeli lagi...:)

    ReplyDelete
  40. tahniah nieza,,selamat ulang tahun yang kedua blog nieza..terima kasih kerana sudi berkongsi gambar2 yang cantik dan kisah2 nieza disana..

    ReplyDelete
  41. Tahniah, blog Nieza lebih matang dari usianya, akak gantung gambar kat blog akak ya, tenkiuuuuuuuuuu

    ReplyDelete
  42. Assalamualaikum Nieza,

    Tahniah, dah 2 tahun usia blog Nieza, semoga Nieza terus menulis.

    Cerita dan gambar-gambar yang Nieza letakkan di blog ini menambah pengetahuan kak ani yang tak pernah merantau kemana-mana ni selain ke Mekah/Madinah.

    ReplyDelete
  43. Nieza..
    Tahniah!..Happy Anniversary dear...Semoga terus berblog tau...Hppy kenal dgn Nieza..sekurang2nya dapat jg kongsi pengalaman di sana..

    ReplyDelete
  44. salam nieza cayang..hepi blog aniversary ye! moga nieza terus aktif berkongsi cerita & resipi best2 kt blog nieza ye..nnti akak mai angkut munger cun dan hias kt dapur akak nnti ye..muaahh!!

    ReplyDelete
  45. happy 2nd anniversary to http://nurniezza.blogspot.com
    cheq ambik card n tulip na

    ReplyDelete
  46. Assalamualaikum.... Nieza
    Maaf akak terlambat sampai dan terlewat untuk mengucapkan selamat ulang tahun buat blog AJB

    Semoga dengan bertambah usai blog semakin mematangkan kita semakin banyak yang kita pelajari dan semakin merapatkan ukhwah sesama insan..

    yang jauh terasa semakin dekat dan yang dekat terasa semakin erat..

    terima kasih diatas segala perkongsian.. akak sangat-sangat menghargainya.. melihat keindahan negara orang dari kejauhan seakan terasa macam kita berada di sana... walaupun ianya hanyalah sekeping photo..

    Akak suka melihat setiap panorama keindahan ciptaan Ilahi yang Nieza kongsikan.. semoga Nieza teruskan niat murni itu dan semoga nieza ceria meniti hari2 sepanjang berada di perantauan...

    Sekali lagi selamat ulang tahun blog dan salam manis dari akak

    ReplyDelete
  47. Selamat Ulang Tahun Ke-2 to "our journey begins"...moga seterusnya mendapat ilham dalam melayari dunia blogging..... dan terus sukses....

    Moga perjalanan yang jauh mendapt barakah dariNya....ameen.

    ReplyDelete
  48. Assalamualaikum Nieza,
    Kak Amie tertinggal kapal terbang ni, baru perasaan anniversary 2 tahun blog Nieza. Tahniah diucapkan atas usaha Nieza selama ini, sanggup berkongsi apa sahaja untuk tambah pengetahuan terutamanya perkara-perkara baru dan banyak pemandangan luar negara yang cantik2 belaka, serta menu masakan yang sedap2. Terlanjur sampai ke sini dengan tiket kapal terbang yang boleh tahan harganya (ha hahahhh) tak berbaloi kalau kakak ambil satu kad di atas tu, dua2 kakak ambil masuk kargo ye sebab cantik sangat. Nak buat kenang-kenangan tanda persahabatan kita di alam maya.

    ReplyDelete
  49. Assalamualaikum Nieza cayang,

    semalam kak Nur nk tinggalkan komen kat sini tapi tk lepas...so akak cuba
    hari ni...maaf ya akak terlambat nk ucapkan tahniah pada blog Nieza ini..moga
    Nieza terus berkarya dn berkongsi cerita2 yg menarik diperantauan.Kak Nur suka
    baca cerita NIeza nie...boleh simpan pengetahuan.

    ReplyDelete
  50. selamat ulangtahun... lambat sikit datang wish... uhuk3... wini baru bekesempatan bw sket (^___^) moga terus ceria menulis lagi di alam maya ni... insyaALLAH (^___^)

    ReplyDelete
  51. Assalamualaikum...
    Hari tu dah baca n3 ni tapi tak sempat nak tinggal jejak. Jadi hari ni datang balik nak ambik kad2 di atas. Tq yea n semoga hepi2 selalu.

    ReplyDelete
  52. Salam nieza,slmt hari ulgthun blog yg ke 2 thn.tahniahhhh..semoga blog nieza btmbh mntp lg lps ni..sori byk2 trtinggal kpl trbg..nanti kite angkut dan gntung kad yg comel tu yer.tq2.. :-)

    ReplyDelete
  53. salam niza.....wahhhh cepatnya masa berjalan, kejapnya dah 2 thn kan? taniah...terima kasih....sory lambat amik kad....tima kasih, ira amik ekkk...

    ReplyDelete
  54. w.salam dan terima kasih buat semua teman-teman yang memberikan sokongan padu buat blog OJB ni.Saya amatlah terharu dengan setiap komen dan ucapan yang diberikan. Mohon maaf tak dapat nak saya balas satu persatu tiap komen ni tapi saya sudah baca setiap komen dari anda semua.

    Mudah-mudahan segala doa dan harapan anda juga akan dimakbulkan Allah..InsyaAllah sama-samalah kita berkongsi pengalaman dan resepi masakan bersama.Semoga segala usaha murni kita dirahmati dan dapat dimanfaatkan bersama juga nanti..salam sayang buat semua:D

    ReplyDelete
  55. Salam Nieza,
    Happy anniversary buat blog Nieza. Dua tahun, tentu banyak pengalaman dan kenangan semestinya. InsyaAllah ramai yang menyukai apa yang Nieza kongsikan. Saya pun selalu kagum dengan keikhlasan nieza menulis. Semoga Nieza dapat terus berkongsi dengan kami hendaknya. :)

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers