29 Mar 2012

Trip To Amsterdam, Holland (Part 1)

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua.
Maaflah banyak hari tak berupdate dan bw ni...tuan umah ni berada di luar kawasan coz pergi bercuti 4 hari 3 malam ke Amsterdam. Jalan dekat-dekat sini jer kalau dari Finland ni dalam 2 jam lebih jer naik flight. Sementara masih duduk disini baiklah gunakan sepenuhnya kesempatan yang ada ni utk berjalan tgk tempat org kan..kalau dah balik dok Malaysia nanti belum tentu ada kesempatan nak berjalan mcm ni lagi. 

Terima kasih pada yang sudi singgah sini terutama followers yang baru...InsyaAllah nanti senang saya akan berkunjung balas balik jika anda ada tinggalkan jejak dan link yang betul akan saya terjah nanti.

Oklah cerita percutian saya kali ni adalah bersama dengan persatuan ladies kat sini. Hanya ladies saja yang pergi. Actually dah lama kami merancang iaitu dari thn lepas lagi utk ke melawat Amsterdam ni tapi tahun ni baru lah berpeluang itupun bila last nak pergi hanya 3 org saja yg dapat join. Perjalanan kami bermula pada 24 hb Mac 2012 lepas iaitu pada jam 5.00pagi dah keluar dari rumah untuk ke airport. Sampai di  Amsterdam kami terus menuju ke hotel yang siap di tempah awal untuk simpan beg. Oleh kerana kami sampai sana sebelum jam 12 tgh hari kami tak dapatlah check in bilik terus cuma dapat masuk selepas jam 2ptng. Perbezaan waktu di Amsterdam dengan Finland hanya beza 1jam saja.  Untuk tidak buang masa kami terus mulakan lawatan kami pada hari tu juga. Kawasan hotel yang kami duduk ni adalah berdekatan dengan station train dan kedudukannya terletak di tgh bandar. Memang senang sangat sebab banyak kemudahan kedai makan dan kedai lain disini. Disini juga sangat mudah untuk mendapat makanan halal dan terdapat juga restaurant Malaysia yang ownernya adalah org Malaysia.

Oklah layan jer lah gambar yang saya ambil masa disana ni...sekadar untuk berkongsikan pengalaman dan untuk simpanan kenangan saya disini saja. InsyaAllah kalau ada masa dan kesempatan lagi bolehlah saya sharekan lagi disini nanti.
 view from aircraft


 Jakun sekejap bila saya tgk basikal yg banyak disini....tapi keadaan disini adalah biasa malah basikal adalah merupakan pengangkutan yang utama di sini. Terfikir juga saya kalau kat Malaysia semua naik basikal pergi keja mcm ni sure semua org Malaysia sihat kan sebab setiap hari kayuh basikal dah mcm bersenam la juga.

 view berhampiran hotel yang kami duduk ni
 kami bermalam di hotel Ibis itu...dihadapan hotel tu terdapat tempat parking basikal yang boleh muat sehingga 2500 buah basikal.
 hari pertama kami di Amsterdam ni kami ambil kesempatan untuk bersiar-siar pusing bandar dengan menaiki bas ni.





 flea market yang menjual barang dan makanan yang murah..disini semua barang yang dijual boleh di tawar harganya.

 dengan menaiki bas pelawat tu juga kami dibawa ke kilang membuat berlian ni...memang sangat menarik kerana diberikan peluang utk tgk sendiri cara membuat berlian dengan menggunakan peralatan yg manual dan tangan saja. Memang sangat berseni dan berkualiti sesuai dengan harganya yang tinggi.


 penerangan oleh staf kilang
 pekerja kilang



 antara peralatan yang digunakan





 1st time juga saya tgk berlian ni dari dekat
 contoh cincin yang siap disaluti berlian


 disini kami diberikan kesempatan untuk mencuba pakai cincin ni...tak dpt beli dapat cuba jadilah kan:D








 pic view ni semua saya snap dari dalam bas masa naik tourist bus jer ni





 subhanallah..suka tgk view yang cantik mcm ni







14 comments:

  1. Salam nieza....amboi sakan noo berjalan. tanpa cik abe lg tu. syoknye kalau dpt join (hehe, berangan). Nak pengsan tgk lip lap 2x tu. huhu, u al xrembat ke seketul?

    ReplyDelete
  2. i miss holland..!!! nak nya pi lagi..

    amsterdam tu kami stop kejap2 je.. ada macam2 jenis basikal kan.. seronok tengok..

    ReplyDelete
  3. Salam

    Jeles ni, jeles sesangat....nak tunggu next n3 yg boleh buat teman sesak napeh....

    ReplyDelete
  4. Salam Nieza

    Bestnya! InsyaAllah ktrg pon nk pegi Ams mgu depan ni. Tp tak mskkan kilang berlian ni dlm tentative sbb tkt ank2 boring hehe

    ReplyDelete
  5. bestnya..sy tumpang seronok tgk gmbar2 ni..bersih nmpak negara depa..tgok berlian dlm gmbar pun jadilah..heheh..

    ReplyDelete
  6. huhuk.kalau kite tak jupe la mane kite parking basikal.jadi orang last balik baru taw mane basikal.hee :)

    ReplyDelete
  7. Salam Nieza,
    Seronoknya pergi Amsterdam. Saya teringin juga nak pergi, entah bila nak sampai. Asyik transit aje. hehe... betul, nanti dah balik Msia bukan senang nak melawat Europe lagi. :)

    ReplyDelete
  8. amsterdam mmg cantik kan..bangunan nye lebih kurang ngan bandar lain cuma sbb dia ada sungai tuh efek lain hehehe

    ReplyDelete
  9. Salam kak nieza! naik juling tgk gmbr2 akak yg cantek2 niii, bestnyer kan g jalan2 takde geng2 gentleman2 ni mmg best sume ladies2 mmg boleh jalan lama2 hihihi... berlian tu kalau masuk kocek seketul kayooooo adik hihihi... yg kelakar tgk beskal yg mcm beca tu haaaa.. moden betul bentuk beca dia :D

    ReplyDelete
  10. Selamat pagi Nieza.... amboi panjangnya kaki, eeee..salah...panjangnya perjaanan, luasanya pemandangan... banyak betul dapat dilihat, memang ikut rasa seronoklah Nieza1

    ReplyDelete
  11. bestnya, naknya ladies outing kan, kalau kat malaysia semua org guna basikal, takde lah masalah jam kat kl ni

    ReplyDelete
  12. is datang folo dari blog abang ben (^___^)

    ReplyDelete
  13. sukanya tengok gambar weeping willow tu

    ReplyDelete
  14. Salam.Saya dan keluarga(5 adults)sedang merancang bercuti di Amsterdam bulan March 2014.Kami looking for self catering apartment.Would you like to share your accommodation details semasa di Amsterdam dulu,please

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers