23 Mar 2012

Durian Pancake / Kuih Dadar Durian

Assalammualaikum
Salam di hari Jumaat yang mulia buat semua. Semoga kita semua mendapat keberkatan disebalik penghulu segala hari ni. Kali ni saya mencuba buat pankek durian pula. Buat pankek ni pun sebab nak abiskan lebihan stok durian frozen yang saya buat durian cheese cake hari tu. Nak kena clear mana yang boleh sebelum nak bercuti nanti.


Kuih ni sedap sangat dan memang kena ngan selera saya. Tak tau berapa ketul yang dah saya makan tu...:D Saya suka inti yang sedap tu. Resepi ni saya ambil dari dapur Kak Wan yang memang hebat memasak dlm pelbagai masakan. Kalau singgah blog kak wan sampai saya tak tau mana satu resepi nak dicuba sebab semuanya nampak menarik. Terima kasih pada Kak Wan kerana berkongsi resepi yang sedap ni dan izinkan saya berkongsi disini pula.


Resepi Durian Pancake / Kuih Dadar Durian

sumber: Kak Wan,

Bahan-bahan dadar

100 gm tepung gandum. 
1/4 sudu teh garam.
3 biji telur dipukul ringan. 
250ml susu cair. 
1 sudu besar mentega cair. 
beberapa titik pewarna kuning/hijau.


Inti kastard durian
250ml susu cair. 
2 sudu besar tepung jagung. 
2 sudu besar gula pasir.
 1/4 sudu teh garam. 
1 kuning telur. 
150 isi durian.  

cara-cara
1. Satukan bahan dadar dan whisk hingga rata, kemudian tapis. Nieza masukkan semua dalam blender supaya tidak berketul.
2. Panaskan kuala non stick kecil tanpa perlu meleserkannya dgn minyak, ambil satu senduk adunan dan buat dadar yg nipis. pastikan setiap kali menuang adunan, kuali di angkat dari dapur supaya tidak hangus.
3. Biarkan bahagian bawah masak, kemudian terus angkat dan terbalikan dengan permukaan yg licin berada di bawah. buat hingga habis.
4. Letak 2 sudu kecil inti di tengah dan lipat seperti membuat lepat dengan permukaan yang licin di bahagian luar. 

Bahan inti 
1. Larutkan tepung jagung dan susu segar hingga rata. kemudian satukan dengan bahan2 yg lain di dalam periuk dan masak hingga inti menjadi kental. sejukkan dahulu sebelum di isi di dalam dadar. 

    38 comments:

    1. Salam kak! wah! org kat sana makan durian ehehehe... alaaaaaaa,,,kita takde jumpa lagi durian masak ni kak sume keras2 lagi :D termengidam pulak dgn durian hihihi..

      ReplyDelete
    2. As'salam wahh pepagi dah npk pancake durian..kalau ank dara akk npk sure dia suruh buat...hantu durian betul dia....nak buat kena cari durian dulu...cantik kulit dadar..

      ReplyDelete
    3. Salam Nieza,, klu K1 pun bukn satu ketul makan .. berketul2 pun boleh abis hee hee :)

      ReplyDelete
    4. wah kalah org malaysia dgn stok durian Nieza ni:)sekarang blom musim durian .Cm memng suka makan durian dan apa apa yg ada durian.bak kata org sekarang Suker giler hehe.Selamat bercuti Nieza.Take care.

      ReplyDelete
    5. Alahai...terliurnya....
      Tgk je da tau sedap..

      ReplyDelete
    6. assalam nieza..memang betul2 sedap tu..ada durian sampai ke findland ke nieza

      ReplyDelete
    7. as-salam Kak Nieza
      ish..ish..ish..pagi2 dah ada Kuih Dadar Durian kat sini..menyelerakan..

      ReplyDelete
    8. salam nieza
      lamaaaa akak tk singgah sini..bz tk menyempat aje of late ni :D
      meriah sgt nampak kuih dadar ni tambah lg ada reben merah tu...

      ReplyDelete
    9. Nieza sangat cantik dan kemas suka tengok gambar nieza,akak teringin nak buat tapikan takut bila bungkuih tu terburai isi perut

      ReplyDelete
    10. Assalamualaikum Nieza,
      rajinnya mendadar... cantik pula tu siap diikat reben sekali!

      ReplyDelete
    11. Nieza rajin sangat. Deco tu yg menambah selera... kalau kakak tak sempat nak bereben-reben dah hanyut berenang dalam perut hihi....

      ReplyDelete
    12. salam nieza....cantik kuih tu, siap ada reben lagi....akk belum pernah buat lg dadar durin ni, kena tunggu musim durian dulu la...

      ReplyDelete
    13. salam nieza, lawo betul pancake durian nieza ni..kemas dan teliti jer rupanyer..kalau rupa dah cantik rasanya pasti mengancam kan nieza..

      ReplyDelete
    14. Assalamualaikum Nieza Sayang... :)

      Alahai! comelnya durian pancake tu...bilalah agaknya Kak lin dapat rasa yer Nieza...sedap ni Kak Lin mmg hantu durian...hikhikhik

      ReplyDelete
    15. cantik presentation dia dik
      sure sedap nie
      kalau akak takut dah nak makan
      sayanggggggggg ;)

      ReplyDelete
    16. Cantik dan kemas pancake yang Nieza buat.

      ReplyDelete
    17. Asmkum Nieza..
      Waaaa..menderita jiwa raga tau. Memang sedap pankek doyan ni.

      ReplyDelete
    18. Ni bau derian smpi sini ni Kak
      Canteknyer bentuk dia
      Nmpk Mcm hiasan jer
      Pandai akak buat :))

      ReplyDelete
    19. sedapnya...nengok inti kastad durian tu

      ReplyDelete
    20. Cantiknya kak nieza! kemas, rasanya pun mesti lg sedap. waa.. teringin la pulak. tp sini x jumpa durian. uhuhu..

      ReplyDelete
    21. sedapnya pancake tu..
      cantik dekor nya..
      huhu...my peberet..

      ReplyDelete
    22. Nieza..
      selamat bertemu kembali....cantiknya kuih nieza..kak azi rasa nak cuba le resepi ni...nampak macam senang sikit..sebab kalau yg.susah-susah tu..akak ni malas sikit...ha..ha..lagipun stok durian selalu ada kat rumah ni..cik abang hantu durain...

      ReplyDelete
    23. memang sedap! rasa sayang je nak makan sebab comel dan cantik.. hahha

      hai, datang dari blog abg ben..

      ReplyDelete
    24. amboi..comelnya pancake tu..siap ada reben...

      ReplyDelete
    25. Amboi Nieza, lempeng durian dah merantau ke Helsinki yer upgrade dgn reben lagi cheewaahh

      ReplyDelete
    26. cantiknya kak..sian bereben lagi..hehhehe..saya kalau buat kuih ni tak tau la boleh bungkus kemas cam akak ni ke tak..hehehe...

      seronok tengok gambar akak kat bawah...bestnya main salji..:)

      ReplyDelete
    27. salam kak nieza.. cantiknyer...

      ReplyDelete
    28. aduhai sedapnya nieza.. mmg mgoda.. tak kene musim derian pulak kt sni..

      ReplyDelete
    29. Aslmkum Nieza.sedapnya pancake durian....tiap kali tengok kat blog tayang pancake ni tiap kali tu teringin tp kena kiv dulu durian tak da .
      cantik gambar snow kat bawah tu....suka tengok.

      ReplyDelete
    30. Salam kak Nieza, balas kunjungan dari syida. Cantik durian pankek akak. Mesti rasa sayang nak makan kan.

      ReplyDelete
    31. menggoda betul penkek durian tu.. dah lama tgk teman2 lain buat.. ada yg panggil bantal durian.. hehehe.. cute jer kejadiannya kan... entah bila akak nak mencubanya padahal kalau musim durian kat kg mil sampai tak abis2 mkn..

      ReplyDelete
    32. kalau dapat satu, mungkin tak makan kot.. simpan je sbb cantik sangat... hehe..

      ReplyDelete
    33. wah tak sangka kuih kegemaran kakak sy ni blh dibuat kat rumah...sll makan kat Mines mahal, mmg tak cukup...bolehla saya cuba buat nanti bg dia happy...thanks kak

      ReplyDelete
    34. walla...lawaaaa dan sedapppp..tapi sayang nak makan sebab lawa sangat :)

      ReplyDelete
    35. nampak macam sedappp.. nak makan lak, macam sayangg~~

      ReplyDelete
    36. Bila tuan rumah nak balik ni? hehe.. habis dah pancake durian dia kitorang makan :D

      ReplyDelete
    37. Assalamualaikum Nieza,
      Issshhh tak gamak pula rasanya nak makan pancake tu, sebab cantik sangat. Lepaih bungkuih tu nak pos mai Penang ke Nieza, elok sangatla tu, akak tengah dok tunggu ni..hehehe

      ReplyDelete
    38. salam kak.. ada durian ke.. ita tak pernah makn pancake durian tentu lemak2 rasanya yummy

      ReplyDelete

    sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

    Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

    Bookmark and Share

    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails

    My Blog Anniversary Day

    Daisypath Anniversary tickers

    Our Wedding Anniversary Day

    Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers