22 Mar 2012

Ikan Hauki Kukus

Assalammualaikum
Hari ni masak lauk simple ikan kukus jer. Menu sihat dan bagus pada mereka yang diet secara sihat.  Senang dan simple jer nak masak ni pun. Saya main campak-campak style saya jer ni...:D

  Ikan ni nama Finlandnya ialah hauki..nama lain saya tak tau pula dan tak sure ada tak ikan ni kat Malaysia. Ni pun jiran yang merangkap tuan rumah yang kami duduk ni yang bagi semalam. Alhamdulillah rezeki jangan di tolak kan. Memang selalu juga dia kasi ikan ni bila dia pergi memancing kat summer cottage dia. Biasa saya suka masak sup dan stim mcm ni sebab terasa isi ikan tu lagi fresh. Biasa masa winter macam ni  ramaila yang suka ice fishing kat tasik atau lautan yang membeku.

Source: http://Nurniezza.blogspot.com
Bahan-bahan

1 ekor ikan hauki (boleh juga guna apa-apa saja jenis ikan)

1 labu bawang besar dimayang halus
3 ulas bawang putih dipotong halus
1 inci halia dipotong halus 
2s/b sos ikan
1s/b kicap manis
2s/b serbuk lada sulah
1 kiub ikan (kalau tak bubuh boleh gantikan dgn garam)
2 batang serai dihiris halus
4 tangkai cili api diketuk
2 sudu besar jus limau ataupun lemon
daun sup/daun bawang (tapi nieza tak bubuh dah abis stok)
2 biji tomato dipotong kecil
3batang asparagus di potong kecil (optional tak bubuh pun boleh)
1 batang carrot dipotong halus

1/2 biji lemon utk hiasan
1 s/k serbuk lada
garam secukup rasa

Cara-cara
1. Ikan dicuci bersih dengan lemon dan dikelar kedua-dua bahagian.

2. Kukus  ikan dalam bekas yg dalam dan masukkan semua bahan-bahan yang siap dipotong tadi bersama dgn ikan.......kukus  dalam masa 10-12 minit sehingga ikan masak.

3. Apabila sudah masak bolehlah diangkat dan lebihan air kukusan ikan tadi curahkan diatas ikan...hiaskan dgn bawang, tomato, lemon dan daun sup/bawang...hidangkan ketika panas dan enak dimakan dengan nasi putih..

14 comments:

  1. Menu sihat n baik tuk diet;)

    erm, baru nak tanya, ikan hauki tu, rupanya mmg xda la kat malaysia kan;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul..memang sesuai utk diet yg sihat...boleh jer tukar dgn ikan lain:)

      Delete
  2. Salam Nieza..besaunya ikan!murah rezeki tuan umah ya...rajen bg ikan kat penyewa2nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam kak, itulah kan moga murah rezeki tuan yg beri ikan ni.dia suka memancing sama agaknya dah jemu mkn ikan ni kot:)

      Delete
  3. salam npk kepala cam ikan siakap.....tp mmg sunggu menyelerakan resepini

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam kak, sama tapi tak serupa kot..hehe cubalah buat nanti kak:)

      Delete
  4. Salam kak nieza! ikan tu mcm nak melarikan diri jerr sib baik dah masak :D sedap nama ikan tu :D ikan hauki kikiki... lama dah kita tak buat ikan stim gini, kalau buat mesti nak kena kerak 2 sbb pengukus kita cetoet jerrr :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam ika! tu la pasal panjang sgt ikan ni akak ke posing dia sampai bengkok mcm ni baru boleh msk kalau tak muat periuk kukus juga..:D kalau pengukus kecik potong jer 2 ikan tu Ika..haha asalkan masak leh mkn kira oklah kan:P

      Delete
  5. Assalam nieza,
    sebelum akak masuk beradu..singgah sini sekejap..
    nampak tadi kat fb ikan ni yang diberi jiran ya..wah sungguh menyelerakan akak tengok tau..bayangkan sini dah pukul 1.30 pagi boleh lapar balik akak tengok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam kak Ayu, ya kak jiran yg merangkap tuan umah kami sewa ni yg bagi ikan ni.akak boleh cuba buat nanti guna apa-apa ikan pun boleh:D

      Delete
  6. assalam kak nieza..

    dr td kite tgk terliurr dala xdinner ni tau...anto laaa kt dubai ni sikit..meleleh dah nihh

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam saba, alahai ciannya mak labu sorang sorryla bukan niat nk bg terliur pun..haha ok nanti akak pos ke Dubai yer:P

      Delete
  7. haa..dalam bahasa Omputih, hauki tu nama dia 'pike' sejenis ikan air tawar kot kalau tak silap. very fofular kat Finland termasuk dalam mitos2 lagenda diorang. Kat Malaysia sepupu dengan ikan dlam kolam ehehe... walau apa pun, nampak tersangat sedap. kat sini dapat siakap dari Greece je..jadi lah...

    ReplyDelete
  8. oo ikan pike ke nini? ada lagenda pulak yer,bagus info ni.dok sana mesti senang mkn ikan fresh kan.sini dapat ikan mcm ni pun dah best dah:)

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers