12 Feb 2012

Lawatan Kilang Coklat Fazer


Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua.
Lamanya tak bersiaran kat sini..lama juga tak bw...lately mcm-mcm hal ada. tak dpt nk update blog selalu jer...rasanya mcm kena bercuti sekejap kot utk blogging ni. Apapun terima kasih pada yang masih sudi berkunjung kesini.

Oklah hari ni nak sharekan aktiviti saya  minggu lepas bersama dengan persatuan ladies kat sini atau dikenali dengan Perwakilan. Aktiviti kami kali ni melawat ke kilang coklat di Finland iaitu pada 9 Febuari 2012. Seramai 14org yang turut serta lawatan ni termasuk juga yang bukan ahli. Kebetulan ada sedara kawan yg datang dari Malaysia bercuti ke sini dapatlah diorang join sama. Seronok dengan peluang yang diberi untuk melawat ke dalam kilang ni. Tapi kami tak dibenarkan untuk mengambil gambar didalam kawasan kilang ni.So...tak dapatlah saya sherekan gambar proses membuat coklat ni cuma ada gambar dikawasan luar saja. Untuk masuk kedalam ni pun kami tak dibenarkan membawa beg dan diberikan baju,kasut plastik dan topi untuk disarung.Memang  pihak kilang sangat menjaga bab kebersihan.

Disini, kami diberikan penerangan yang jelas oleh pegawai pemasaran kilang tentang bermulanya sejarah kilang, bahan mentah dan proses pembuatan coklat. Beliau juga turut membawa kami melawat diseluruh kawasan kilang itu. Kami dapat melihat sendiri proses membuat coklat ni..memang menarik sangat  sebab mereka tidak menggunakan pekerja yang ramai. Kebanyakkan dibuat oleh mesin. Didalam kilang ni juga kami dibenarkan untuk mkn banyak mana saja coklat kami nak tapi tak dibenarkan untuk dibawa keluar sebab pihak kilang telah sediakan satu beg untuk kami bawa balik nanti. Kami juga diberikan peluang untuk membeli coklat dengan harga yang murah dari harga dipasaran luar.

Jenama yang sangat terkenal di Finland ni. Fazer ni telah bermula sejak 100tahun yang lepas iaitu pada abad ke 19 lagi. Coklat fazer ni dah pun masuk ke pasaran Malaysia..buat masa sekarang hanya dijual di airport KLIA

serba sedikit taklimat oleh pegawai pemasaran ...diluar bilik operasi pembuatan coklat

sebelum kami dibawa melawat ke dalam kilang kami telah diberikan taklimat dan tayangan video tentang sejarah bermulanya kilang coklat ni, proses dan pasaran jualannya sambil diberikan jamuan minum pagi.


macaron pun ada..

antara yang turut serta lawatan ni

bangganya bila tgk bendera Malaysia berkibar di Finland ni







ahli Perwakilan bergambar dengan pengerusi Perwakilan

ahli Perwakilan bergambar dengan pegawai pemasaran kilang

masa untuk shopping coklat pula..:D



ni la beg yang kami dapat sebagai souvenior utk dibawa pulang. ada roti dan coklat. Selain dari coklat fazer ni juga ada keluarkan roti  tapi tak dibuat disini.




ada pelbagai jenis lagi coklat yang dibuat disini tapi ni sajalah yang dpt saya tunjukkan. oklah sekian sajalah cerita lawatan kilang pada kali ni.

30 comments:

  1. sangat2 tak tahan tengok cekelatsssss.... huwaaaaa, nak jugak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh-boleh kak ada lagi coklat ni...hehe

      Delete
  2. Seronoknya bila dapat mendalami benda2 cam gini. Apa pun selamat beristirehat yea.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya kak sam memang seronok dpt pengalaman masuk kilang ni..kalau dok Msia pun bukan senang nk dpt peluang masuk kilang gini..btw, thanks kak:)

      Delete
  3. best kalau dapat tengok dalam kilang tu...
    emmm...tak dapat tengok niezza pakai baju dan kasut plastik!

    inilah yang dikatakan jauh berjalan luas pandangan...banyak ilmu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya kak ros, memang best dpt masuk kilang ni..itula tak boleh bawa camerala masuk dlm tu..diorang suruh simpan beg dan camera kat locker jer. tapi pengalaman dpt masuk tu yg berharga sgt:)

      Delete
  4. wah syoknyer
    ai loike coklat kak
    mesti borong sakan ni beli coklat

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la akak pun suka gak mkn coklat...ada la beli sikit ayu..takut nk beli banyak takut mkn banyak lak..haha abisla diet ni nanti kalau jumpa coklat memang tak ingat donia..haha

      Delete
  5. Alahai Nieza... kakak kecur ajelah dapat tengok gambar coklat Nieza tepek. Kakak satu family penggemar coklat. Org kata tak sedap pun kami tetap kata sedap....

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita kak boleh geng ni..hehe saya pun suka mkn coklat...semua coklat suka:)

      Delete
  6. Nieza....bestnya dapat p melawat kilang coklat...byk ke shopping coklat...Wah! macarons pun ada gak...suka...kak cek suka...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer kak cek memang best dpt peluang melawat kilang ni...adala shopping sikitx2 kak..tak leh beli byk sgt nanti saya akan mkn byk...haha macaron tu memng sedap kak tak manis sgt..saya suka:)

      Delete
  7. wah!!!! syok tu..melawat kilang ceklat..nanti nak balik malaysia..tapukan utk jaja sket yek..hehehhe

    ReplyDelete
  8. terliurnya tengok coklat-coklat tu! teringin nak lawat kilang coklat

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Nieza, waaa ni mesti beli coklat penuh satu bakul tu kan! Kalau akak pun..mau 2 bakul..geram betul bila dpt pilih2 coklat..ha ahh, rasa mcm pernah ternmpk kat KLIA yg dumle tu... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam kak, ishh mana boleh beli byk kak nanti saya mkn byk...saya sekrng tgh mendietkan diri ni..tapi bam-bam juga.hehe ya kak betul la tu saya pun pernah tgk coklat ni kat airport Msia.

      Delete
  10. Salam perkenalan. Seronoknya . Banyak coklat yg comey2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal juga dr saya...tq sudi singgah sini:)

      Delete
  11. Salam,
    Balik ke Malaysia nanti, banyak2 bawa balik cokelat. Ramai peminat cokelat yg menunggu

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam dato,
      InsyaAllah nanti sebelum balik boleh borong coklat ni lagi utk org Msia ya..:)

      Delete
  12. assalam nieza..sedapnya coklat...acik memang peminat coklat

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam acik, memang sedap semua coklat ni acik...kalau suka coklat boleh geng la..hehe

      Delete
  13. Salam Nieza,
    seronoknya dapat pergi kilang dia. Hari tu tengok gambar di fb, Kak Ira kata murah ye coklat kat sana. Kalau nak balik Msia best lah kalau dapat memborong :)

    ReplyDelete
  14. Salam kenal Yong.
    Waduh2...cokelatnye...yg penting harganya tu, selalunya bila dah murah dari hg pasaran mulalah tak keruan, macam dunia aku yang punye...

    ReplyDelete
  15. salam Nieza, bestnya bab shopping coklat tu.. I luv it... Tentu murah dapat beli terus dari kilang..

    ReplyDelete
  16. Salam Yong, kalau tak gi ikut lawatn ke kilang coklat, ajernyer orang tu kureng siuman. Sempat lagi promo tuh!

    ReplyDelete
  17. Salam.. Hi Nieza, bestnya dapat melawat kilang coklat.. Saya memang hantu coklat.. :)

    ReplyDelete
  18. salam kak nieza..saya ni coklat tak suka makan tp suka beli sbb packaging nye menarik...lagipon ada 3 antu coklat kat umah ni hihihihi

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers