7 Feb 2012

Chinese New Year Pot Luck 2012

Assalammualaikum
Minggu yang membusykan saya....mcm-mcm program ada menanti ni. Biasa awal tahun mcm ni la sibuk dengan aktiviti persatuan kat sini jer la. Sebelum aktiviti lain menyusul saya nak sharekan aktiviti saya minggu lepas ni dulu. Sambutan CNY potluck ni dianjurkan oleh Pejabat Kedutaan Malaysia kat sini. Majlis ni dibuat pada hari sabtu  4 Febuari 2012 jam 1pm-4pm di Pejabat Kedutaan Malaysia di Helsinki. Memang saya agak sibuk pada minggu ni bermula dgn mesyuarat, persiapan majlis dan juga memasak makanan. 

Saya dan rakan-rakan ladies di embassy telah bergotong-royong memasak makanan utama pada majlis ni. Manakala dessert pula dibawa oleh tetamu yang datang.  Kebanyakkan menu utama makanan ni adalah chinese food yang dimasak oleh isteri duta dan dibantu oleh ladies kat sini. Walaupun duta disini berbangsa cina tapi beliau dan isteri amatlah mengambil berat bab makanan yang halal dimkn oleh org islam  dan semua ayam yang dibeli adalah dari kedai yang halal. Sehari sebelum majlis bermula saya telah ke rumah duta untuk membantu dalam persiapan memasak. Berpeluang juga belajar memerap ayam panggang chinese style yang resepinya dari TYT Duta sendiri. Memang sedap sgt ayam panggang tu. Nanti bolehlah saya cuba buat dan sharekan resepinya pula.

Majlis ni nampak sangat meriah dengan kehadiran tetamu seramai 120orang termasuk Malaysian dan Finnish disini. Ada juga cabutan nombor bertuah untuk semua tetamu yang hadir dan hadiahnya adalah tiket kapal cruise ke Stockholm...memang menarik. Oklah jom layan gambar kat bawah pula. Sekadar untuk berkongsi pengalaman dan simpanan gambar untuk kenangan buat saya disini saja.

 antara tetamu finnish yang hadir..kebanyakkan mereka adalah yang berkahwin dengan org Malaysia.

 majoriti rakyat Malaysia yang tinggal disini adalah terdiri daripada bangsa cina ..melayu dan india tak ramai sangat.


TYT Duta memberikan hadiah cabutan nombor bertuah kepada pemenang

 TYT Duta juga bermurah hati memberikan ang pow kepada semua kanak-kanak yang hadir

 acara makan-makan pun bermula:D





 antara dessert yang sempat saya snap..actually ada byk lagi tapi tak sempat nk snap pic tgkdah abis.

 nasi ubi keladi

 mee goreng

 ayam panggang

 sayur campur

sambal tumis telur rebus
*
*
*
*
*
Cerita suhu pula...
Suhu yang paling sejuk yang sempat saya rekodkan di rumah saya pada hari ahad lepas. ni pun dah tgh hari dah kalau sebelah subuh dan awal pagi suhu lagi sejuk dan turun ke -31 degree C. Minggu ni nampak suhu dah kembali normal...harap tak sejuk melampau mcm ni lagi sebab saya dah tak tahan dengan kulit yang pedih disebabkan kering walaupun gunakan losyen.

30 comments:

  1. ya Allah.. sejuknyer... agak2, simbah air terus jd ais kan. sedapnyer kuih2 tu. terliur tun nengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya tun...kat sini memang kuat sejuk tapi minggu ni tgk dah ok la sikit.

      Delete
  2. Assalamualaikum...
    Dugaan sungguh duduk di perantauan. Moga dipermudahkan untuk nieza n hubby melalui cuaca yang menggerunkan tu hehehe. kat sini 31 kat sana -31, beza sungguh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam kak sam, tq diatas doa akak..memang kena kuat semangat utk tempuh dugaan dlm cuaca mcm ni kak..apapun kita kena syukur selalu kan:)

      Delete
  3. meriahnya majlis kak...
    seronok mas tengok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya mas memang meriah kalau semua dapat berkumpul ramai-ramai masa majlis ni tapi kita yang jadi tuan umah ni la yg penat sikit..:)

      Delete
  4. OMG -29???
    terbelik biji mata ni
    naik fujisan tue -20 jer
    OMG sejukkkkkkkkkkkkkkkkkkk nyer
    syok la jadik akak byk event blh join sebab husband akak keja ngan embassy khen

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat sini kalau temp mcm ni ayu memang dah biasa sgtla...kalau bawah -20 degree c tu kira tak sejuk sgt. event byk sgt pun teruk juga ayu:)

      Delete
  5. Assalamualaikum nieza..
    seronoknya.. meriah suasananya..
    ermm.. sejuknya cuaca kat sana skg yer nieza... mmg x tahan tu rasanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam kak Diana, ya kak memang meriah bila dpt berkumpul bila event mcm ni kak. sejuk sekrng ni kak...tu yg saya malas main masak-masak sebab sejuk nk pegang air...hehe

      Delete
  6. ooo org cina suka finnish ye..heee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak juga kak ada juga org melayu kahwin dgn finnish..:)

      Delete
  7. Salam Nieza..seronok yaaa dapat peluang belajar masak ikut style dan budaya orang yaaa...Haaaa nanti dah ada kelapangan bolehlahlah share resipi kat sini pula....

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam sue, ya mcm tu la bila dok sini sue..InsyaAllah nanti bila free dan ada mood masak-masak saya sharekan yer..:)

      Delete
  8. Walau duduk jauh diperantauan tapi masih dapat juga bertemu teman senegara. Makan-makan tu yg buat ingat kampung ye Nieza...

    Kakak tunggu resepi ayam pangggang Nieza kongsi jadi N3...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya kak memang mcm tu la kalau ada event ni dapatlah kami beramah mesra dan kenal-kenal diantara satu sama lain...terubat jugalah rindu pada family yang jauh.

      Delete
  9. assalam nieza..meriahnya..ramai jemputan..makanan pun banyak

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam acik, memang meriah...makanan selalu memang banyak tapi bila dah byk tak mkn semua pun sebab saya sibuk bersembang jer bila berjumpa tu.

      Delete
  10. aslmkum nieza.. meriahnya smbutan CNY .. bertambah meriah dgn makanannya yg sedap2 tu.. kalau akk kene suhu sejuk melampau ni.. mau tercabut hidung akk ni coz alahan sejuk..(selsema)...

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam kak zana, ya kak kalau tgk makanan tu memang meriah sgt..memang byk kak. saya alhamdulillah la sejak winter ni lum pernah selsema lagi...maybe sebab mkn byk vit c kot..hehe

      Delete
  11. meriahnya dgn makanan..hehe..mesti sedap ni kalau dpt mkn..kihkih..awak jgn marah ye..js mmg suka makan...hihi


    nieza...sejuknya..kalau js rasanya tak tahan kot...asyik2 dpt flu...huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang meriah mkn tu sebab potluck ramai yg bawa mkn sama.ya kat sini memang kuat sejuk..tak thn pun nk kena tahan juga..:)

      Delete
  12. meriah nya suasana & meriahnya makanan... yumm yumm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq kak...ya mcm ni la bila dapat berkumpul kak..mkn memang tak tertinggal punya:)

      Delete
  13. meriah dgn tetamu & makanan yg sedap2. Suka sangat pd jam di dinding tu, unik.

    -31 degree C!! fengsan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq sudip, ya memang meriah..jam tu memang unik sebab besar tu.ni kat area bawah embassy.kalau dtng sini rasa suhu sejuk ni lagi lama fengsan kot..hehe

      Delete
  14. Walaupun masak sendiri tapi mcam makan kat hotel

    ReplyDelete
    Replies
    1. masak sendiri jer nieda...nk tempah hotel pun susah sebab sini tak ada yang halal.

      Delete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers