9 Nov 2011

Puding Kasih Bertaut

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua. 
Buat puding ni untuk potluck sempena hari raya aidiladha di rumah seorang kawan kat sini. So...dah abis lah yer. Gambar pun kurang jelas....tak sempat nak snap banyak photo coz pepagi tu dah nak keluar solat aidiladha...ingat blk solat tu sempat la nak snap photo tapi ada tetamu datang umah terus saya terlupa. Dapatlah sekeping jer gambar ni.... tapi bolehla untuk simpanan saya disini. Oklah jom kita tgk resepinya.


Resepi puding ni daripada dapur kak Naz ...dah lama juga saya simpan tapi baru berkesempatan nak cuba. Ramai dah blogger yg cuba buat puding ni kan sampai tak leh nak saya senaraikan kat sini. btw, terima kasih pada kak Naz dan semua rakan-rakan blogger yang telah berkongsi resepi puding ni...memang sedap kalau dimkn bila disejukkkan dulu dan izinkan saya berkongsi disini pula yer.

Bahan-bahan A 
1/2 paket @ 2 sudu kecil serbuk agar-agar (dari sepaket 10 gm serbuk agar-agar)
300 ml air
200 ml santan
1/2 cawan gula
1 biji telur
2 sudu kecil sirap Rose
2 sudu kecil perisa pandan + pewarna hijau
Warna ni boleh ikut selera kita
Cara Bahan A
Masukkan serbuk agar-agar, gula pasir dan air ke dalam periuk dan masak hingga gula dan serbuk agar-agar larut. Kecilkan api.
Pecahkan telur ke dalam santan dan kocak sikit dengan garfu. Tuang ke dalam periuk berisi larutan agar-agar tadi dan kacau sebati dan masak hingga mendidih (beware!! atas api perlahan tau!) Setelah mendidih, tutup api.
Bahagi larutan agar-agar kepada 2 bahagian dan masukkan ke dalam bekas yang berlainan. Masukkan sirap rose pada satu bahagian dan perisa pandan pada satu bahagian lagi. Kacau sebati dan biarkan ia mengeras. Kalau nak puding cepat mengeras, masukkan ke dalam peti sejuk.
Setelah keras, potong agar-agar menjadi kiub-kiub kecil dan masukkan kesemua potongan itu ke dalam satu bekas lain yang lebih besar.
Bahan-bahan B 
1/2 paket serbuk agar-agar (lebihan dari paket agar2 di atas tadi, dlm 2 sudu kecil juga)
500 ml air
1/4 cawan gula
50 gm gula melaka 1 helai daun pandan (disimpulkan)
Cara Bahan B
Masukkan daun pandan ke dalam periuk bersama serbuk agar-agar, gula melaka, gula pasir dan air ke dalam periuk. Masak hingga larut dan mendidih. Tutup api dan tapis larutan agar-agar.
Cara Menyediakan Puding
Tuang larutan agar-agar B ke dalam bekas yang berisi kiub-kiub agar-agar A tadi. Biarkan keras dan boleh disejukkan di dalam peti ais


17 comments:

  1. ishhh... betul2 bertaut kasih agar2 ni... tp x sampai seru lagi kat kak rose ni... teringin nak buat tp entah bila la agaknya...

    nak mintak nieza punya dah abes lak!

    ReplyDelete
  2. mmng terpaut sape yg memandangnya...betul tak Nieza? cantik puding Nieza tu, akak suka tngk gambar2 raya Nieza bersama rakan2 di sana..meriah gitew walau di perantauan..

    ReplyDelete
  3. salam Nieza : ko dah bangun lom? hihi..aku jugak tak buat2 nih..mana kerajinan ku tak tahula..

    ReplyDelete
  4. cantik, dari sehari ke sehari tgk org post agar2 ni, tapi takde kerajinan nak buat huhu

    ReplyDelete
  5. Maka bertautlah kasihnya...akak baru buat agar-agar buah cara orang malas main campak aje buah. Jom tukar semoga di sini pun akan bertaut kasihnya.

    ReplyDelete
  6. Puding Kasih ni mmg lawa dan sedap,, K1 pun dh buat tapi rase nk wat lagi dn lagi ... cantik mould yg nieza pakai.. :D

    ReplyDelete
  7. salam nieza..apa kabar? wah lama x jejln ke cni..cantek puding bertaut kasih tu..mmg dh masuk list tp x rajin lak..hehe.

    ReplyDelete
  8. wah best ni nieza cantiknya silicone mould ke? kalau sejuk2 tu nyaman je kan

    ReplyDelete
  9. Selamat petang Nieza,
    lama tak nampak blogger masakan paparkan PKB....petang ni kakak langkah kanan pulak datang rumah Nieza... tapau ye Nieza...

    ReplyDelete
  10. assalam nieza..cantiknya puding nieza..kalau akak buat mesti tak jadi cantik cam tu..

    ReplyDelete
  11. Salam AidilAdha buat Nieza sekeluarga..Wahhhh..sedapnya puding ni...Acuan pun cantik...

    ReplyDelete
  12. Ayu pernah buat sekali
    Ni mmg Kena ader mood rajin nk bikin
    Sbb byk step Kena buat khennn

    ReplyDelete
  13. sedapppppp ! nak jugak , hehe ;)

    jmput ziarah kak
    http://applehijaulife.blogspot.com/2011/11/ice-cream-gorengg.html

    ReplyDelete
  14. Kak Rose:
    silakan buat yer kak Rose...jom kita samax2 bertaut kasih:)

    Kuali buruk:
    tq...:)

    Kak Yatie:
    betulx2..memang terpaut kasih dibuatnya..hehe tq kak gitulah raya org merantau kwnx2 jer la pengubat rindu kami:)

    Anna:
    ishh pepagi buta ko dtng anna surela lum bgn lagi...haha beza 6 jam sekrng dgn time Mesia tau..ko rajin membaking oklah juga aku ni bab buat kek malas la:)

    Tina:
    tq ..memang menarik...trylah buat senang jer ni:)

    Kak Paty:
    wahh...ada agar-agar juga yer...tk kisah la kak boleh juga nak bertaut kasih tu..hehe

    Kak Wan:
    ya ada juga tgk kak wan buat tu memang cun abis..:)

    Kak zaitun:
    tq kak...ya sedap:)

    ReplyDelete
  15. lyza:
    baik alhamdulillah...buatla nanti simple jer puding ni:)

    Kak Chik Mimi:
    yer kak SM la tu...suka guna SM ni bila buat puding senang nak tanggal..puding ni mkn sejukx2 memang sedap:)

    Kak Amie:
    alahai kak nak tapau pun dah abisla..:)

    Acik erna:
    insyaAllah boleh jer kak jadi elok kalau ikut resepi tu:)

    Sue:
    salam Aidiladha juga buat sue sekeluarga...tq sue:)

    Ayu:
    ya nampak rumit tapi rasanya tak la susah mana:)

    amal:
    memang sedap...yer nieza dah pun ziarah dan follow tq yer singgah sini:)

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers