25 Jul 2011

Moist Orange Mocha Brownies


Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua. Hujung minggu lepas yang membusykan saya ..mcm-mcm aktiviti ada. N3 hari ni nak share brownies yang saya buat pada hari sabtu dan dibawa semasa aktiviti piknik dan pertandingan memancing bersama Malaysian kat sini. Hari ahad pula busy dgn  jemputan makan-makan umah kawan.


Oklah ceter pasal  resepi brownies ni, saya ambil dr dapur Kak Yatie. Actually senang jer nak buat brownies ni...tak perlu guna mixer pun...tapi hasilnya memang sedap. Kawan-kawan kat sini yang makan pun ckp sedap dengan gabungan nescafe, coklat dan sunquick oren memang mabeles dan tak rugi kalau nak mencubanya. Btw..tqvm pada kak Yatie kerana berkongsi resepi yang sedap ni dan izinkan saya berkongsi disini pula yer..:D


Source: Kak Yatie
Bahan A :
  • 1 cawan butter cair / minyak masak
  • 1 cawan susu cair
  • 2 cawan gula perang(guna gula putih je pun takpe)
  • 1 cawan air panas
  • 1/2 - 1 sudu kecil nescafe - bancuh dengan air panas diatas
  • 2 - 3 sudu besar sunquick orange (nieza bubuh lebih)
Bahan B : (kacau rata) - guna wisk
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 2 biji telur gred B
Bahan C : ( ayakkan )
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat

Cara - cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 175'C selama 10 minit.
  2. Kacau bahan A supaya sebati.
  3. Masukkan bahan B dan kacau rata.
  4. Masukkan bahan C dan gaulkan supaya sebati.
  5. Lapikkan kertas dalam loyang 10x 10 inci.
  6. Bakar selama 45 - 50 minit atau sehingga masak.
  7. Sejukkan kek dan salutkan dengan kerim coklat. Yatie salutkan dngn coklat putih dan selang selikan dngn campuran coklat putih yg di letak perisa oren. Mmng sedap...
Chocolate Topping
  • 250 gm coklat masakan
  • 1 sudu besar butter
  • 1 sudu kecil susu cair
Cara-cara untuk topping :
  1. Panaskan coklat dalam periuk / bekas secara double boil.
  2. Bila coklat telah cair tutup api dan campurkan butter. Kacau sebati.
  3. Masukkan susu cair dan kacau lagi.
  4. Salutkan pada kek dan hias mengikut kesukaan.
*** untuk topping tu nieza gunakan coklat masakan putih yang dicampurkan dengan butter, susu cair dan sunquick oren***



29 comments:

  1. Nieza..
    pagi2 dah tayang brownies..

    kalau kamu dekat sure ayu tempah utk raya.. heheheh

    ReplyDelete
  2. salam Nieza....
    pagi2 akak dah nampak brownies...
    brownies ni mmg sedap! akak pon dah pernah cuba.. mmg tak puas makan.. buat pon mudah dan bahan2 yg cukup simple...

    ReplyDelete
  3. wahhhh~~~~ mmg sedap mkn brownies, kalau x kerana pk tun perlu diet, kompom dh tapau sebekas.. hihi...

    ReplyDelete
  4. pepagi mas tengok brownies....
    menggoda betoiiii....

    ReplyDelete
  5. lama tak bersiaran ya nieza... p mana? nak tumpang lalu sambil rasa en brown nie....

    ReplyDelete
  6. Kak Nieza,
    Sedap dan nampak berlemak..
    Kalo makan hari2 nie bulih
    sihat membesar nie..hehehe

    ReplyDelete
  7. cantek brownies akak
    rajin sungguh join aktiviti memancing ni....

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Nieza,
    uwaaaa rasa oren lebihlah brownies ni....mmng sedapkan gabungan coklat, nescaffe dan oren...akak pun suka brownies ni, mudah pulak tu membuatnya...

    ReplyDelete
  9. Mak ai nampak sedap sangat le. Ada lagi tak?

    ReplyDelete
  10. Assalam kak nieza,sy pon sama lah kak,kalo weekend mkn bertambah bz ajer..Akak sedaplah nak brownies akak,sy suke sgt gabungan coklat n oren,mmg best..

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum Nieza

    buat sarapan pagi sodap...

    SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK

    Wassalam

    ReplyDelete
  12. wow!! mengguda la brownies ni... siap nk meleleh lagi topping dia.....

    ReplyDelete
  13. wow!! mengguda la brownies ni... siap topping cam nk meleleh lagi...aww sexy!!

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum nieza...
    mmg sedap kan brownies nie.. akak pun suka... raya nnt pasti akak akan buat.. mmg sedap :)..

    ReplyDelete
  15. amik resepi dah ni...kena try jugak dalam masa terdekat... betul2 tergoda

    ReplyDelete
  16. tentu gabungan bahan yang digankan menghasilkan aroma yang menyelerakan!

    ReplyDelete
  17. Nieza....kak cek dtg bwk lempeng cecah ngan sambal tumis...leh tukar ngan brownies nieza kan...nampak moist je brownies tu...nyum2 yummyyyyy....:)

    ReplyDelete
  18. wow...tak pernah wat brownies..nanti kita cuba yek...

    ReplyDelete
  19. hye , blogwalking jap .
    tolong vote saya dekat http://iownthis87.blogspot.com/2011/07/vote-for-abazilah.html
    tq :)

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum Nieza...sedapnya kalau dpt mkn brownies ni ptg2 gini. cerr anto sini 4-5 ketui..nmpk very moist

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikumwbh Nieza.....mmm cantik gambar.....kebabooom baking nye.....bau sampai doha ni nieza......:) Muahahaha.......

    ReplyDelete
  22. senang je nampaknye kan?? harap2 kalu saya buat jadik cam akak punye gak heeeee

    ReplyDelete
  23. moisttt nya
    dapat bayangkan rasanya :)

    ReplyDelete
  24. nieza..buah strawbery dh abis..heehe..sedapne tgk brownies yg beratur tu..rasa nk capai sepotong

    ReplyDelete
  25. Pernah cuba resepi brownies ni dulu...mmg sedap...nampak Nieza dan kwn2 tayang...nak kena buat lagi ni..

    ReplyDelete
  26. salam nieza.. cantiknya... suka la nampak gebu je.. lama ita tak buat brownies

    ReplyDelete
  27. Sedapnya kek my dear!!!! Just drooling and drooling here! :D

    ReplyDelete
  28. emmm...Nieza,menggiurkan je bronies tu.....

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers