Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua. Hari ni layan lauk sotong jer..sotong bersiram lagi tu....sebelum beradu tu mari kita layan sotong bersiram dulu...:D Masak lauk simple jer lah hari ni...angin kat luar umah ni bertiup sepoi-sepoi bahasa ni buat mata rasa ngantuk pula malas betul nak masuk dapur time panas sekarang ni terasa mcm dok dlm oven pula. Kalau musim winter memang suka masuk dapur sebab cuaca sejuk suka dok tepi api tapi sekarang ni nak kena cari kipas angin jer mcm dok kat Malaysia dah rasanya..sabar jer la kan...apapun syukurlah atas nikmat yang diberikan.
Oklah ceter pasal n3 hari ni resepi asalnya daripada Sajionline tapi saya copy daripada Kak Nor @ SecubitGaram. Memang best sotong bersiram ni..suka sgt ratah gitu jer dengan harum daun limau purut lagi memang sedap lah......bagi peminat-peminat sotong tak rugi kalau nak mencuba...btw terima kasih yer pada kak Nor kerana berkongsi resepi ni izinkan saya berkongsi disini pula.
sumber resepi : SajiOnline
sumber : K.Nor@SecubitGaram
Bahan-bahan:
500 gm sotong saiz sederhana
3 ulas bawang merah - ditumbuk halus
6 ulas bawang putih - ditumbuk halus
3 cm halia - ditumbuk halus
1 cm kunyit hidup - ditumbuk halus
1 sudu besar jus limau nipis
2 sudu besar sos cili Thai ~ K.Nor lebihkan 1 sudu lagi
Minyak untuk menggoreng dan menumis
Garam dan gula secukup rasa
1 batang serai - dimayang
6 tangkai cili padi - dimayang
2 helai limau purut
Cara Menyediakan:
1. Panaskan minyak dan goreng sotong hingga masak. Tuskan.
2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan tumbuk. Kacau sehingga naik bau dan masukkan serai dan cili padi yang dimayang. Kacau sehingga rata.
3. Masukkan sos cili Thai, sotong goreng, daun limau purut, jus limau nipis, garam dan gula. Kacau sehingga rata dan angkat.
Note: ** air sotong K.Nor tak buang, sebaliknya masukkan sedikit ke dalam tumisan supaya tumisan tu pecah minyak dan tak terlalu pekat.
Kak Nieza,
ReplyDeleteSotong kat sana mahal tak??
Errrrr..
Soalan mcm tak best.. :p
Salam kak nieza!! dtgt malam2 gini lapo pulaita sukeeeeeeeeeeee sotong! nak2 yg bersiram siram gini haish! rasa mcm nak g bersiram jerr hihihi...
ReplyDeleteSalam Nieza... sedapnya tengok... sotong ada dalam peti sejuk tu... tapi kalau masak along pulak tak makan, kena masak lauk lain pulak untuk dia....
ReplyDeletebilalah nak makan sotong??
ReplyDeleteaduh!!!
nieza.. kamu buatkan ayu lapo..
Assalamualaikum nieza..
ReplyDeletewah nieza.. dah sampai kat dapur nieza dah sotong bersiram nie yer nieza.. akak dah lama dok teringin nak buat.. tp smpi skg x buat2 lg... :D. bertambah2 ler keinginan tu nak buat bla tgk sotong bersiram nieza nie.. nmpk sedaaap.... nnt nak buat bila dah ada sotong kat dapur nie.. ;0
daun limau purut pun ada gak kat sana ye nieza
ReplyDeletemisgee:
ReplyDeletesurelah mahal kalau nak compare rega kat Msia tu dik...kat sini bayar euro dik..:)
Ijayuji:
cepat-cepat meh akak tolong siramkan..hehe
Kak Antan:
alahai ciannya.. kalau tak boleh makan tu kena masak lauk lainla jawabnya tu..
Ayu:
ReplyDeleteboleh-boleh datanglah terbang ke sini ayu nanti nieza buatkan special utk ayu yer...hehe
Kak Diana:
memang sedap nieza suka ditambah pula dgn bau harum daun limau purut tu lagi ler menambah selera...cubalah nanti kak:)
Kak Kasih:
yer ada jual kat kedai aseanic kat sini tapi frozen punyalah..:)