Assalammualaikum dan salam dihujung minggu buat semua. Semoga hujung minggu ni dimanfaatkan sepenuhnya. Bagi yang bekerja weekend adalah yg paling ditunggu-tunggu sekali kan...itulah saya pun masa bekerja dulu mcm tu juga bila dah tak keja ni setiap hari sama jer cuma weekend boleh outing ngan mr.hubby jer coz dia cuti. Tapi hari ni mr.hubby kena bertugas ada visitor VIP dr Malaysia datang melawat Finland ni so...melepak umah jer lah saya hari ni sambil layan movie..:D
Oklah ceter pasal n3 hari ni layan pizza jer lah...simple dan cepat dimasak apa yg penting mengenyangkan. Hari ni rasa mcm nak bermalas-malasan jer...haha boleh gitu yer. btw terima kasih pada tuan punya resepi iaitu CMG yang berkongsi resepi ni. Actually selalu juga saya buat pizza ni cuma malas nk n3 jer tapi hari ni teringat nak share pula..memang setiap kali buat suka guna resepi doh pizza CMG ni cuma bahan toppingnya saja saya tukar ikut selera sendiri...so..terima kasih yer Cik Mat..izinkan saya berkongsi disini pula.
Source: DTS @ CMG
Bahan-bahan untuk sos pizza
1 tin tomato dalam tin "jenis plum tomato", diramas
1/2 cawan sos tomato
1 biji bawang besar, cincang
2 ulas bawang putih, cincang
1 helai bay leaf
1/2 camca teh herba basil kering
1/2 camca teh herba oregano kering
1/2 camca teh serbuk lada hitam
Minyak zaitun untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
1 tin tomato dalam tin "jenis plum tomato", diramas
1/2 cawan sos tomato
1 biji bawang besar, cincang
2 ulas bawang putih, cincang
1 helai bay leaf
1/2 camca teh herba basil kering
1/2 camca teh herba oregano kering
1/2 camca teh serbuk lada hitam
Minyak zaitun untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
Bahan-bahan doh pizza
300 g tepung gandum
6 g instat yeast
20 g mentega
10 g gula halus
1 camca teh bread improver (optional) (nieza tak bubuh coz tak ada jual kat sini)
1/4 camca teh garam
1 1/2 camca besar madu
170 ml air
Sedikit tepung untuk ditabur
Bahan-bahan Pizza :
3 batang sosej ayam "ayamas", hiris serong (nieza tak bubuh tapi gantikan dengan tuna)
4 hirisan gegelang red capsicum
4 hirisn gegelang yellow capsicum
4 hirisan gegelang green capsicum
1 biji bawang besar, hiris bulat (optional)
10 biji buah zaitun
20 biji jeruk capers
175 g keju mozzarella, hiris nipis2
300 g tepung gandum
6 g instat yeast
20 g mentega
10 g gula halus
1 camca teh bread improver (optional) (nieza tak bubuh coz tak ada jual kat sini)
1/4 camca teh garam
1 1/2 camca besar madu
170 ml air
Sedikit tepung untuk ditabur
Bahan-bahan Pizza :
3 batang sosej ayam "ayamas", hiris serong (nieza tak bubuh tapi gantikan dengan tuna)
4 hirisan gegelang red capsicum
4 hirisn gegelang yellow capsicum
4 hirisan gegelang green capsicum
1 biji bawang besar, hiris bulat (optional)
10 biji buah zaitun
20 biji jeruk capers
175 g keju mozzarella, hiris nipis2
Cara Membuatnya:
- UNTUK SOS PIZZA :-
- Panaskan minyak zaitun dalam kuali, tumis cincangan bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan bay leaf dan tomato sos. Kacau rata dan masukkan tomato dalam tin yang telah diramas tadi. Tambah herba oregano, basil dan serbuk lada hitam, masak hingga pekat. Tambah sedikit garam dan gula secukup rasa, gula lebih sedikit untuk mengimbangkan rasa masam tomato. Angkat dan sejukkan.
- UNTUK DOH PIZZA :-
- Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega dan tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu. Tambah mentega dan terus meggaul hingga menjadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung. Kemudian bulat2kan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda.
- KAEDAH LAIN :-
- Masukkan semua bahan untuk dok kecuali tepung untuk ditabur, ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan "ON", buat hingga siap.
- UNTUK PIZZA :- Panaskan oven pada suhu 190C, sediakan 2 dulang pizza berukuran 9 inci, sapu dengan sedikit mentega. Ketepikan. Keluarkan doh, bahagikan doh tadi kepada 2 bahagian sama besar. Ambil satu, tabur sedikit tepung dan canai bulat. Alihkan ke dalam dulang pizza, tekan2 dengan hujung jari hingga memenuhi dulang tadi dan biarkan kelilingnya sedikit tebal (macam dalam gambar no1). Ratakan sebahagian sos pizza tadi dan susun bahan untuk pizza atasnya (buat 2 bahagian) dan diakhiri dengan keju mozzarella. Bakar 20 - 25 minit hingga keju mencair dan roti kelihatan kuning keemasan. Keluarkan dari oven dan hidangkan segera bersama sos kegemaran. Buat kaedah sama juga untuk yang selebihnya.
dah mcm kedai pizza la akak sedapnyer...lama x makan pizza..kasi sepotong kat ayu la :D
ReplyDeletetgh lapar ni..tgk gambar rasa mcm nk capai sekeping..tp mn cukup 1..kurang2 3 :)
ReplyDeletealahai jkak nieza...sedapnya pizza ni. kcur air liur dibuatnya~
ReplyDeleteNieza, nk pijah sekeping..lapar ni...
ReplyDeletesalam kak nieza... mewahnyer pizza tuna akak nih.. suke tgk!~ kenyang ni makan berdua.. hihih
ReplyDeletemak ai..nak 4 keping hehe tamak pulak ya..Semalam kami pun makan pizza buatan sendiri tapi tak sempat ambik gambar..lenyap sekelip mata:)
ReplyDeleteAssalam Nieza..selalu jugak akak tengok resepi ppizza ni..tapi tak berapa yakin nak mencuba..
ReplyDeletesebab tak pernah buat takut jadi keras roti nya tu..
lama dah tak buat pizza... selalu mintak kedai buatkan.. kalau terasa nak makan hihi
ReplyDeleteso yummy...camni gaya bleh bungkus bisnes pizza hut..sungguh mewah topping nieza ni
ReplyDeletewow kak nieza: warna topping pizza tu sungguh menggoda la...
ReplyDeleteAssalamualaikum Nieza,
ReplyDeletealahai ada pizza kat sini..lama tak buat..teringin bebenor nak makan....bilalah angin rajin nak memizza ni...menyelerakan sungguh..
cedapnyeee..rajin btul nieza ni..
ReplyDeletebtw, nieza ni pangkat adik la..KH lahir thn 76..hik
nieza : 6 grm yis tu brp sudu?..hehe..mintak sepotong
ReplyDeleteNampak sgt sedap pizza nieza tu.. Bilalah agaknya nak makan pizza air tgn sendiri.. asyik order je..
ReplyDeletesedapnyer pizza akak!!! mmg pizza hut blh gulung tikar nih.. hihi...
ReplyDeleteDik sihat ke?wah akak punya BM pun dah lama duk rehat tu ,nak kena panaskan enjin ni:)
ReplyDeleteSedapnyer pizzaaaa........
ReplyDeleteSalam kak! kat sana mesti dah siang kan? sini dah kul 9 lebih malam :D baru dpt jalan2 umah org :D amboiii pizza dia meriah dgn isi sume :D sedapnyer! ni yg terasa nk buat jugak nii :D
ReplyDeleteSalam Nieza,
ReplyDeletekebetulan pulak, kitorang pun baru lepas makan pizza ni. tp pizza tunjuk je, den malas nak buat.wakakaka..... have a great weekend Nieza :)
Assalam nieza, menyelerakan piza tuna tu..meriah ngan tuna, nyum3x sedapnya
ReplyDeleteAdui naaa kak..
ReplyDeleteEsok kena cari Pizza nie.
P/s: Bertuah dapat isteri macam Kak Nieza :)
Amboi mewah betul intinya, pasti sedap ni....
ReplyDeletekak mai tengok gambar pun dah kenyang dah nie... la ni jam 4 pagi malaysia.. kak jadi burung antuuu jap...aikkkk.. awat perut ni berbunyi lak niii adoiiii aiiii sebab piza ni lah ...lapaqqqqq laaaa pulaaaakkkk..toloooongggg...baik p tidoqqqq..byeee..
ReplyDeletesedapppnya yg meleleh gan sos cili tuu..ni rasa nak wat skali lagi ni, stok tuna ada kat dapur tu..hehe
ReplyDeleteperhhh...cantiknya pizza..
ReplyDeletemacam kat kedai dah....
Sedappppnyaaaaa...lapo lak pepagi nih!nak yg extra cheese n xtra sos cili yer..hehe
ReplyDeleteSala Nieza, bestnyadapat masak2.
ReplyDeletekebetulan semalam naka nak saya masakkan roti telur.bila tengok pictures ni teringin pula nak masak piza, maklumlah weekend jerlah saya berkesempatan nak masak agak special sikit.:)
p/s; tqvm sudi tinggalkan komen di wordpress saya
Wah tembab betul pizza crust Nieza, akak buat tak leh nak tembam macam tu. Kak ambil resipi ya.
ReplyDeleteas-salam kak
ReplyDeletenampak menarik dan sedap......sgt2..yummy..
mengancam rupa piza nieza nih. bawang purple tu menarik ler.
ReplyDeleteAssalamualaikum nieza...
ReplyDeleteWaaah!! Pizza!! nak sepotong... nampak sedap ler pizza tu nieza... teringin plak nak makan
salam nieza.. nieza sayang k.nor kan.. kan.. meh sini 2 kpg pizza tu.. tak ada selera langsung nak ngap nasi arini.. huhu
ReplyDeletesedapnye laling...colorful lak tu..dah la colorful..topping penuh..puas hati makan...balik malaysia nanti..buatkan untuk eina sekali ek...
ReplyDeletehai kak nieza...salam dari malaysia... sedap nampaknya pizza nih...teringin nak buat tapi tak sampai seru lagi...:)
ReplyDeletesalam nieza.. wah meriahnya pizza dia.. order ke japan leh delivery tak.. hihihihihi
ReplyDeleteNieza, nak..nak.. Nak sepotong jer...
ReplyDeletekualah...kualah...
ReplyDeleteenak banget nih..
Salam Nieza,
ReplyDeleteBestnya nampak pizza Nieza, mengalahkan kedai, sedap sangat, kalaula duduk dekat mau mintak tapau sikit
memang superlicious dari kedai ni...
ReplyDeletesedapnyer Nieza...kalau cam ni lah gayanya pizza x yah kita beli kat pizza hut dah...lagi puas makan...=)
ReplyDelete