16 Jun 2011

Picnic & Fishing...

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua. Hari ni baru berkesempatan nak ceter pasal aktiviti weekend yang lepas. Ceter pasal piknik dan memancing ni we all pergi pada hari ahad 12 Jun 2011 jam 10pagi. We all ke Korppanas, Inkoo yang mana tempatnya terletak di sebelah selatan Finland. Jaraknya dari rumah saya ni lebih kurang 62km. 


Tujuan utamanya nak memancing tapi diikuti dengan aktiviti makan-makan lagi...btw berpiknik lagilah kami..haha makan jer kejanya yer....apa nak buat sejak time summer ni  mr.hubby memang mabuk nak memancing jer. Maklumlah time ni jer peluang yg ada dan senang memancing masa summer kalau nak compare memancing masa winter dilautan yang membeku. Dah ada lesen tu lagi ler aktif...memang memancing kat sini kena ada lesen bukan boleh sesuka hati jer mcm kat negara kita tu.So...bila dah ada geng yang sama minat memancing lagi menjadila dia.....tak pasal-pasal saya yang tak pernah memancing pun boleh join sama memancing. ya la seumur hidup saya tak pernah pergi memancing pun kat Malaysia bila datang Finland ni pula memancing..haha nasib baik datang sini kan ada juga pengalaman memancing ni.


Oklah layan jerlah gambar kat bawah ni yer...actually banyak juga we all dapat ikan tapi saya lupa nak snap gambar ikan yg banyak tu. Saya cuma dapat 2 ekor jer...jadilah kan dapatlah juga tu pun tak sampai 20 minit pun memancing...sebab saya ni jenis tak boleh nk sabar tunggu lelama..dah ler berjemur kat panas lagi tu...actually tak minat sama tu sebab byk sgt alasannya..:D

Subhanallah...sungguh indah sekali permandangan di tempat ini....




aktiviti memancing pun bermula...



TYT Duta pun join sama....dapat ikan besar pulak tu...




antara menu makanan yang dibawa oleh kawan-kawan....semua sedap-sedap belaka.

macam-macam ada...saya cuma bawakan nasi lemak bungkus dan puding jer...nasi lemak tak sempat nak ambil gambar la...cepat betul laris....masa kat umah pun terlupa nak snap gambar...so..tak adalah kenangan.


BBQ pun ada.....ayam panggang dan ikan panggang

ni lah hasil  ikan drp memancing  yang siap dipanggang selebihnya we all bahagi-bahagikan untuk masing-masing bawa balik kerumah. Apa nama ikan tu saya tak surela....tapi ikan ni mcm species ikan terubok gitu coz banyak tulang ni kena berhati-hati masa makan.




oklah bila dah selesai semua dan ikan pun dah dapat we all pun berangkat lah balik pada jam 5ptng dari sana. Cuaca hari tu pun ok dan panas sangat macam kat Malaysia jer rasanya. Memang meletihkan juga tapi enjoy la dan rasa seronok bila dapat berkumpul dengan kwn-kwn ditambah pula bila memancing dapat  hasilnya...so...sampai sini sajalah dulu cerita buat kali ini dan akan bersambung lagi pada cerita piknik yang seterusnya pula di lain hari....insyaAllah...:D

24 comments:

  1. assalamualaikum..

    nieza..
    lumayannya hasil tangkapan kalian.

    bab permandangan tu.. subhanallah.. mmg terbaik...
    cantik dan pandai yang shoot pic tu..


    nieza... makanan y terhidang amat2 menyelerakan..

    ReplyDelete
  2. assalam nieza, sama mcm akk kurang sbr sikit dlm bab2 mancing ni, tp bila dpt ikn semangat sikit. best la selalu kuar sama2 ngan kwn2 mcm tu, ikang sikit rindu kt mesiakn

    ReplyDelete
  3. wah bestnyer reramai buat aktiviti gini...bakaq ikan fresh plak mesti manis khen isinyer....byk menu ....

    ReplyDelete
  4. best tu..makan ikan bakar fresh lagi...

    ReplyDelete
  5. subhanallah..cantiknya pandangan.. bersih je nampaknya

    ReplyDelete
  6. subhanaAllah...
    cantikknya gambar2 tu....
    seronok mas tengok....
    akak..kalau berkelah gini..
    makan apa pun sedapppp sangat kan kak...
    aura makan tepi pantaii la katakan..

    ReplyDelete
  7. Assalam nieza..memang betul2 cantik gambarnya..biru..sejuk mata memandang..
    nasi lemak nuieza sedap la tu..tu sedap laris..sampai tak sempat ambil gambar..

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Niezza

    best nyerrrrr

    Wassalam

    ReplyDelete
  9. Assalam kak,masyaAllah mmg cantik betoi pemandangan,org yg klik2 pic nih pon cantik kak..Dulu b4 kawin slalu gak teman hubby memancing,skang dah kawin n da ank,malas betoi dah nak g mancing..Hubby mmg minat mncing,Sbb ritu p chalet kuala gula pon,sbb dia nak mncing lah,hehe..

    ReplyDelete
  10. Nieza...
    nak tahu,akak bab mancing ni memang malas sangat...Abang pun sama...sebab malas nak menunggu..he..he..nieza ni mesti sabar orangnya...nieza tahu...akak pernah baca buku...kalau kita nak latih diri kita jadi orang penyabar...kita kena memancing..betul!..
    emmmm..mesti sedapkan berkelah ramai2 macam tu...

    ReplyDelete
  11. As'salam Nieza

    Alhamdulillah, syukur kerana kita masih dpaat menikmati alam ciptaan Allah ni. Bumi Allah ni kalau kita lihat dimana2 memang indah sangat2 tak dapat nak digambarkan dengan kata2 sebenarnya kan.

    aktiviti yang sihat, memang seronok kalau sesekali beriadah dengan kawan2 macam tu. sedap2 pulak tu hidangan yang disediakan. buat lapor perut bila tengok..hihihi

    ReplyDelete
  12. aktiviti makan2 tu yg paling best :D

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum Nieza...
    Sampai tak terkata kata akak... kerana asyik nyer menghayati kecantikan gambar2 yang nieza tayangkan nie.... bests nyerr... cantikkk... akak mmg suke sangat suasana aman harmoni begini..

    ReplyDelete
  14. salam nieza ...
    kak ilah tak pernah memancing dpt ikan..huhuu sngup tunggu kat sawah tuuu tapi org lain dah 4,5 ekor dpt kak hampeh... tu masa kat kedah laa.. tapi tgkap ikan dlm sawah atas jerami padi masa lepas mesin pontong padi ada lah hahah ikan tu pening maka berpuluh lah ada atas jerami tuuu kak pungut lah...best kenangan masa dikedah..

    cantik sungguh gmbr tu mcm lukisan... kalu lah kak masa sekolah dulu mesti lukis...hehe.. la ni dah lupa skil dah haha...
    makin teringin kak nak terbang dgn jet p sana jumpa nieza.. duit ada niii masa jer nak p tak dak...

    ReplyDelete
  15. Tenang aje jiwa tengok pemandangan cantik mcm tu.. Rasa nak sangat berhijrah. Nak juga merasa hidup di perantauan.huhu

    ReplyDelete
  16. Salam kak Nieza,,
    Mcm seronok jer tinggal di perantauan. Ada peluang berhijrah x??
    Hehe

    ReplyDelete
  17. Kak Nieza,
    Meriahnya makanan..
    Tambah bersemangat para kaki
    pancing :)

    ReplyDelete
  18. Subhanallah....

    memang cantik pemandangan ciptaan tuhan.....

    Ikan apa yg Duta dapat tangkap tu?

    ReplyDelete
  19. Aduh seronoknya berpiknik, dpt ikan besar lagi, makanan pun sedap2 semuanya...

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum Nieza,
    cantiknya pemandangannya...seronokkan bila dpt berkumpul mcm ni..tukar2 menu lagi..mkn ikan segar lagi...

    ReplyDelete
  21. bestnya
    waktu winter...air sungai ni sure beku penuh salji kan nieza
    macam pics nieza yg lalu tu :)

    ReplyDelete
  22. best nye kak... jeles miyo.. :)

    ReplyDelete
  23. mmg seronok kalau dapat picnic ramai2 camni kan. bertukar2 juadah dan cerita gitu. memang cantik tempatnya la. :)

    ReplyDelete
  24. salam nieza...dalam banyak2 gambar..saya paling suka tengok gambar makanan2 tue..walaupun menu biasa2 je tapi terliur la jgk tengok..hehehe..

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers