18 May 2011

Pengalaman Umrah & Ziarah Part 1

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua....rindunya nak bersiaran disini tapi apakan daya saya masa berada di Tanah Suci Mekah masa tidak mengizinkan saya untuk singgah ke sini walaupun seketika. Terima kasih pada semua teman-teman blogger yang sudi bertanyakan khabar saya di FB....Syukur alhamdulillah saya dah selamat kembali ke Helsinki pada 15 Mei 2011 iaitu pada hari ahad lepas walaupun masih dalam keletihan tapi semua keletihan itu akan hilang bila teringatkan kenangan manis disaat menjadi tetamu Allah SWT.Terasa macam saya bermimpi pun ada bila saya sudah balik ke sini....satu perasaan yang sukar untuk saya gambarkan bila saya berada di Tanah Suci Mekah dan Madinah.


 Syukur diatas peluang dan kesempatan yang diberikanNya....alhamdulillah doa saya selama ini untuk menjadi tetamu Allah sampai juga. Berkat doa dari semua juga segala urusan telah dipermudahkan Allah swt. Terima kasih pada semua yang mendoakan saya sungguh terharu diatas doa kalian semua walaupun perkenalan kita hanya dialam maya. Tak lupa juga saya bawakan doa-doa yg dikirim disana....mudah-mudahan doa saya buat teman-teman semua menjadi tetamu Allah swt satu hari nanti dimakbulkan Allah juga....amin.InsyaAllah jika diberikan rezeki dan kesempatan lagi nak juga saya ke sana lagi nanti.


 Betullah kata orang melancong ke tempat lain tidak sama seperti pergi membuat umrah di kota suci Mekah dan Madinah. Berbeza di bandar pelancongan lain sekali dua sudah cukup utk dilawati. Tapi bila sampai ke kota suci Mekah hati sering merindui dan terasa hendak pergi lagi walaupun baru saja balik ke sini. Sehebat-hebat kerdipan neon di kota lain tak seindah dan senyaman suasana disekitar Masjid Nabawi dan Masjidil Haram dengan Kaabah yang tersergam indah. Secantik-cantik Big Ben di Kota London dan Eifel Tower Paris dan juga dikota besar lain juga tak sama sehebat kebesaran Kaabah dan Masjid Nabawi di Madinah. Subhanallah...mudah-mudahan kita semua akan diberikan kesempatan oleh Allah untuk menjadi tetamu Allah satu hari nanti. 


Sejak mengikuti kursus haji&umrah 2thn yg lepas semasa saya di Malaysia, saya selalu berdoa setiap kali lepas solat untuk menjadi tetamu Allah swt satu hari nanti...alhamdulillah doa saya diterima Allah.InsyaAllah kalau kita dah ada niat untuk ke sana kita berdoalah selalu. Betul la kata ustaz semasa saya di sana tempoh hari...setiap kita sering kali diuji Allah..ujian bukan setakat pada kemiskinan dan ujian datang dengan harta dan kekayaan juga...ada org duit banyak tapi tak terbuka juga hatinya untuk ke sana tapi sebagai manusia kita sering terleka...sekadar untuk mengingati diri ini juga....mudah-mudahan kita tidak tergolong dalam golongan yang demikian...insyaAllah.


Oklah hari ni saya nak berkongsi cerita perjalanan saya buat pertama kalinya melangkah untuk menunaikan ibadat umrah&ziarah ke kota suci Mekah dan Madinah. Bercerita sekadar berkongsi pengalaman bersama dan kenangan serta rujukan saya dimasa akan datang nanti. Minta dijauhkan saya daripada bersifat riak dan bangga diri....sesungguhnya semua rezeki adalah datangnya daripada Allah juga dan saya hanya mengharapkan redha Allah swt.

Perjalanan kami bermula pada 3.5.2011dari Helsinki, Finland memakan masa lebih kurang 3 jam penerbangan untuk ke Istanbul. Kebetulan dah transit di Istanbul ni, saya dan suami mengambil peluang dan kesempatan ini untuk berjalan dan ziarah di bandar Istanbul dulu selama 2malam 1 hari disana....walaupun tak cukup dgn masa yang singkat itu tapi hati tetap bersyukur diatas peluang yang diberikan. InsyaAllah nanti saya akan saya cetakan pengalaman disana juga.

Pada 5.5.2011 dari Istanbul saya dan suami memulakan penerbangan ke Jeddah yang memakan masa lebih kurang 3 jam setgh dengan menaiki pesawat Turkish Airlines. Ramai jemaah dari Turki yang siap memakai ihram kerana mereka terus menuju ke Kota suci Mekah...manakala saya dan suami tidak memakai ihram lagi kerana kami akan menuju ke kota Madinah terlebih dahulu untuk membuat ziarah disana.

Setelah sampai di airport Jeddah dan selesai semua urusan imigresen dan bagasi kami menunggu ketibaan MIL, SIL dan anak buah suami serta semua rombongan tabung haji yang dijangka akan sampai jam 7 malam. Hampir 5 jam juga menunggu di airport barulah dapat berjumpa dengan semua. Setelah itu kami semua  menaiki bus untuk menuju ke kota Madinah yang memakan masa 5 jam perjalanan untuk kesana. 

Pada 6 may 2011 (Jumaat) jam 2.30pagi kami sampai di hotel dan terus check-in dan berehat sebelum memulakan lawatan ziarah disana. Hanya sempat berehat beberapa jam saja kami menunaikan solat subuh dan setelah selesai bersarapan pagi di hotel kami memulakan ziarah ke Masjid Nabawi iaitu untuk ke makam Rasulullah SAW,saidina Abu Bakar RA, Saidina Umar RA dan perkuburan Baqi'.
Pintu makam Nabi Muhammad SAW

Raudhah (Gambar ehsan google)

Didalam kawasan ini tidak dibenarkan membawa masuk camera dan mengambil gambar.
Tempat mustajab di Madinah adalah Masjid Quba dan Raudhah. Raudhah letaknya di antara rumah Rasulullah SAW (sekarang makam nabi SAW, Abu Bakar as Shiddiq dan Umar Bin Khaththab) sampai mimbar. Luas Raudhah dari arah timur ke barat sepanjang 22 meter dan dari utara ke selatan 15 meter. Raudhah juga ditandai dengan hamparan karpet warna hijau.Kawasan ini terbahagi dua bahagian iaitu kawasan untuk jemaah lelaki dan jemaah wanita.
Rasulullah SAW bersabda, “Antara rumahku dan mimbarku adalah Raudhah (taman) dari taman syurga, dan Mimbarku di atas telaga”. (HR. Bukhari)



Alhamdulillah dapat juga saya menunaikan 2 kali solat sunat 2 rakaat disini walaupun bukanlah sesuatu yang mudah untuk masuk ke sini...pelbagai dugaan dan cabaran juga iaitu terpaksa berebut-rebut dengan lapisan masyarakat yang datangnya dari seluruh pelusuk bumi Allah....tengah kita solat ada yang datang menghimpit kiri dan kanan...tersepak kepala org yang sedang solat pun ada....masing-masing berebut-berebut untuk menunaikan solat disini...subhanallah tak dapat nak saya gambarkan mcm mana perasaan dan keadaan saya semasa disana...sebak dgn air mata bila dapat juga masuk kesana. Menurut para ulama bersolat disana seolah-seolah kita bersolat didalam syurga kerana Raudhah adalah merupakan salah satu taman-taman  syurga.


Apabila berada di kawasan ini, Jiwa terasa amat tenang sekali tetapi masa amat terhad untuk lebih lama solat dan berdoa disini kerana terlalu ramai orang berebut untuk bersolat serta berdoa iaitu salah satu tempat mustajab doa. Untuk masuk kesini kami terpaksa bergilir2 walapun dikawal oleh pengawal yang menjaga tapi tetap juga dihimpit dan ditolak. Tidak dibenarkan duduk melebihi 5 minit sehabis solat sunat 2 rakaat terpaksa keluar kalau tak akan dihalau oleh pengawal disitu. 

 Permandangan di luar kawasan Masjid Nabawi
Kota Madinah adalah kota yang diriwayatkan tidak akan dimasuki oleh Dajjal. Nabi Muhammad SAW telah berhijrah ke Madinah dan menjadikannya sebagai medan dakwahnya, menjadikannya sebagai Tanah Suci Kedua. Madinah juga adalah negeri dimana Nabi menghabiskan masa lbh kurang 10thn sisa hidupnya dan dimakamkan disana.


 bergambar setelah selesai solat 

dugaan dan cabaran dilalui dengan cuaca yang panas dan  suhu yang mencecah 40degree Celsius pada waktu siang hari.

 permandangan pada waktu malam di kawasan luar Masjid Nabawi


bersolat dimana saja sehingga di bahagian luar masjid


bergambar bersama ibu mertua, kakak ipar, suami dan anak saudara suami.



beginilah keadaan setiap hari dihadapan masjid Nabawi...meriah dengan penjaja yang menjual pelbagai jenis barang dan pakaian.


Pada keesokan hari iaitu pada 7hb May 2011(Sabtu) program lawatan adalah ke Masjid Quba', Jabal Uhud dan Makam Penghulu Para Syuhada (Syaidina Hamzah), Masjid Qiblatain, Medan peperangan Khandaq, Tapak Masjid 7 dan Pasar Kurma.


Masjid Quba adalah merupakan masjid pertama yang dibangunkan oleh Nabi Muhammad SAW dan para sahabatnya di wilayah Madinah Munawwarah.

 Jabal Uhud mempunyai banyak bukit dan letaknya didalam tanah Madinah. Jarak dari makam syuhada adalah 55m sahaja. Perang Uhud adalah satu pasca kemenangan kaum muslimin dalam perang Badar.







  Kuburan para syuhada' Uhud terletak berhampiran dengan Jabal Rumat. Disebelah kiri dinding itulah kuburan para syuhada' yang terkorban semasa peperangan dulu. Nabi Muhammad SAW memerintahkan agar para syuhada' Uhud dimakamkan di lapangan tempat terjadinya pertempuran, dimana dua atau tiga orang dikubur dalam satu liang. Menziarahinya adalah sunnah.





Lawatan seterusnya pula adalah ke pasar kurma yang berhampiran dengan ladang kurma. Setelah membeli serba sedikit buah kurma kami meneruskan lawatan ke kilang membuat Al-Quran. Diatas sebab-sebab untuk menjaga kesucian Al-Quran hanya orang lelaki sahaja di benarkan masuk ke dalam kawasan kilang...org perempuah hanya menunggu di bilik pameran saja.


Sekian saja cerita ziarah saya selama 3 hari di Kota Suci Madinah Munawwarah akan bersambung pula dengan perjalanan dalam menunaikan ibadat umrah dan ziarah di Mekah Al-Mukarramah Part 2 nanti...InsyaAllah.

21 comments:

  1. Alhamdullilah, semua urusan dipermudahkan dan selamat kembali berblogging....muga satu hari nnti akan sampai jugak hajat kak rose untuk menjadi tetamu Allah. Amin.

    ReplyDelete
  2. Assalam Nieza..alhamdulillah nieza n hubby dah selamat kembali ke helsinki....
    suka dpt tgk pic nieza di tanah suci

    ReplyDelete
  3. seronoknya baca pengalaman akak....alhamdulliah semua di permudahkan ek....teringin nak jejak kaki di rumah Allah nie....

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah nieza dah selamat kembali. Seronoknya melihat gambar2 nieza di sana...terasa rindu ingin kesana lagi :)

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah.. dah sampai pun ke sana kan. giliran kita tatau bila lak ni ;)

    ReplyDelete
  6. Assalamulaikum nieza

    SubahanAllah... Alhamdulillah, syukur kerana dah selamat kembali dan bersyukur kerana nieza dapat menjejakkan kaki ketanah suci. Bila baca kisah2 disana, kak ct terasa ingin sangat2 untuk kesana.Terasa sebak menyebulungi jiwa betapa indahnya ciptaan tuhan di bumi Mekah. Tapi tak tahu bilalah seru itu akan sampai agaknya. Mudah2an Allah juga mendengar doa2 dan harapan untuk kak ct menjejakkan kaki ke tahan suci Mekah satu hari nanti...aminnn Ya-Allah

    ReplyDelete
  7. Salam kembali buat Nieza..tahniah sbb dah jejak ke Tanah Suci..akak ni ntah bila gaknya tiba sana.Mudah-mudahan tercapai impian nak ke sana kelak!.

    ReplyDelete
  8. Salam Kak Nieza.. wah Tahniah akak dapat menunaikan Ibadah Umrah n menjadi tetamu rumah Allah... seronok tgk.. semoga mendapat keredhaan n Ibadah diterimanyer.. semoga erma dpt berkunjung juga ke sana...Amin..

    ReplyDelete
  9. alhamdulilah dah selamat ahkirnya Nieza,seronok akak baca pengalaman nieza nie,macam akka lak yang gie sana..mudah2an akak dapat juga kesana satu hari nanti menjadi tetamu ALLAH ...amin..

    ReplyDelete
  10. Semoga telah mendapat umrah makbul. Seronok tgk Nieza pakai baju kurung, ingatkan org Finland nak pakai baju lain :)

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah... rohmat nyer..
    membaca dan mengikuti jejak jejak gambar yang nieza n3 membuat akak kusyuk menghayati... insyaallah keinginan untuk kesana mmg sentiasa di hati...

    ReplyDelete
  12. Salam kak, alhamdulillah akak salah sorangnyer menjadi tetamuNYA, sedih tgk sbb tak dpt pergi lagi, menitis air mata tgk gmbr2 ni sume betapa sejuk dan tenangnyer bila tgk..Semoga satu hari nanti giliran kita pulak menjadi tetamuNYA insyaAllah... turki? best tu teringin jugak nak kesana :D

    ReplyDelete
  13. salam nieza...
    alhamdulillah.. dah selamat semuanya.. syukur segalanya berjalan lancar.. tentu seronok dpt buat umrah & ziarah beramai2 dgn family MIL kan..? satu pengalaman yg indah.. mudah2an satu hari nanti ada rezeki akak dimasa depan utk melakukan perkara yg sama... aminnn...

    ReplyDelete
  14. Assalam nieza,
    Shukur alhamdullilh nieza dah selamat sampai ..insaf betul bila membaca pengalaman nieza di sana..
    semuga ia menjadi satu panduan akak kat sini..dan mudah2han..satu hari nanti akak dapt kesana juga..insyaallah.. nieza pun rehatlah dulu ..nanti boleh sambung lagi..

    ReplyDelete
  15. salam nieza - alhamdulilah nieza sudah pun dapat peluang melawat makam Resullulallah yg mana kita ketahui ianya tidak sama dengan manusia yg lain....sungguh bertuah dpt menjadi tetamunya. lina juga memohon ke hidrat ALLAH semoga lina sekeluarga juga dpt melawat Rasulluallah suatu hari nnt bersama2 anak2. Insya Allah.

    ReplyDelete
  16. subhanallah.. bestnyer..
    moga kami semua diberi kesempatan utk menjadi tetamu Allah jua.

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum nieza... Alhamdulillah... dah selamat kembali dari menyempurnakan ibadah umrah yer nieza.. Syukur..

    ReplyDelete
  18. seronoknya..sy harap suatu hari nnt sy jugak ada rezeki utk ke sana..

    ReplyDelete
  19. alhamdulillah...selamat kembali nieza...seronok tgk nieza kat sana..insyallah, ada rezeki..jaja pun nak kesana satu hari nanti...

    ReplyDelete
  20. seronoknya berada di sana ..x taulah bila kami akan sampai ke sana..

    ReplyDelete
  21. assalamualaikum...
    alhamdulillah dah selamat dah Nieza kembali dari menjadi tetamu Allah...
    seronoknyer akak lihat gambar2 Nieza disana.. sejuk rasanyer dan sayu terasa... bilalah akak akan dapat peluang kesana.. akak pun berharap sangat dapat menjadi tetamu Allah satu hari nanti...
    sesungguhnyer Nieza adalah antara yg terpilih menjadi tetamunyer....
    tak sabar akak nak menunggu N3 dari Nieza selanjutnyer.... maha suci Allah dapat juga Nieza menunaikan solat di Raudah.. bilalah akak akan dapat sujud di sana....

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers