5 Apr 2011

Sosej Blossom Bun


Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua...last weekend yang mem'busy'kan tak sempat nak update blog pun..start pada hari jumaat mlm tu saya dah start dgn projek meroti ni dan buat kuih pau untuk dibawa semasa photography workshop pada hari sabtu yang lepas...kuih pau pun tak sempat nak snap photo. Roti ni buat utk minum ptng masa penutup workshop....ni pun atas permintaan TYT Duta Besar Malaysia yang nak saya buatkan roti. so...saya buatkan  sosej blossom bun ni jer lah..lagi pun kat sini memang tak ada jual bun ni.

Bun ni dah siap masuk dalam bekas utk dibawa kesana....actually dah abis dah pun so...masa ni snap photo pun nak cepat jer tu. btw terima kasih pada CMG kerana berkongsi resepi ni...sebelum ni dah  pernah cuba dah resepi CMG ni boleh rujuk disini tapi kali ni saya ada derhakan sikit dari segi bahannya ampun ya CMG ...haha saya ada tambah sedikit yogurt dan menggunakan w/roux.

Sukatannya saya  main agak-agak saja dgn menambahkan sedikit tepung jika doh terlbh lembik. Saya belum dapat menetapkan sukatan yang betul lagi coz saya masih  lagi dlm proses mencuba-cuba untuk mendapatkan hasil yang terbaik...tapi hasil yang dicuba ni memang ada kelainan sedap dan gebus.InsyaAllah jika dah mencapai tahap kepuasan dgn percubaan yang saya buat tu saya akan kongsikan tapi buat masa ni bagi sesiapa yang nak membuat ikut sajalah dulu resepi asal CMG yang sememangnya dah sedap tu. Bukan niat nk derhaka tapi sekadar mencuba sesuatu yang baru saja.


Source: DTS@CMG
Bahan-bahannya:
250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula halus @ gula kastor

1/2 camca teh garam halus

10 g susu tepung (mat guna susu "everyday")

1/4 camca teh bread improver (nieza gantikan dgn 1 s/k  water roux)

1/4 camca teh bread softerner ( x bubuh juga tapi gantikan dgn 1 s/k water roux)
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram instant yeast
20 g mentega
125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)
10 batang sosej, celur sekejap, tos dan sejukkan
Mayonnaise secukupnya
Sos cili/sos tomato, secukupnya
Mix vege secukupnya


Cara Membuatnya:
UNTUK DOH :- 
1. Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. 

KAEDAH LAIN :-
Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).
  1. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bahagi doh kepada 10 bahagian sama besar (kurang lebih 50 g setiap satu). Ambil satu bahagian, canai memanjang, letak 1 batang sosej ayam dan bungkus, kemudian kerat kepada 8 bahagian (seperti dalam gambar).
  2. Kemudian, bentukkan seperti dalam gambar dengan menolak setiap bahagian keluar hingga keratan terakhir ditolak ketengah2 bahagian membentuk sebagai tampuk bunga. Tekan sedikit biar kelihatan kemas. Alih alam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Jarakkan antara satu sama lain. Buat hingga siap. Perap 45 minit.
  3. Sapu dengan baki telur tadi (30 gram) rata2. Tabur mix vege, kemudian paipkan sos cili/sos tomato dan juga mayonnaise. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 20 - 25 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan.
Cara Membuat water roux
Water Roux: (menggunakan kaedah 1:5 .. 1 utk tepung, 5 utk air.. )
  • 50gm tepung gandum
  • 250ml air
Cara :
  1. Masukkan dlm kuali/pan dan panaskan dgn api sederhana.
  2. Hendaklah sentiasa dikacau supaya tak berketul.
  3. Kacau hingga pekat dan padamkan api ( dlm 2 minit jer)
  4. Bila sejuk masukkan dlm bekas bertutup dan simpan dlm peti ais sehingga nak digunakan.
  5. Keluarkan dr peti ais, biarkan hingga pd suhu bilik baru lah digunakan

38 comments:

  1. Wah...ada roti yang gebu kat sini..bunga tulip tu cantik..bunga asli ke plastik tu..heheh?

    ReplyDelete
  2. sdapnya kak!!

    dh lma tringin nk wat cmtu huhu...takot xjd =(

    latest entry : Hati Seorang Wanita~

    ReplyDelete
  3. meroti lagi k.nieza..hehe, sedap & gebuss la, fav mamma klu g kedai bakery..huhuuu, bla nak wat ni, kna ada mood rajin ni..huhu

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum...
    Roti ngan tulip tu sama cantik le. Bagai pinang dibelah2.

    ReplyDelete
  5. wahhh..meroti lagi kak...
    cantik2 roti akak tu...
    mas pun nak meroti lagi..he..he...

    ReplyDelete
  6. Sedap dan gebu roti ni! Gambar pun cantik....

    ReplyDelete
  7. Cantik roti Nieza...akak gak yg malas tul nak meroti.
    bestnya xtvt wshop photography....boleh asah bakat ambil gambar. sempat pula Nieza masak... dlm masa singkat untuk tetamu...

    ReplyDelete
  8. salam nieza. wah hebat tauke roti dpt kepercayaan TYT lagi! menawan sangat roti tu, mmg menggiurkan! nak try versi 'derhaka' nieza la..

    ReplyDelete
  9. Kak Naz: haha bunga plastik jer tu kat sini tulip betul punya belum keluar lagi...hehe

    Anis: trylah buat anis...kalau ikut resepi tu sure boleh jadi tu..:)

    mama olyn:yer mama..ada permintaan nk roti ni tu yg buat tu...akak pun suka bun sosej ni sedap dgn kepedasan sos dan mayonis tu lagilah sedap...cubalah buat nanti..:)

    Kak Sam: w.salam....haha betulx3 saya suka bunga tulip..:)

    Mas:tu la pasal meroti sokmo..hehe tq Mas..:)

    ReplyDelete
  10. Kak T&T: tqvm kak...ya memang sedap roti ni..:)

    Mamasya: tq kak...ya seronok juga join w/shop tu selama ni main belasah jer snap photo bila belajar tu baru tau cara yg betul. masak simple2 bolehlah kak..:)

    Kak Umi: w.salam...mana ada tauke kak buat pun sememeh jer roti tu...gara-gara selalu tayang gambar roti kat fb la ni ramai yg berkenan dan nk rasa TYT pun order kat mr.hubby suruh saya buat.so...gitu jerlah rupa yg mampu saya buatkan pun...cubalah kak.

    ReplyDelete
  11. dok buat gak roti nih, tp kejadiannya taklah se 'cun' roti mu nieza...!!! jeles..

    ReplyDelete
  12. Salam Nieza.. Wow sedapnya menu ni.. Lapar pulak dah..

    ReplyDelete
  13. Kak Bee: samalah kak nieza buat ni pun bukannya cun sgt pun...masih terkial2 juga nk buat bunga tu...yg penting mkn sodap..:)

    nba-Nur:w.salam...haha nk kasi pun dh abisla...hehe

    ReplyDelete
  14. nieza....kita pon nak try wt tp takut tak jd sbb takde bhn2 penaik tuh..hihi..kalau boh water roux ko tak kirangkan ir ke? dohnya senng tak nak tenyeh2? hihi

    ReplyDelete
  15. sedapnya bun tu nieza, bak akak seloyang..!

    ReplyDelete
  16. sungguh menarik dan tergoda...
    lazat sungguh.

    ReplyDelete
  17. Emmm....Nieza...kechur tgk roti gebu menggebu Nieza ni....selalu tgk resepi ni tapi lum try lagi...

    ReplyDelete
  18. Anna: boleh jer Anna..kena adjust ngan tepung kalau terlembik tu..nieza pun main cuba2 jer ni tapi alhamdulillah hasilnya memang gebus.

    Kak Am: haha dh abislah akak nk kasi pun nanti buat lagi yer...hehe

    Kak Kasih: terima kasih kak..:)

    Cik cek: trylah buat sure lagi gebus nanti...btw tq yer..:)

    ReplyDelete
  19. Nieza...

    Assalamualaikumwbh....Alhamdulillah semua persediaan byk dah diurusakn yer.....Moga Nieza suami isteri dimudahkan di sana....begitu jugak dgn SIL & MIL...

    Owh...rajin sunggoh nieza meroti yer...:)

    ReplyDelete
  20. Salam Nieza...
    eeeemmm..tergoda sungguh akak tengok roti nieza...mengiurkan dengan sos yang menarik hati...rasa lapar menyerang perut akak bila tengok roti ni...mesti sedapkan Nieza...

    ReplyDelete
  21. nieza..ni yang akak tak sabar nak cari BM ni..nampak sedap betul roti nieza tu.

    ReplyDelete
  22. YA ALLAH.. sedapnya Nieza oiii.. kalau dekat, akak tempah dah.. anak2 sure suka..

    ReplyDelete
  23. salam nieza..akak hanya mampu memandang dengan terpegun..andailah nieza jiran akak kan....

    ReplyDelete
  24. Amboi nieza.. Sarat barat roti tu dgn filling dan sos nya..

    ReplyDelete
  25. Kak nieza mmg pakar betol la bab meroti nih,fuhh mmg lawa betoi,rasa pong msti lah sodap kan,dah la gebu ajer..Munga pong cantik ajer..

    ReplyDelete
  26. wahhh...sedapnyer..menyelerakan...

    yaya follow sini....

    ReplyDelete
  27. Wa.. sedapnya roti itu. menggugat nafsu ku. Saya tengah pantang ni tp bukan pantang lepas bersalin tapi pantang sbb kolestrol huhu. ada sosej, mayo, butter..nak elak sementara

    ReplyDelete
  28. Ayu: w.salam..thanks a lot dear..yer senang ambik pakej dr sana sekali ngan SIL dan MIL...insyaAllah harap dipermudahkan segala urusan nanti..:)

    Kak Azi: w.salam...biasa jer roti tu kak..tgn tak berapa seni mcm tu ler rupanya...btw tq..:)

    Kak Erna: haha cepat2 gi cari..nanti boleh meroti...hehe kalau lambat cari bm tu cari roti segera kat bakery jer lah dulu...hehe

    Kak Yan: tempah kak bakery lagi sedapla kak...nieza ni buat utk mkn sendiri lepasla..ya bebudak suka tu.

    Kak Suri: boleh-boleh ada umah kosong sebelah ni mai kita berjiran ..hehe

    ReplyDelete
  29. Kak Naz: haha saja kasi meriah sikit kak tapi hasilnya memang sedap..:)

    Zaliedana: amboi puji melangit dia...jgn ler mcm tu akak tak suka dipuji sebenarnya takut lupa diri...actually akak baru juga belejar meroti ni belajar lak sendiri mcm tu la rupanya tak la cantik sgt asalkan sedap dimkn dah ler.

    Yaya: tq sudi singgah sini n follow me..:)

    Mekar: bagus pantang tu...akak pun lama dh tak check kolestrol dulu masa keja check sendiri jer...sekrng ni tgk mkn jer pantang nampak nk mkn jer kejanya mcm mana nk control...hehe

    ReplyDelete
  30. Nieza...akak dtg nih bawa pajeri nenas...tp roti tu ada lg tak???? cantiknya roti nieza ni..dah mcm yg kedai...tp lg menawan nih....

    ReplyDelete
  31. Salaam Niezza,

    Geram je tengok gambar buns Niezza ni. Mulalah meroyan nak gi wat roti! Hehehe...

    Kalau Niezza free, do drop by my blog ye, ada award untuk Niezza.
    http://mamafami.blogspot.com/2011/04/cutie-strawberry-rolls.html

    ReplyDelete
  32. kak nieza: jelesnyer tengok roti akak.. tun x penah wat lagi roti cantik2 nih. pasti akan bereksperimen =)

    ReplyDelete
  33. Kak Lieza:tq kak...sedap pajeri tu..tapi roti dah abisla kak...buat hari sabtu lagi...sorry yer..hehe

    MamaFami: w.salam...alahai kalau nk bandingkan dgn roti yg mama buat manalah nk boleh lawan...kira no lastlah kot saya buat ni..hehe btw tq mama coz sudi singgah sini bagi award lagi...adehhh terharuuu sgt nanti nieza terbang angkut bawa blk award tu yer...:)

    Tun: cubalah buat nanti Tun...akak pun baru jer 2-3 kali buat roti bunga2 ni masih terlalu baru dlm dunia meroti ni...btw tq yer..:)

    ReplyDelete
  34. Assalamualaikum Nieza,
    Rindunya kat Nieza, rasa cam lama tak dengar khabar, suka tengok aktiviti Nieza kat Helsinki kat bawah tu. Lagi suka tengok sosej blossom bun ni....nampak sedap sangat

    ReplyDelete
  35. Salam Nieza...
    Mama tertarik & terggoda & terpesona dgn roti2 Nieza tuh..

    ReplyDelete
  36. as-salam kak
    Look delicious Sosej Blossom Bun tu....mabeles...

    ReplyDelete
  37. hmm sedapnya sausage bun! T_T dh dkt2 due ni mmg tk lalu mkn berat2, asek mkn roti aje..tp nk buat roti best2 mcm Nieza buat ni tk larat dh la..hihi dh la tk reti..nway TQ for sharing, kot la pas bsalin nti bley try! :)

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers