6 Jan 2011

Sosej Blossom Bun


Assalammualaikum dan salam sejahtera semua....tayangan roti lagi....haha bak kata CMG la kan apa nk susah gunakan saja perkhidmatan bibik melayu @bread maker(bm) tu. So... sesiapa yg lum ada lagi bibik tu cepat dapatkannya untuk memudahkan lagi urusan anda utk meroti...chewah.....promote la pulak...:D tapi guna kudrat tgn pun ok juga kan.

Ok berbalik semula pada n3 ni percubaan kali ke-2 saya meroti....resepi berasal drp dapur  DTS @ CMG. Terima kasih kepada CMG diatas resepi dan tips yg mabeles sekali untuk menghasilkan roti ni. Saya ikut step by step yg ditunjukkan oleh CMG dan ni ler hasilnya walaupun tak secun  mcm sifu CMG buatkan.

Actually roti ni adalah fav saya dari dulu lagi....masa kat Malaysia selalu beli roti ni...tapi hari ni tak sangka saya boleh membuat sendiri roti sama mcm tu....alhamdulillah berkat perkongsian resepi drp sifu-sifu dr blog msk2 ni saya berjaya juga membuat roti sendiri hari ni. Terima kasih semua yang memberi semangat untuk saya memulakan meroti dan thanks a lot to my toy BM juga....memang berbaloi-baloi adanya BM ni.


ok resepi seperti dibawah ...terima kasih sekali lagi kepada CMG diatas resepi yang best dan terima kasih juga pada blog Jintanmanis yg berkongsi resepi untuk membuat water roux ni dan izinkan saya berkongsi resepi disini pula ya..:)

Source: DTS@CMG
Bahan-bahannya:
250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung (mat guna susu "everyday")
1/4 camca teh bread improver (nieza gantikan dgn 1 s/k  water roux)
1/4 camca teh bread softerner ( x bubuh juga tapi gantikan dgn 1 s/k water roux)
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram instant yeast
20 g mentega
125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)
10 batang sosej "Ayamas", celur sekejap, tos dan sejukkan
Mayonnaise secukupnya
Sos cili/sos tomato, secukupnya
Mix vege secukupnya



Cara Membuatnya:
UNTUK DOH :- 
1. Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. 


KAEDAH LAIN :-
Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).
  1. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bahagi doh kepada 10 bahagian sama besar (kurang lebih 50 g setiap satu). Ambil satu bahagian, canai memanjang, letak 1 batang sosej ayam dan bungkus, kemudian kerat kepada 8 bahagian (seperti dalam gambar).
  2. Kemudian, bentukkan seperti dalam gambar dengan menolak setiap bahagian keluar hingga keratan terakhir ditolak ketengah2 bahagian membentuk sebagai tampuk bunga. Tekan sedikit biar kelihatan kemas. Alih alam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Jarakkan antara satu sama lain. Buat hingga siap. Perap 45 minit.
  3. Sapu dengan baki telur tadi (30 gram) rata2. Tabur mix vege, kemudian paipkan sos cili/sos tomato dan juga mayonnaise. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 20 - 25 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan.
Cara Membuat water roux

Water Roux: (menggunakan kaedah 1:5 .. 1 utk tepung, 5 utk air.. )
  • 50gm tepung gandum
  • 250ml air
Cara :
  1. Masukkan dlm kuali/pan dan panaskan dgn api sederhana.
  2. Hendaklah sentiasa dikacau supaya tak berketul.
  3. Kacau hingga pekat dan padamkan api ( dlm 2 minit jer)
  4. Bila sejuk masukkan dlm bekas bertutup dan simpan dlm peti ais sehingga nak digunakan.
  5. Keluarkan dr peti ais, biarkan hingga pd suhu bilik baru lah digunakan

30 comments:

  1. wah sedapnyaaa nieza...hantar sini skettt :P

    ReplyDelete
  2. nieza ada jeles nyer cam mana nak beli gak breadmaker tu ada lagi ke??

    ReplyDelete
  3. cantik yg bunga bunga tuh..lawoo...saya pun dah buat gak resepi roti cik mat ni..memang suka n menjadi pojaan hati...halus gebuu je kan..

    ReplyDelete
  4. salam nieza
    semoga suatu masa nanti dpt beli acuan pie tee dan nieza boleh buat..

    tahniah kerana ada bibik melayu
    kak ilah berhajat tapi belum p cari lagi...duit asyik keluar utk pojek mega tu jer..huhuu...kalu nak hadiahkan apa salahnya huahuahuaaaa byk cantekkk kak ilah.. hikhik melawak ja nohhh kata org kita...belah utara sana nooo

    ReplyDelete
  5. Suya: dah selamat mkn breakfast tadi...hehe try lah buat dah ada bm tu kan..:)

    K.Lina: kat sini memang ler ada tapi maybe tak dapat dah kot harga mcm hari tu coz masa tu tgh sale murahla.

    izah: ha kena buat tu izah..jom kita meroti...hehe

    K.ilah: ya kak nanti kalau jumpa acuan tu bolehlah cuba...haha boleh tapi masalahnya saya pun org hadiahkan kak...semua org sponsor..hehe

    ReplyDelete
  6. salam nieza,
    wah...cantiknya roti2 tu..kembang mekar.
    dah lama tak meroti ni...tak dtg2 mood tu hish!...dah merajuk kot breadmaker tu...

    ReplyDelete
  7. Dah mcm kat bakery pulak roti2 tu, mmg mengancam. Akak dah lama tak buat roti, kesian kat Kenwood akak yg dah uzur mcm tuan dia jgk. Nmpknya terpaksalah masukkan BM tu dlm wishlist akak...

    Murni

    ReplyDelete
  8. My fav...Just think about that make me hungry...

    ReplyDelete
  9. salam wah lagi semamgat bla ader BM.. mmm memang nampak gebus... syantiq lak tu... ader lagi... nak juga...

    ReplyDelete
  10. Salam Suzi,
    alahai kesian kat bm tu...kena cepat ler keluarkan tu ..jom kita meroti lagi..:)

    mr&miss vanilla: itulah teringin nk mkn roti mcm ni tapi kat sini x ada jual...yg ada semua sama jer pastu tak semua yg boleh mkn..byk yg x halal.

    ady:thanks ady..jemputla mkn...hehe

    ReplyDelete
  11. salam nieza,
    wah mentang2 dah ada bibik melayu..
    bekerja keras betul bibik tu ya..heheh nak pinjam bibik boleh tak?..

    ReplyDelete
  12. wah jika cam ni rupa roti yg Nieza buat habis lah tutup kedai roti yg ada hehe.Anak cm suka roti yang ada sosej ni.Boleh buka kedai bila balik Msia nanti:)..bila roti menjadi kita rasa sangat puas hati:)

    ReplyDelete
  13. abissss abissss semua kedai roti dah tutup dah Nieza oii!!! merajuk... org2 dok buat roti aje.... ada lebih tak? mintak seketul... hihihi

    ReplyDelete
  14. Kak Ayu:salam kak...haha boleh jer nk pinjam tu..no hal..:)

    CM:ishhh kak lum dapat buka kedai lagi la...Setakat mkn sendiri bolehlah ni..dok luar ni susah nk dapatkan roti yg halal.

    ReplyDelete
  15. nieza, kak rose tunggu posto ni x sampai2 la pulak.... cam ni gaya x yah tunggu mamak roti lalu dah depan rumah lagi dah! sedapnya, sllu bli kat carefour roti ni....

    ReplyDelete
  16. K.Ta: haha kedai roti tu kena promote lbh sikit..hehe tapi kalau saya dok msia dah tentulah saya pelanggan tetap...:)

    K.Rose: jet lambat lak hari ni...hehe betul kan roti ni ler yg selalu saya angkut masa kat tesco dulu..:)

    ReplyDelete
  17. Salamm...alahh ni yg jeless nih, sapa kata tak lawaa..rasa mat ini dah cukup sempurna..seriussss nihh...nak buat juga lahh mcm ni, huhu

    ReplyDelete
  18. Salam..haha sib baik sifu dtng komen..terima kasih CMG..:)

    ReplyDelete
  19. fuuuuuuhhhhhh patut la berderooommmm kat atas blok kak ni.. ingat bunyi apa tadi rupenya org dari helsinki dah sampai.. alaaa apam ni kak ilah dah kasi habiss kat 2 org jiran petang tadi..depa sukaa.. tak pe tak peee nanti kak buat.. tak dan nieza langkah turun dari jet kuih apam ni dah sedia terhidang...kuikuikkkk

    ReplyDelete
  20. kak ilah: tu la kesian tau penat terbang tadi..hehe esok saya terbang lagi yer kak ilah...:)

    ReplyDelete
  21. slm kunjung balas nieza....cantik dan mengancam la roti bunga ni...
    duk Finland erk...husband study ke
    ida follow k

    ReplyDelete
  22. Salam Nieza,

    Mmg terror lah Nieza, baru kali kedua buat roti ni tapi dah mcm professional :D

    Untung jugak dkt Finland senang jumpa sausage halal. Dkt sini dkt 5 tahun I tunggu baru lah ada sausage tu beberapa bulan yg lalu.

    ReplyDelete
  23. Ida: terima kasih sudi singgah sini..still learning...lum puas ati lagi ni...my hubby keja kat sini.

    Anie:Salam Anie, jgn ckp mcm tu saya budak baru belajar...lum cukup lawa lagi kalau nk compare dgn org lain buat....btw tq! ya kat sini ada jual kat kedai org arab.susah juga ya kalau x ada kat sana tu.

    ReplyDelete
  24. salam za...
    patut la dah ade 'bibik menguli' mmg berantu bibik tuh! keje nk merotiiii jerk nanti! leh kembong yis dbuatnyer! muekekekeee.... cantik dah tuh za ur blossom...

    ReplyDelete
  25. slm dari mlysia kak..
    bestnya dpt jalan jauh2,hehee
    btw sy pun nurse gak,tringin nak kerja kat luar tapi tak tahu bila.hehee
    tak kan nak unpaid leave plak,kena kerja gak..mudah2an rezeki dtg bergolek2 k,
    take care kak,sory no komen psl mkn ni..
    sy bantai je kalo ada depan mata,hehee kidding

    ReplyDelete
  26. k.hana: tq kak...tu la kan nanti kembong ngan yis pulak...hehe

    woofer storm: salam dik, male nurse la ni...sama lak kerjaya kita kan..ala dik dok kat tempat kita dan keja kat sana pun ok juga...mcm mana best dok kat tempat org ni best lagi dok tempat sendiri tau..insyaAllah ada rezeki tu nanti:)

    ReplyDelete
  27. Salam Nieza,
    Uwaaa...akak ketinggalan betullah...cantik menawan rotimu itew....jeles akak tau...berseni betul tangan adik akak ni....suka tngk munge2 tu...cute jek..

    ReplyDelete
  28. salam kak yatie,
    ha sampai juga akak akhirnya...tu la roti dh selamat masuk perut dh pun akak baru nk sampai...hehe btw thanks kak saya budak baru belajar ni..org lain buat lagi lawax2 kak...:)

    ReplyDelete
  29. suka nye roti, teringin nak cuba, bread maker lom beli tp mmg nak beli, cuma nak tanye, klu x de susu tepung camne ek? bole guna susu segar ke? or klu x bubuh susu tepung ade effect pd rasa nye ke? kat cni susah la nak carik susu tepung huhu..

    ReplyDelete
  30. Frau Azmir:rasanya ok kot kalau x bubuh..dah tak ada kan...cubalah buat dulu...susu segar boleh gantikan dgn air tapi kalau susu tepung gantikan dgn susu segar takut nanti doh lembik pula.

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers