25 Dec 2010

Mee Hailam Helsinki



Salam semua....dan selamat berhujung minggu bersama family tersayang....haha hari ni tayang mee hailam pula...mkn breakfast hari ni...belasah jer la kan....sejuk-sejuk kat sini kalau boleh nk mkn yang panas-panas jer...tak kira ler siang mlm pagi ptng ke......kalau dapat mkn maggie tu lagi sedap...hihihi

saja jer bubuh nama mee hailam helsinki tu ....actually kat sini x ada jual pun mee hailam ni....sebab msk kat dapur helsinki dan resepi pulak main campak2 jer apa yg ada tu la hasilnya....tapi terlbh gelap skit...en.hubby ckp sedap juga...haha layannn....jom tgk resepi.

Source: Nurniezza.blogspot.com
Bahan-bahan:
Mee kuning / Spaghetti...kat sini tak ada mee kuning so memang guna spaghetti jer
2-3 ulas bawang putih dicincang halus
10  ekor udang
5 ekor  ekor sotong dipotong
Sedikit lobak merah
Sedikit sayur Sawi
3 biji cili api diketuk bg yg suka mkn pedasla...taknak letak pun boleh
3 s/k sos tiram

3 s/k cili mesin3 s/k kicap manis
Sedikit tepung jagung dibancuh dgn sedikit air untuk memekatkan kuah
1 kiub ayam

1s/k serbuk lada
Air untuk kuah
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis.
Daun bawang,daun sup dan bawang goreng untuk hiasan

Cara penyediaan:
1. Rebus spaghetti sehingga kembang dan lembut kalau gunakan mee kuning cuma celurkan dlm air panas saja dan toskan.

2.Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih sehingga kekuningan.
3. Masukkan cili mesin dan masakkan sebentar sehingga cili cili masak
4. Masukkan air, sos tiram, sos cili, kicap dan kiub ayam.apabila mendidih masukkan udang dan sotong.
5. Setelah itu masukkan sayuran dan tepung jagung tadi.kacau seketika kemudian masukkan mee kuning tadi didalam kuah...kacau sebentar, rasakan garam dan bolehlah dihidangkan.
6. Hidangkan mee bersama bahan hiasan seperti hirisan daun sup,daun bawang dan bawang goreng.


7 comments:

  1. nieza,gelap tak pe, janji sedapppp..he..he.

    ReplyDelete
  2. haha betul juga tu....belasah jer lah kan...:)

    ReplyDelete
  3. uishhhhhhhhhh kecur tengok mee hailam... sedapnyer!!

    ReplyDelete
  4. Salam Nieza,
    Tngk pun dah tau ni mmng sedap...nak sepiring....hehehehe...ada lagi ke...

    ReplyDelete
  5. K.Nor: msk cincai-cincai jer kak Nor...main campak-campak jer..tu yg tergelap skit...hihi

    K.Yatie:
    Salam Kak, haha boleh tahan juga sedapnya tu walaupun hitam manis...tapi dah abis dah la kak...nanti buat lagi yer kasi akak..:D

    ReplyDelete
  6. Nak kena cuba wat gak one day nih!

    ReplyDelete
  7. Kak Nor Moscow, cuba yer jgn tak cuba tau...simple jer tu..:)

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers