4 Dec 2010

Kerabu Mangga Muda

Salam hujung minggu semua!...kerabu mangga muda ni dimakan dgn nasi panas-panas sedap ni...memang pembuka selera...boleh tambah nasi lagi...hehe...tapi betul memang sedap....tak rugi nak mencuba.
Nasib baikla ada juga jual buah mangga muda kat sini bolehla saya mencuba resepi kak Liza ni....terima kasih pada kak Liza yg berkongsi resepi....izinkan saya berkongsi disini pula....resepi seperti dibawah..ataupun boleh click jer disini.
Bahan
2 biji mangga muda [parutkan isinya]
1 biji timun [buangkan biji tengah dan parutkan ]
5 tangkai kacang panjang [potong kecil]
1 kuntum bunga kantan [hiriskan]
2 labu bawang besar [mayang ]
2 tangkai cili merah
2 tangkai cili hijau
daun ketumbar hiris [ambil daun sahaja]
1/2 cawan kacang tanah [tumbuk kasar]

Bahan Mesin
3 tangkai cili merah
5 tangkai ciliapi [kalau nak pedas boleh tambah]
3 s/b cuka campuran [jus limau ]
4 s/b air
garam
gula

Cara
1. Masukkan semua bahan dalam mangkuk besar.
2. Masukkan bahan mesin dan gaulkan rata.
3. Hidangkan.

No comments:

Post a Comment

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers