12 Dec 2010

Ikan Sweet Sour

Semalam ada xtvt mkn-mkn lagi ..so hari ni  msk pun simple-simple jer lah...mana yg sempat. bukan apa semalam ada program little christmas kat rumah Malaysia kat sini....ofis hubby yg anjurkan ....saya pun bz juga lah.....last minute 2 hari sebelum majlis diorang minta tolong masakkan asam laksa coz org yg di tempah tu tak boleh buat pula.jadi bidan terjun la saya tolong masakkan tempahan tu.
Ptg tu masa en. hubby blk umah dia ada tanyakan saya boleh tak saya tolong masakkan....actually malas juga nak terima tapi memandang diorang dah plan dan meeting tulis menu tu mcm tu nak kena buat jugalah....so saya terima jugalah. Bukan apa nk masak laksa ni byk ceter sikit...kalau msk byk lagi byklah ceternya....bab nak perisikan ikan tu yg malas sgt...kena kesabaran yg tinggi tapi lastly alhamdulillah juga saya dapat buat dgn jayanya walaupun kepenatan tapi satu kepuasan juga bila dapat pengalaman msk byk-byk mcm tu.
oklah berblk pada menu saya yg kat atas tu la pula...saya masak ikan sweet sour ni mkn ngan nasi putih jer...setiap org mempunyai cara masak yg berbeza kan....saya msk ni pun kira cara saya yg tersendiri jugalah... cara msk yg simple dan main campak-campak jer..hehe...ok resepi spt dibawah.

Bahan-Bahan:
1 ekor ikan bawal dibersihkan
garam dan kunyit untuk menggoreng
5 ulas bawang merah dimayang
3 ulas bawang putih dimayang
1 cm halia dihiris halus
1 biji lobak merah di potong dadu
1/2 biji buah nenas di potong kecil
5 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tiram
1 cawan air cawan air.
2 sudu kecil tepung jagung  dibancuh dgn air untuk pekatkan kuah
1 biji tomato dipotong dadu
1biji cili merah dporong nipis 
1 biji capcicum hijau di belah dadu
1 pokok daun bawang & daun sup dipotong keccil
1 biji bawang besar di potong nipis
Garam dan gula secukup rasa
minyak

Cara:
1. Ikan dilumurkan garam & kunyit dan gorengkan dalam minyak sehingga masak...kemudian ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia.
3. Apabila wangi masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan air. Biarkan mendidih.
4. Masukkan juga lobak merah,cili potong, capcicum, nenas,bawang besar,garam dan gula.
5. Setelah mendidih masukkan air bancuhan tepung jagung...masak sehingga kuah pekat, tuangkan ke atas ikan bawal yg telah digoreng tadi.
6. Hiaskan dgn daun sup & bawang

2 comments:

  1. salam Nieza..apa khabar?bagaimana cuaca kat Helsinki?dah sangat sejuk ke?...bab buat laksa ni bahagian asingkan isi ikan tu bab paling malas:)tapi bila dah siap itu bab paling best hehe.Ceria ceria selalu

    ReplyDelete
  2. Salam CM...baik mcm biasa....cuaca kat sini memang semakin sejuk dan beku...ya la btul tu bab mkn jer yg paling best....hehe..thanks kak.

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers