10 Dec 2010

Bihun Goreng Tomyam

Salam di hari Jumaat....penghulu segala hari.....begitu cepat sekali masa berlalu..dan tak lama lagi dah nak masuk tahun baru. Tapi bila memikirkan blk bagus juga masa cepat berlalu...coz cepatlah juga saya dapat balik....rindu sgt nak melalui kehidupan di Malaysia....bersama ibu dan family disana....ya la kan mcm mana best pun dok ditempat org ni ...best lagi tempat sendiri kan....itulah yg dikatakan walaupun hujan emas di tempat org baik lagi hujan batu ditempat kita....apapun syukurlah...dan  sabar jer lah kan datang merantau mencari rezeki....haha pujuk diri sendirilah sapa lagi nak pujuk kan...ehehe.
Oklah panjang lebar pula celoteh saya ni....ok ceter pasal masak bihun goreng ni buat sarapan pagi tadi....emm memang sedap rasa ala-ala tomyam gitu..
Sumber resepi ni saya C&P drp umah kak Nor....boleh juga intai-intai kat sini Kak Nor Secubit Garam terima kasih kak ...izinkan saya berkongsi di sini pula.
Bahan-bahan ( 7 org makan )
1 bungkus mihun - rendam, bila lembut, toskan
300gm udang
200gm isi ayam
3 ulas bawang putih - diketuk
5 ulas bawang merah - dikisar
2 batang serai - diketuk sedikit
2 kiub perencah tomyam (maggi/knorr)
cili api - bagi yg mahukan lebih rasa pedas
1 biji telur
3 helai daun limau purut - dicarik2kan
sayur kobis - di potong pjg (halus)
carrot - dipotong pjg (spt btg mancis)
2 biji tomato - dihiris nipis2
1 mangkuk air - jika ingin mi basah lebihkan sukatan air
daun saderi

Cara-cara
Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan serai hingga wangi. Masukkan ayam dan kacau.
Masukkan pula bawang merah yg telah dikisar dan perencah tomyam. Goreng sehingga pecah minyak.
Masukkan udang dan gorenglah sekejap baru masukkan telur
Masukkan air, garam dan gula secukup rasa. Untuk mendapatkan rasa yg lebih sedap bolehlah dibuat stok udang dengan merebus kepala dan kulit udang yg telah dibersihkan. Masak hingga mendidih dan masukkan sayur2an (kobis, carrot dan tomato yg telah dipotong) Masukkan juga daun limau purut yg telah dicarik2kan
Bila sayuran dah agak lembut, masukkan mihun tadi dan goreng hingga ramuan sebati dan mi menjadi lembut (Jika ingin mi yg basah lebihkan air/stok udang)
Hidangkan ke dalam pinggan dan taburkan dengan daun saderi yg telah dihiris halus

10 comments:

  1. salam nieza, sungguh tergoda dengan mee hon tu... baru semalam kak rose buat tp goreng bodo2 jek! asal kan kenyang!

    ReplyDelete
  2. Salam Kak Rose, saya pun goreng bodo2 jer tu kak tapi makeup jer labih-lebih...hihi...ya la betul tu kak yg penting perut kenyang...kihkihkih

    ReplyDelete
  3. salam nieza, mekasih sudi cuba resipi ni.. dah nama lg mihun goreng tomyam, letak kiub tomyam, mesti la rasa tomyam kan.. hihihi

    menyelerakan nampak mihun tu :)

    ReplyDelete
  4. Sama-sama kasih kak nor....terima kasih juga krn sudi berkongsi resepi...a'ah betul la kak rasanya sama mcm tomyam tapi tomyam jer tak sama mcm bihun ni....hehehe...gurau jer..:)

    ReplyDelete
  5. salam kenalan..trus rasa lapa tgk bihun grg tom yam ni..menarik btol:)..hehe

    ReplyDelete
  6. Salam kenal juga mama Olyn....haha make up jer lbh2 tu kasi menarik...hehe tapi memang sedap resepi tu try la buat nanti...:)

    ReplyDelete
  7. aslkum...

    Like very much. Bihun goreng tom yam ni. Pun suka nasi goreng tomyam... jom visit blog mama ya.

    ReplyDelete
  8. waalaikummussalam mamawana...ya mama saya pun suka sgt flavour2 tomyam ni mama...InsyaAllah nanti saya ziarah blog mama yer..:)

    ReplyDelete
  9. Salam Nieza,
    Terima kasih ye wish masa anniversary kami hari tu.. ni baru sempat nak datang jalan2 kat blog Nieza :)

    Bestnye bihun.. sini takde jual bihun tau. kat Jyvasylla je ada.hehe... nak pegi makan kat helsinki pun jauh sangat :)

    ReplyDelete
  10. Salam Ijan, la tak ada jual ke kat sana? kesiannya nanti turun Helsinki borongla byk2 bawa blk sana yer...kalau nk turun sini nanti bg taula leh kita jumpa..:)

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers