23 Dec 2010

Beef Steak Vegetable with white Sauce

Assalammualaikum  semua..semoga sihat dan ceria-ceria selalu hendaknya....kat sini hari ni cuaca sejuk sgt... sejuk yg melampau la juga...melampau bg saya yg x tahan sejuk ni la kan .....ngehx3....pagi tadi tgk lowest temp dah
 -22 degree Celsius kat luar umah la.....dlm umah pulak dlm 16 degree C sejuk juga...memang sejuk bekulah dibuatnya...org pun dh nk jadi ketul ais...hihi.....tapi sabar jer lah kan..:D


ok hari ni tukar selera western food la pulak....cepat dan senang coz hari ni nk keluar pi shopping-shopping mcm2 nk dibeli ....especially brg-brg dapur la yg penting kan utk stok coz esok kedai dah start tutup sempena cuti kristmas kat sini.....memang susah nk beli brng last year dah ada pengalaman dah semua kedai tutup so...this year kena ready awal-awal.


ok ceter menu ni memang biasa mkn org finnish kat sini...cara msk diorang ni senang jer main rebus dan panggang jer...actually bagus utk kesihatan...tapi x byk pilihan la mcm mkn kita kan mcm-mcm ada kan....ok jom kita tgk resepi dan cara membuatnya, Saya tgk gambar drp majalah msk-masak org finnish la ni....dan saya ubahsuaikan sikit resepi ni ikut citarasa saya juga. Citarasa org Malaysia juga lah kan...:P

Bahan Sayuran
4-5 biji mini tomato...nk gunakan tomato besar pun boleh 
2 biji kentang di potong 4 kemudian direbus dan dibakar sampai kekuningan dgn api yg perlahan
4 biji mini carrot -boleh juga gunakan carrot yg panjang tu juga kemudian  dipotong kecil dan direbus
Sedikit sayur broccoli dipotong kecil dan dicelur sekejap dalam air panas
2-3 batang asparagus di celur dlm air panas


Bahan untuk daging 
3 ulas bawang putih *
2 ulas bawang merah *
1 batang serai *
1 inci halia *
sedikit lada hitam *
2 s/k sos tiram
3 s/k kicap pekat
2 s/k madu


Cara sediakan daging
1. Kisarkan bahan yg bertanda * sehingga halus
2. Sediakan daging yang dipotong lebar setebal 1 cm
2. Gaulkan semua bahan yg disediakan dan perapkan .....saya perap semalaman
3. Masukkan semua bahan dalam non-stick pan dan tutupkan dgn tudung.
4. Masakkan atas api sederhana sehingga air kering dan daging lembut.
5. Kemudian masukkan daging dlm oven dan bakar sekejap dgn suhu 160 degree C
6. Angkat daging dan sediakan sos


Bahan-bahan untuk sos
2 sudu besar majerin atau mentega
1/2 cawan cheese yg diparut
1/2 biji bawang besar (dicincang)
1 sudu besar tepung gandum/tepung jagung yg dibancuh dgn sedikit air
1/2 sudu kecil daun parsli kering (herb lain pun boleh)
1 cawan susu segar
1/2 s/k serbuk lada putih
Secubit garam


Cara sediakan sos putih
1. Panaskan majerin dlm periuk kecil, goreng bawang besar sehingga layu. Masukkan tepung gandum dan kacau sehigga tepung gandum melekat kat bawang.
2. Masukkan bahan2 lain, masak sampai didih sambil tu kacau-kacaukan. Matikan api dan diketepikan.
3. Letakkan daging dan tuangkan sos putih diatas daging.
4.Hidangkan bersama sayuran tadi.
5.Boleh juga dimakan bersama bahan lain spt kentang goreng,jagung manis, ubi keledek, mixed vagetables dan sebagainya ikut citarasa maing-masing.

6 comments:

  1. wahh..sedapnya steak...nak join makan sekali bolehhhh...he..he...

    ReplyDelete
  2. haha boleh-boleh k.mas, mkn panas2 sedap ni...:)

    ReplyDelete
  3. salam..best tuh steak..akak tau mkn jerr,xpernah wat sendri sbb rasa cam ssh jer..nk tumpang mkn sini la

    ReplyDelete
  4. Salam K.Lina,
    boleh2 silalah datang kak bila2 masa pun boleh...naik jet laju skit yer....hihi senang jer msk tu kak...mkn style omputih ni simple jer.

    ReplyDelete
  5. emmmm sedap tapi...
    kat dalam umah ni ... susah sikit benda-benda mcm ni. Tekak melayu hehehe

    ReplyDelete
  6. Chik Att, ya la mcm mana pun masakkan org melayu juga yg terbaik...tapi sekali sekala tukar selera tu boleh la kan...:)

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers