17 Dec 2010

Ayam Masak Prune


Masak-masak dgn menggunakan buah prune ni memang sedap...dan mengandungi banyak fiber dan sememangnya bagus untuk kesihatan badan.

So tak rugi kalau kita masukkan buah ni dlm masakan....memang fav saya pun buah prune ni...selalu buat msk-msk mcm ni......selain drp ayam ni boleh juga digunakan daging....lauk ni bkn hanya boleh dimakan dgn nasi putih saja...mkn dgn nasi himpit pun sedap.

Bahan -bahan
1/2 ekor ayam dibersih dan ditoskan
10 biji buah prune yg dimesin halus dgn sedikit air
3 sudu besar cili mesin
2 sudu rempah kari
3 susu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar kicap pekat
3 sudu besar sos tiram
sedikit minyak untuk menumis
1/2 cawan air ...ini boleh tambah kalau suka yg berkuah
garam  secukup rasa
1 biji bawang besar di potong bulat
sedikit daun sup/daun bawang dipotong kecil  utk hiasan

Bahan mesin
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai

Cara Memasak
1. Ayam dibersihkan dan digaulkan dengan sos tomato, sos cili, sos tiram, rempah kari, cili mesin dan kicap pekat.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan naik minyak.
3. Masukkan ayam dan kacau rata.
4. Biarkan ayam masak dan sehingga ayam  lembut.
5. Masukkan buah prune yg dimesin tadi dan masukkan sedikit garam. Biarkan sehingga kuah pekat.
6. Jika agak kering bolehlah ditambah sedikit air....dah msk sekejap...bolehlah diangkat dan taburkan bawang besar yg dipotong bulat dan hirisan dau sup/daun bawang.

8 comments:

  1. Hi Nieza! Thanks for dropping by at my blog ya! :D

    Sedapnya AMP tuh!!! Geram tengok, lapar pulak! :D

    ReplyDelete
  2. Hi Love2cook,
    thank you for visiting my blog too...nk kasi lauk ni pun dah abis...:P

    ReplyDelete
  3. hi nieza...salam ziarah...terima kasih sudi jadi kawan...anyway kalau kita masak guna buah prune kuah kita jadi masam2 ke?sebab aida tak pernah cuba...

    ReplyDelete
  4. Hai Aida..terima kasih juga singgah sini...emm...tak la rasa masam tapi rasa manis-manis gitu tak perlu letak gula coz buah tu dah manis...try la resepi tu..:)

    ReplyDelete
  5. salam kak nieza..
    saye pun suke ayam masak prune ni..sedap kan....memang plan nak masak arini... :) seronok tgk gambo salji kat tempat akak tu...huhuhuh..kalo saya mesti berkubang jap kat salji (hehehe....tahan ke?)... nice view lah, best dpt dok ngr org kan....:)

    ReplyDelete
  6. Salam Norsha,
    ya msk prune ni simple dan sedap kan...boleh mkn ngan roti juga. ceter pasal salji ni dah masuk 2nd time ni tak la excited sgt pun...tapi bila tgk tebal tu teruja juga..masa memula tu memangla dah guling2 dan golek dah atas snow dan kat laut yg beku pun we all jln2 tapi sekrng ni tgk pun dah x kisah sgt...bolehlah datang jln ke sini nanti sha...:)

    ReplyDelete
  7. wah ayam masak prune pulak...berbau hingga ke sini dah ni. Mai dtg blog ambil award ye tq

    ReplyDelete
  8. terima kasih kak Lina nanti kita singgah yer...:)

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers