8 Dec 2010

Ayam Masak Bali

 
Hari ni saya nak berkongsi resepi masakan drp Amir iaitu empunya blog ohmalaysia.com...memang sedap ayam masak bali ni dan x rugi kalau nak mencuba....
rasanya mcm ala-ala msk rendang pun ada tapi cara masaknya saja  yg berbeza....kena perapkan ayam tu dulu..sebelum memasak.Oklah sesiapa yg berminat nak mencuba boleh tgk resepi dibawah....terima kasih pada Amir yg berkongsi resepi...izinkan saya berkongsi resepi disini pula.

Bahan-bahan
Ayam 1 biji bawang besar / 6 biji bawang merah
2 biji bawang putih
2 sudu serbuk kunyit
1 sudu kecil ketumbar (coriander powder)
1 sudu kecil jintan manis (aniseed)
1 sudu kecik jintan kasar (ground fennel seed)
3 batang serai (2 dikisar dan 1 diketuk)
Kicap pekat
Cili kering
1 tangkai daun kari
3-4 helai daun limau purut
Asam keping
Minyak masak
Garam
Gula

Cara-cara
1.Kisar bawang besar, bawang putih, ketumbar, jintan manis, jintan kasar, cili kering dan serai.
2.Gaulkan bahan yang dikisar bersama-sama kunyit dan kicap pekat. Kemudian perap ayam dengan bahan ini.
3.Panaskan minyak dan masukkan ayam yang telah diperap ke dalam kuali. Bahan perapan jangan dimasukkan lagi.
4.Bila ayam sudah agak masak, masukkan bahan perapan tadi. Masukkan juga daun kari, daun limau purut, serai dan asam keping.
5.Masukkan garam dan gula secukup rasa.
6.Siap untuk dihidangkan. Selain nasi, boleh juga dihidangkan bersama-sama nasi impit.

2 comments:

  1. Kicap ade juge ye..sedap..ni
    jemput ziarah
    http://badrul-perjalananku.blogspot.com/

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers