2 Nov 2010

Sphagetti Olio

Hari ni masak meu simple jer coz dok layan drama melayu online jer sekarang ni....bila dah start layan susah pula nak stop....lepas 1 episod sambung lagi episod lain...tu la pasalnya pastu nak masuk dapur pun dah malas...tapi kena masuk juga nanti en.hubby blk nak mkn ....so buat spaghetti  saja yg senang dan simple....resepi ni saya tgk kat blog CMG yg memang rajin memasak dan masakkan yg sedap-sedap belaka... resepi ni ada yg saya tambah ikut citarasa sendiri...resepi asal spaghetti ni boleh click disini CMG....tq CMG minta halalka resepi ni ye.

BAHAN-BAHANNYA :
100 gram spaghetti
1 biji bawang holland didadu
3 ulas bawang putih, cincang halus
1/4 biji green capsicum, dadu
1/4 biji red capsicum, dadu
1/4 biji yellow capcicum, dadu...(ni saya tambah)
4-5 biji cili padi, dititik (optioanl)
1/2 camca teh herba Basil (jenis kering dalam botol)
1 helai bay leaf
5 biji buah zaitun hijau
5 biji buah zaitun hitam
6 ekor udang besar, dibersihkan (saya gunakan udang kecil jer)
5 ekor sotong di potong kecil (ni saya tambah)
1 biji tomato merah, didadu
Garam secukup rasa
Lada hitam yang baru dikisar secukupnya
Minyak zaitun untuk menumis
sedikt serbuk oregano


CARA MEMBUATNYA :
1. Didihkan air dalam periuk, letak garam dan masukkan spaghetti, rebus hingga lembut tapi bukan lembik (ikut arahan pada bungkusan atau keinginan sendiri). Toskan dan tuang sedikit minyak zaitun, gaul rata. Ketepikan.

2. Panaskan minyak zaitun dalam kuali, masukkan bawang besar, bawang putih dan bay leaf, tumis hingga layu dan masukan tomato. Masak hingga tomato lembut. Tambah udang,sotong, red , yellow dan green capsicum serta buat zaitun hijau dan hitam. Kacau rata dan masak sekejap hingga udang berubah warna.

3. Masukkan herba Basil, lada hitam dan garam secukup rasa. Tambah spaghetti tadi dan gaul rata hingga mesra. Rasa dan jika ok, matikan api. Hidangkan segera, jika suka boleh tabur sedikit lagi lada hitam sebelum dihidangkan...dan saya taburkan sedikit serbuk oregano.

No comments:

Post a Comment

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers