27 Nov 2010

Seafood Spaghetti

Hari ni masak menu simple jer...seafood spaghetti...senang dan simple...main campak2 jer...dah siap makan nak keluar jalan-jalan pulak..haha tak abis2 jln kan...apa nak buat...memang suka jln2..:D...ok resepi ni ambik dr dapur kak liza....boleh click di sini tqvm kak Hanieliza...saya C&P yer..:)

Bahan
500 gm spaghetti
500 gm udang
300 gm sotong sederhana
10 keping crap stik [potong kecil]
3 s/b minyak
1 labu bawang besar [cincang kasar]
1 ulas bawang putih [cincang halus]
1/2 cawan tomato sos
1/2 cawan cili sos
1 s/k oregano
1/4 cawan daun pasley [cincang]
1 biji kecil cili capsikum hijau [potong dadu]
1 biji carrot kecil [potong dadu]
500 gm tomato cincang
1/2 cawan air
1 s/b lada hitam
1 s/k gula
garam
10 biji buah zaitun....ni saya tambah...

Cara
1. Rebuskan spaghetti dengan sedikit garam sehingga lembut dan toskan. Gaulkan dengan sedikit minyak.
2. Bersihkan udang dan sotong. Basuh dan toskan.
3. Panaskan minyak..saya gunakan minyak zaitun...dan masukkan bawang besar dan bawang putih. Masak sehingga layu.
4. Masukkan tomato sos, cili sos, tomato cincang, cili kapsicum, lada hitam, air, gula dan garam. Kacau dan biarkan mendideh.
5. Masukkan udang, sotong dan crab stik dan kacau rata. [Masakkan sekejap saja untuk mengelakkan udang dan sotong liat.]
6. Masukkan daun pasrley, buah zaitun dan oregano. Kacau rata dan tutup api. Hidangkan.

No comments:

Post a Comment

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers