20 Jul 2010

Laksa Asam/Laksa Penang Part 2

Jom-jom..blk kg mkn laksa...hehe masak laksa lagi...sejak dok sini ni dah 2nd time ler saya msk laksa ni...dok Msia tak teringin pun nak msk laksa ni bila dok jauh ni teringin pulak nak mkn...so kali ni saya buat laksa versi ikan sardin pula...tukar ckit tapi caranya still sama juga...cuma rasa kuahnya saja yg lain.

Bahan-bahan :
Sebungkus laksa..direndam beberapa jam, direbus sehingga lembut dan toskan

Kuah Laksa:
10 ekor ikan sardin....resepi ni saya gunakan ikan sardin kalau nak gunakan ikan kembung pun boleh
5 ulas bawang merah, dikisar
3 ulas bawang putih, dikisar
Sedikit belacan, dibakar dan dihancurkan
3 sudu besar cili kisar
4 keping asam gelugur/asam keping
2 tangkai bunga kantan, dibelah dua
secekak daun kesum
Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan hiasan
Timun
Bawang besar
Daun selom
Bunga kantan
Telur rebus
Cili api jika suka
Perahan limau nipis
nenas jika suka

Cara-cara :
1. Ikan sardin/ikan kembung dibersihkan, direbus, dibuang tulang dan dikisar halus dengan sedikit air. Air rebusan ikan jangan dibuang. Tapis dan gunakan semula untuk kuahnya.
2. Panaskan semula air rebusan ikan dan masukkan isi ikan yg dikisar.
3. Bila mendidih, masukkan semua bahan2 yang lain. Masak semua bahan mesra. Perasakan dengan garam dan gula.
4. Untuk menghidang, masukkan laksa ke dalam mangkuk dan bolehlah dihias dengan bahan2 tabur. Kemudian, tuangkan kuah ke atasnya.

1 comment:

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers