20 Jul 2010

Classic Blueberry Muffin


Muffin ni dah lama nak buat....tapi asyik tertunda saja...sekarang ni pulak musim blueberry kat sini so.....banyak la org jual mana2 tempat semua ada jual...harga pun murah juga...so apa lagi rancangan tertunda pun dijalankan dengan jayanya...siaplah sudah...ok resepi asal dah terlupa dapat dr sumber mana coz dah lama copy dh terlupa sama ada sumber drp internet atau pun majalah.....btw terima kasih yer kepada yang berkongsi resepi muffin ni.

Bahan:-
1/2 cawan butter
 3/4 cawan gula kaster
 2 biji telor
 2 cawan tepung naik sendiri
 1 sudu teh baking powder
 1 sudu teh esen vanilla
 1/2 cawan susu segar
 1/2 sudu teh garam
 1 cawan buah blueberry segar.

Cara:-
1. Panaskan oven 175'C.
2. Pukul butter dan gula hingga kembang, masukkan telur sebiji demi sebiji, diikuti dengan esen vanila, pukul lagi hingga sebati.
3. Di dalam mangkuk yang lain ayak tepung bersama baking powder dan masukkan garam, gaul rata.
4. Masukkan tepung kedalam adunan butter berselang seli dengan susu, kacau sebati.
5. Sudukan adunan didalam acuan muffin 3/4 penuh saja kemudian taburkan buah blueberry (3-4 biji/tekan sedikit).
6. Bakar selama 15-20minit @ hingga warna kekuningan atasnya. Angkat dan sejukkan.

2 comments:

  1. nieza best nyer blue berry muffin tuh..buah pun segar...

    ReplyDelete
  2. yer kak Lina..memang fresh buah tu sedap kalau mkn gitu jer..:)

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers