Bahan-Bahan:
1 ekor ikan haruan dibersihkan, direndamkan dengan garam dan asam limau. Bilas lagi dan toskan2 bungkus serbuk kari ikan bancuh ngan sikit air
5 biji sayur bendi
3 biji cili hijau buangkan tangkai
2 biji tomato belah 4
1 cawan air asam jawa
1 cawan santan pekat
minyak
garam
Bahan tumis
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih ditumbuk /hiriskan
1 inci halia
1 s/b halba campur
2 tangkai daun kari
Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis sehingga wangi.
2. Kemudian masukkan rempah kari yg dibancuh sehingga pecah minyak.
3. Masukkan asam jawa tadi digaul dengan pati santan dan tapiskan
4. Masukkan ikan. Tambahkan air sedikit supaya santan tak berapa pekat.
5. Kecilkan api dan biarkan mendidih dan naik minyak.
6. Apabila mendidih masukkan sayur bendi, tomato dan garam. Biarkan naik minyak lagi sikit dan tutup api.
No comments:
Post a Comment
sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)