27 May 2010

Ikan Bawal Sweet Sour

Bahan-Bahan:
1 ekor ikan bawal dibersihkan dan kelarkan
garam dan kunyit

Bahan untuk sos:
5 ulas bawang merah dimayang
3 ulas bawang putih dimayang
1 cm halia dihiris halus
5 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
1biji cili merah dan 1 biji cili hijau dipotong nipis
1/2 cawan air.
1 biji tomato belah 6
1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek)
1 biji bawang besar di potong nipis
Garam dan gula secukup rasa
minyak

Cara:
1. Ikan dilumurkan garam & kunyit dan gorengkan dalam minyak sehingga masak.
2. Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit untuk tumisan.
3. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia.
4. Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air. Biarkan mendidih.
5. Masukkan juga cili potong, bawang besar, garam dan gula.
6. Setelah kuah pekat, tuangkan ke atas ikan bawal yg telah digoreng tadi.
7. Hiaskan dgn daun sup & bawang

No comments:

Post a Comment

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers