18 Apr 2010

Sotong Goreng Tomyam

Bahan-bahan
500 gm sotong sedang [bersihkan, potong 3 dan gorengkan sikit]
3 biji kentang [potong baji dan gorengkan]
3 helai daun limau purut [koyakkan]
3 tangkai cili besar
3 tangkai serai [ketukkan]
1 labu bawang besar [mayang]
1/2 cawan air asam jawa
5 tangkai daun ketumbar
2 biji buah tomato [belah 4]
minyak
garam secukup rasa
1 kiub perasa tomyam

Bahan tumbuk ataupun diblender
5 biji cili api
5 biji cili merah
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi.
2. Masukkan sedikit air, kiub perasa tomyam dan kentang. Gaulkan rata. Gunakan api perlahan
3. Masukkan daun limau purut, serai.bawang besar dan semua bahan di atas.
4. Masukkan air asam .
5. Bila nampak kering air, masukkan sotong . Gaulkan rata.
6. Angkat dan hiaskan dengan daun bawang dan cili yg dipotong.

No comments:

Post a Comment

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers