12 Apr 2010

Lepat Liat


Bahan-bahannya:
5 cawan tepung pulut
2 cawan santan pekat (guna cawan yg sama utk sukat tepung tadi)
1/2 cawan gula merah
8-10 sudu makan gula pasir
1/2 sudu garam
daun pisang secukupnya untuk balut.
Cara-cara membuat:
Masukkan santan, gula merah, gula pasir dan garam dalam bekas. Kacau hingga semua bahan larut.
Tapiskan ke dalam tepung yang telah tersedia dalam bekas lain.
Gaul dan uli sampai sebati menjadi doh.
Lenserkan minyak didaun pisang supaya tidak melekat dan ambil sedikit adunan dan letakkan atas daun pisang. Lipat macam tepung bungkus.
Pastikan bahagian selisihnya kemas, bimbang apabila dikukus ianya akan membuak keluar.
Susun dalam pengukus dan kukus untuk 25-30 minit.
siap dimasak dan siap dimkn...

2 comments:

  1. salam kak=)best ni..hihhi..tapi akak letak inti ape kat dlm tu?

    ReplyDelete
  2. w.salam zawani...ya la terlupa nk tulis resepi inti lak yer..hehe btw akak letak inti kelapa parut yg digaul dgn sedikit garam.

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers