13 Apr 2010

Cucur Udang


Bahan-bahan cucur udang
250gm tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
sedikit taugeh
daun kucai-potong2
air dan garam secukupnya
sedikit pewarna kuning
150gm udang
Cara buat cucur:-
satukan tepung ngan soda bikarbonat.
Masukkan taugeh, daun kucai, garam, gula, pewarna kuning dan air..... Bancuh hingga rata dan pekat.
Panaskan minyak. Celupkan senduk besar kedalam minyak panas. Tuang adunan kedalam senduk, 3/4 penuh. Letak seekor udang dan masukkan kembali kedalam minyak panas.
Cucur akan tertanggal dari senduk. Goreng hingga masak. Hidang bersama kuah kacang atapun sos.
# pastikan minyak betul2 panas ya...kalau x, cucur akan serap banyak minyak.
KUAH KACANG
Bahan-bahan:
300gm kacang tanah, digoreng tanpa minyak dan dibuang kulit
Dikisar dgn air:
6 batang serai
2 inci lengkuas
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
15 tangkai cili kering, direndam
Segenggam udang kering, direndam
Asam jawa sebesar bola pingpong, dibancuh dgn secawan air
2 sudu besar gula merah
5 sudu besar gula putih
1 susu besar garam
Air anggaran 400ml - 500ml
Cara-cara:
1. Kisar kacang tanah. Sebahagian besar dikisar halus, sebahagian kecil dikisar kasar.
2. Tumiskan semua bahan kisar sehingga naik bau dan agak masak.
3. Masukkan air asam jawa. Kacau dan tuangkan air. Biarkan mendidih sambil
dikacau sekali-sekala.
4. Masukkan kacang tanah, gula dan garam.
5. Biar terus menggelegak dengan dikacau sekali-sekala. Jangan risau sekiranya kuah
kelihatan cair kerana lama-kelamaan ia akan pekat.
6. masukkan garam, gula secukup rasa.

No comments:

Post a Comment

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers