16 Aug 2012

Salam Lebaran Dari Finland



Assalammualaikum semua
Bersempena dengan ketibaan hari raya aidilfitri yang akan menjelang tiba nanti saya juga ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat hari raya aidilfitri buat semua teman-teman blogger tak kira yang baru dan lama. Terutama sekali pada blogger masak-masak yang sama-sama berkongsi resepi masakan untuk saya cuba masak selama berada di perantauan orang ni. Minta dihalalkan semua resepi yang telah saya cuba ya.

Buat semua pengunjung setia yang sudi singgah ke blog saya ni, terima kasih diatas sokongan padu yang anda semua berikan walaupun kadangkala saya terlepas pandang untuk berkunjung balas balik tapi semua komen dan sokongan yang anda berikan amatlah saya hargai.

Tahun ni saya dan suami tak dapat balik beraya dan hanya beraya perantauan dibumi  Finland jer. Persiapan hari raya dibuat secara sederhana saja. Saya hanya sempat buat 6 jenis biskut raya saja tahun ni tapi tak sempat nak saya sharekan kat sini sebab masa agak terhad untuk saya buat n3 sekarang ni. InsyaAllah...mengikut perancangan akan diadakan jamuan rumah terbuka pada hari raya pertama nanti di rumah kami disini nanti. Banyak persiapan yang perlu dibuat sekarang ni. Dalam masa yang sama, saya juga sibuk buat persiapan untuk balik ke Malaysia lepas raya nanti. Kalau tak ada apa hal selepas raya nanti kami akan balik for good ke Malaysia cuma tarikhnya saja belum pasti lagi. Bila dah comfirm tarikhnya nanti akan saya maklumkan kemudian nanti....InsyaAllah. Doakan semoga segala urusan akan dipermudahkan Allah juga nanti.

Di kesempatan ini juga saya ingin memohon jutaan kemaafan sekirannya ada catatan dan penulisan saya yang mengguris hati mana-mana pihak disini..tiada ada niat lain selain daripada hanya sekadar berkongsi cerita dan pengalaman diperantauan bersama teman dan dalam masa yang sama berkongsi resepi yang pernah saya cuba selama ini saja. Sesungguhnya yang baik adalah dari Allah swt dan yang buruk adalah dari kelemahan saya sendiri. 

Doa dan harapan saya juga semoga hari raya tahun ini disambut dengan meriah dan penuh dengan kesyukuran ke hadrat Ilahi oleh kita semua tak kiralah dimana saja kita berada kita tetap memandang anak bulan yang sama. Pada yang sudi ambil lah ecard raya ni sebagai tanda kenangan saya buat semua. Salam sayang buat semua:D

28 comments:

  1. Wa'alaikummussalam dan assalamu'alaikum Nieza.

    Salam lebaran buat Nieza sekeluarga dari kakcik.

    ReplyDelete
  2. Selamat hari raya Nieza. Maaf zahir batin, mohon ampun kalau kakak ada terkasar bahasa atau tersilap bicara sepanjang persahabatan maya kita.

    ReplyDelete
  3. Salam Aidil Fitri Nieza. Maaf zahir dan batin ya.Muga lebaran membawa bahagia untuk nieza dan suami walau pun diperantauan.

    ReplyDelete
  4. salam syg nieza.
    salam lebaran dari akk juga..maaf jika ada kata yg terlanjur..smoga ukhwah yg terjalin akn trus brpanjagan..wlaupun hanya di alam maya..jaga diri dan kesihatan yer..enjoy eid mubarak:)

    ReplyDelete
  5. salam aidilfitri dr mama yana sekeluarga.. :-)

    ReplyDelete
  6. Salam Aidilfitri, maaf zahir dan batin juga dr kak nita...

    ReplyDelete
  7. Salam NIEZA, selamat beraya di rantau orang. Pastii ada kelainannya kan? Apapun semoga U sekeluarga gembira dan sentiasa dilindungi.

    SELAMAT HARI RAYA, maaf zahir batin NIEZA. Semoga Syawal kali ini lebih menggembirakn..

    ReplyDelete
  8. selamat hari raya aidilfitri buat nieza dan suami ..maaf zahir dan batin jua dari saya andai ada tersalah kata sepanjang perkenalan kita ..:)

    selamat pulang ke tanah akhir ..moga segala urusan dipermudahkan Allah :)

    ReplyDelete
  9. sempat juga buat sampai 6 tu?? tahniah sis!

    Selamat Beraya di perantauan. Jangan nangis ye. :-)

    ReplyDelete
  10. selamat hari raya nieza....maaf zahir dan batin...
    semoga tetap ceria di hari raya dengan kawan2 di perantauan...
    jgn sedih2 tau...^^

    ReplyDelete
  11. Salam Nieza..selamat merayakan idil fitri di perantauan..jangan sediih pasal da nak balik kan...ampun dan maaf dari Nekcik...

    ReplyDelete
  12. Selamat Hari Raya buat Nieza sekeluarga juga, semoga bergembira meraikannya :D

    ReplyDelete
  13. Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri buat Nieza&suami. Mohon maaf zahir dan batin.Moga urusan Nieza balik Msia dipermudahkan.....
    slmt memasak utk open house.

    ReplyDelete
  14. selamat hari raya buat nieza sekeluarga di perantauan. Moga berbahagia di hari kemenangan ini :)

    ReplyDelete
  15. As salam Nieza,

    Keep in touch! Rasa bertuah dpt berkenalan dgn Nieza... Moga hubungan ini berterusan hingga akhir hayat... ameen :))

    ReplyDelete
  16. salam Nieza.Selamat hari raya buat Nieza dan suami.Maaf zahir dan batin.

    ReplyDelete
  17. Salam Nieza...abis tahun ni buat open house tak?..anyway selamat hari raya dan Maaf Zahir Batin

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum :D
    Selamat Hari Raya,
    Maaf Zahir Batin... sekiranya terdapat salah dan silap selama Kak Lin menjadi rakan blog anda.

    Terima kasih.
    Sayang Anda Semua
    Muaaahhh...Muaaahhh...

    ReplyDelete
  19. Salam Aidilfitri buat Nieza dan suami yg jauh di perantauan.. Mohon maaf zahir dan batin. Semoga semua urusan Nir=eza akan dipermudahkan... Jika Nieza pulang ke Malaysia, Nieza duduk di negeri mana ye?

    ReplyDelete
  20. selamat hari raya 1433H ye maaf zahir batin dari teratak siFaqir 'ilmu (^___^)

    ReplyDelete
  21. Taqobbalallahu minna waminkum... Salam Syawal & Maaf Zahir Batin..

    sure best nieza masak masa raya tu..

    ReplyDelete
  22. selamat hari raya idul fitri :)
    Nice blog :)
    salam kenal sobat :)
    di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum Yong Nieza,
    Selamat Hari raya dan Maaf Zahir dan Batin.
    Mesti meriah sakan majlis raya tu, kan Nieza terer sungguh masak, kalah Chef!
    Nieza ada menag sagujantung dari blog akak kan? Hmm tunggu Nieza balik msia akak pos, InsyaAllah.

    ReplyDelete
  24. selamat hari raya juga wat niza sekeluarga

    ReplyDelete
  25. Nieza....serramat hawi waya...(phieww..sempat gak wish seberrum syawal habis...)
    muah2..take care...

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum,
    Selamat hari raya, maaf zahir dan batin.....

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers