8 Aug 2012

Lepat Pisang


Assalammualaikum semua
Lamanya tak intai blog ni ..lately ni masa memang agak terhad untuk saya singgah ke sini dan bw ke blog kawan-kawan semua. Banyak urusan yang perlu saya selesaikan. Bukan saja urusan persiapan untuk hari raya disini tapi urusan untuk balik ke Malaysia lepas raya nanti.

Terima kasih pada yang sudi singgah sini. Banyak n3 yang tertunggak belum saya publishkan lagi..insyaAllah kalau ada masa dan kesempatan nanti saya sharekan disini dan dalam masa yang sama memang nak simpan disini juga untuk rujukan saya kemudian hari nanti.

Kuih lepat pisang ni pun dah lupa buat juadah berbuka puasa hari yang ke berapa hari tu. Nak abiskan pisang ranum dan daun pisang tu saya gunakan buat kuih ni la. Memang sedapla...lama tak makan kuih lepat ni. Terima kasih pada Ros@Jintan manis yang berkongsi resepi kuih yang sedap ni. Izinkan saya berkongsi disini pula yer:D


Sumber : Ros@jintanmanis
bahan-bahannya 
  • 3 biji pisang ranum - dilenyek (kalau pisang emas 6 biji)
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 2 sudu besar gula 
  • 1 senduk santan pekat
  • 1/2 s/k garam (resepi asal tak ada tapi nieza bubuh)
  • daun pisang secukupnya
  • Cara-caranya
  • Panaskan pengukus,
  • Kemudian di dalam bekas adunan, satukan pisang yang telah dilenyek tadi bersama tapung beras, gula dan santan, kacau sebati,
  • Adunan lepat pisang ni seakan-akan adunan jemput-jemput, tak terlalu cair, tak terlalu pekat.
  • Layur daun pisang dan potong beberapa bahagian, (Nieza kukus daun pisang dlm periuk pengukus jer sekejap) letakkan 2 atau 3 sudu adunan di atas daun pisang dan lipat kemas,
  • Kukus selama 15 ke 20 minit, angkat dan sedia untuk dihidangkan selamat mencuba.

15 comments:

  1. aSsalam kak nieza,tgk lepat pisang nih tingat lak kat mak sy,dia suka wat n mkn lepat pisang,dia pon suka letak tpung beras lagi dri tpng gndum..
    erm akak dah wat byk ke kukis kak.

    ReplyDelete
  2. akak suka beli lepat kat sekitar rumah akak...ada satu tempat ni sedap sgt....ada inti kelapa parut kat dalam.
    Tengok gambar pun dah tau sedap lepat yg nieza buat tu.

    ReplyDelete
  3. laa tengok lepat pisang ni rerlioq lagi..tapi rasa macam nak buat kuih nagasari lah..sebab susah nak dapt!!

    ReplyDelete
  4. sedap ni Nieza, kat rumah akk masih ada pisang, ada keladi (tp keladi dah ku buat pengat ptg tadi), ada roti..beberapa hari lalu asyik menghitung mana satu yg nak diolah dulu..maklumlah bila bulan puasa takde sapa nak jamah sangat kan..sommg kena buat sesuatu..

    ReplyDelete
  5. Sedapnya lepat pisang....windu plak kt arwah nenek, arwah cukup suka buat lepat pisang n lepat ubi....sedapnyeeee.

    ReplyDelete
  6. lepat pisang ni kue yang tak ditelan zaman.. sebab sedap..

    ReplyDelete
  7. As salam Nieza,

    Tgk lepat pisang ni teringat kat kakngah saya..dulu selalu tolong die meniaga masa zaman belajar dulu time2 puasa ni... bolehlah nnt nak suruh maid tolong belikan buat sikit... harap2 jadilah...hehehe ;)

    ReplyDelete
  8. Salam Nieza...kuih lepat pisang ni menjadi feberat akan selamanya....selalu buat lepat pakai pisang emas ..best gak..:)

    ReplyDelete
  9. salam nieza..bila tengok gamba lepat terus rasa teringin nak buat..bezanya acik buat tepung gandum je..

    ReplyDelete
  10. Rajin nya nieza...senang ke nak dapat daun pisang kat sana?

    ReplyDelete
  11. sedapnye ....

    lps puasa nanti nk try buatlah..

    ReplyDelete
  12. kak nieza ni..
    rajinn
    buat lepat pulak...
    sedapp tu..

    ReplyDelete
  13. sedaaapppppp... saya sukaaa...

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum Nieza Sayang :D
    Alhamdulilah...Nieza berbuka dengan lepat pisang ke hari ni? sedapnya dah lama Kak Lin tak buat lepat pisang...mesti rasa lemak2 lepat pisang ni sbb ada bubuh santan.

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers