7 May 2012

Trip To Bruges, Belgium Part 1

Assalammualaikum
Cerita pasal trip yang saya pergi pada 25 Mac 2012 yang lepas jer ni. Cerita dah lama basi tapi baru berkesempatan nak n3 kat sini. Memang agak busy selepas saya balik dari trip ni macam-macam aktiviti  ada sampai tak sempat nak tgk dah pun semua gambar ni. Bila ada masa terluang ni bolehlah saya sharekan kat sini..tak kisahla lambat atau cepat pun apa yang penting kenangan dan gambar ni masih segar dalam ingatan.

Actually, ini adalah kali ke-2 saya sampai ke negara Belgium tapi sebelum ni saya hanya berkesempatan melawat sekitar di ibu negaranya saja iaitu di Brussel pada tahun 2010. Alhamdulillah pada tahun ni diberikan kesempatan lagi untuk melawat kesana dan berpeluang ke tempat yang sangat menarik didalam negara Belgium ini iaitu Bruges.

Trip ni adalah sambungan daripada trip saya ke Amsterdam yang lepas iaitu pada hari ke-2 kami disana kami sepakat untuk melawat ke Bruges, Belgium ni. Perjalanan melawat kesana hanya sehari saja dan kami pulang semula ke Amsterdam. Trip ni mengambil masa lebih kurang 3 jam perjalanan dengan menaiki bas. Dengan menggunakan holland pass tu kami hanya perlu membayar ticket bas utk kesana dengan harga euro50 saja. Bertolak pada jam 9 pagi dari Amsterdam dan sampai disana kami terus berjalan bersama dengan tourist guard dan selepas itu berpecah untuk berjalan sendiri. Kami diberikan masa untuk berjalan sebelum sampai masa berkumpul di tempat bas pada jam 5petang untuk memulakan perjalanan balik ke Amsterdam. Oklah, layan jer lah gambar kat bawah:D

Permandangan di sepanjang perjalanan


subhanallah...sangat indah sekali permandangan yang menghijau ini..
nampak kambing biri-biri yang sedang makan rumput

semasa dalam perjalanan ini, kelihatan banyak kincir angin yang terdapat di Amsterdam...semua pic ni di snap dari dalam bas saja.

 Inilah bandar Bruges. Belgium sememangnya terkenal dengan coklat so..tak hairanlah kalau disekitar bangunan ini terdapat kedai menjual coklat. Belgian Chocolates dikenali sejak kurun ke 18 sebagai 'piawaian tidak rasmi' pembuatan coklat dunia di sebabkan kualiti dan bahan yang dikatakan masih tegar menggunakan teknik tradisional.




bandar Bruges yang berbentuk seperti telur dan berkeluasan hampir 14,000 hektar ini merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO dan popular di kalangan 'backpackers'. Kota-kota dan groenerei (terusan) di bandar ini telah dibina sewaktu Empayar Rom seawal kurun pertama.













cuaca kat sini dah semakin panas kalau nak bandingkan dengan Finland masa bulan mac ni masih ada salji tapi di Bruges ni dah masuk musim bunga.



flea market yang terdapat disana. Biasanya pada musim bunga dan panas diorang akan ambil kesempatan untuk berniaga macam ni. 








ramai juga yang naik canal cruise ni tapi kami tak sempat sebab nak gunakan masa yang ada untuk berjalan disekitar bandar ini saja.










sekian dulu cerita Bruges buat kali ini....bersambung pada part 2 pula nanti...:D

21 comments:

  1. Assalammualaikum Nieza, sibuk bebeno ye skrg ni?
    Cantik bandar Bruges ni, bersih je. Kenapa kat tempat kita tak boleh buat mcm mereka?
    Nieza mcm nmpk kurus je masa ni? iye ke?

    ReplyDelete
  2. Aslmkm Nieza..pekabo? seronknya merantau..huhu..bilala dpt g jauh2 nih..KLCC pun aku blm jejak lagi..ahaha..adooii
    eh..buatla pokad guna pic2 ko ambik nih..ala2 buku scrap gitu, pastu hanto kat kawan2 kat sini espeli aku..haha..

    ReplyDelete
  3. bestnye dpt jenjalan...negara mrk ni nmpk bersih dan sejuk je mata memandang..hehe

    ReplyDelete
  4. As'salam Nieza

    K.ct bila tengok gambar2 yang Nieza ambil ni semuanya nampak cantik, teruja sangat2 nak melihat sendiri didepan mata. Tapi hanya angan2 ajelah tu..hehehe Entah bilalah nak sampai ketempat indah macam tu kan. Betuah Nieza dapat melawat tepat2 yang cantik macam ni kan.

    Memang cantik indah semuanya suka sangat2. Tapi suka tang jualan barang2 lama tu..hehehe

    ReplyDelete
  5. assalam nieza..tak terkata..memang cantik sungguh..bertuah nieza..dapat menimati keindahan pemandangan disana.

    ReplyDelete
  6. ya Allah cantiknya..bila la mieza nak sampai ke sana..kalau mieza nak ke sana sudikah nieza jadi tourist guidenya?

    ReplyDelete
  7. syoknyer tgk akak selalu ada trip...
    Belgian Chocolates tue pernah makan sekali kawan kasi dulu...sedap khen

    ReplyDelete
  8. subhanallah...cantiknye...tgk pokok2 tak berdaun tu masih mood musim sejuk nih...

    ReplyDelete
  9. Cantik betul pemandang ..menyejukkan mata dan hati.

    ReplyDelete
  10. Ya Allah..canteknya padang hijau tu...suke sangat tengok..

    ReplyDelete
  11. bruges memang amazing tapi kami tak sempat ke sana.. huhuuu... doa2 agar dapat ke sana nanti..

    ReplyDelete
  12. Salam Nieza,

    Ohhh flatnya negara dia macam Holland.

    Suka tengok ladang2 diorang!

    ReplyDelete
  13. subhanallah.. cantiknyer!!! nak ikott!! hihi..

    ReplyDelete
  14. Subhanallah...cantik sungguh pemandangan dan bangunan sekitar bandar rayanya.

    Kak Zai cuma ada FM Belgium hehehe....

    ReplyDelete
  15. nieza cyg
    paling akk jakun tgk kincir angin...waaahhh bestnya klu akk bole kesitu jgk..insaalah 1 day:)

    ReplyDelete
  16. Salam Nieza.dlm byk2 gambar yg menarik kat atas tu, akak paling suka tengok ladang hijau dg biri2 tu...nampak sejuk je mata memandang.bestnya kalau naik canal cruise kan ....melalui spjg bandar sambil lihat pemandangan

    ReplyDelete
  17. menarik gambar2 Nieza ambil..macam postcards. have a fun time ya!

    ReplyDelete
  18. salam Nieza,terpegun lah tengok gmbo2 tu cantik sesangat2 suka tengok yg di kampong2 tu tergoda lah mcam nk pergi je.

    ReplyDelete
  19. suka tengok gambar yg ada kincir angin tu :)
    bangunannya pun unik

    ReplyDelete
  20. Cantik ye Bruges ni. M dpt tgk pict pun jd la...

    ReplyDelete
  21. Subhanallah....cantik sungguh ladang yang menghijau tu. Suka sangat..Rasa nak pegi melancong satu dunia pulak. Hehehe

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers