1 Mar 2012

Serimuka Delima

 Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua
Bersua kembali dengan n3 masak-masak pula....buat kuih serimuka ni masa hari sabtu lepas lagi masa majlis makan-makan dan birthday party kat umah tapi baru hari ni berkesempatan nak share kat sini.

Kuih pun dah abis layan gambar dan resepi jer lah yer. Resepi kuih ni saya ambik kat dapur kak Yatie yang resepi asalnya dari chef Asma. Along Roz pun dah cuba kuih ni dan bagi siapa yang nak mencuba bolehlah mencuba. Memang sedap kuih serimuka ni sebab kena dengan selera saya. Saya memang suka kuih yang ada tepung kastard ni. Walaupun rupa kuih yang saya buat ni kurang cun tapi rasanya memang bestla...terima kasih pada chef Asma diatas resepi yg sedap ni. Terima kasih juga pada Kak Yatie, Along Roz dan semua yang telah berkongsi resepi ni dan izinkan saya berkongsi disini pula.


Resepi asal:  Chef Asma, 
Source: Kak YatieAlongRoz
LAPISAN BAWAH:(loyang 10x10x2")
  • 500 gm Beras Pulut
  • 300 ml Santan Pekat
  • 300 ml Air
  • 2 sudu kecil Garam
  • 20 gm Sagu kecil- rendam dgn air & pewarna merah/pink dan toskan
CARA2:
  1. Rendam pulut sekurang2nya 4 jam
  2. Basuh bersih beras pulut dan toskan, campurkan dgn santan, air & garam.
  3. Masukkan dlm loyang yg telah di lapik plastik.
  4. Kukus selama 30 minit.(Kukus dngn loyang yg berlainan tidak berlubang)
  5. Apabila pulut masak,gaulkan dgn sagu (tak payah sehingga rata) & tekan pulut di dlm loyang dan sapu sedikit batter/ adunan tepung.

LAPISAN ATAS:
  • 250 gm gula kastor/halus
  • 100 gm tepung kastard
  • 400 ml santan pekat
  • 400 ml Air
  • 4 biji telur
  • 1/2 sudu kecil garam
  • Beberapa titik Esen Vanilla
  • Pewarna Kuning
CARA2:
  1. Campurkan kesemua bhn sehingga sebati (ikut turutan di atas) dan tapiskan.
  2. Masak dgn api kecil sehingga naik wap.
  3. Tuangkan ke atas lapisan pulut tadi & kukus selama 30 minit.
  4. Biarkan sehingga betul2 sejuk sebelum di potong.

33 comments:

  1. salam nieza...akk xpernah lg mkn serimuka yg ada sagu ni..mst best kan sbb kenyal2 gitu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam kak liza, saya pun 1st time cuba buat ni kak...sedap juga nanti akak try lah buat pula:)

      Delete
  2. as-salam kak Nieza
    sedapnyer serimuka...cantik serimuka durian kak Nieza ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam ady, tq mana ada durian pulak ni..bkn durian, serimuka delima la.ni mesti teringat nk mkn durian ni kan...hehe

      Delete
  3. kak nieza..
    cantikknya serimuka tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq mas...tapi sememeh juga ni..:)

      Delete
  4. sedapnyer...sure berseri muka bila makan kuih ni...hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap-harap pun mcm tu juga kak tapi seri masa mkn tu jer la kot..hehe

      Delete
  5. assalam nieza..cantik dah rupa kuih nieza tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam acik, tq tapi tu la belum berpuas ati lagi banyak lagi kena belajar ni:)

      Delete
  6. as salam nieza....wauuu sedapnya serimuka delima....insyaallah nti kak ham pun cuba la....muahhhhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam kak Ham, yer kak memang sedap nanti akak jgn lupa cuba lak yer:)

      Delete
  7. Assalamualaikum Nieza..Salam rindu jugak dari akak, lama rasanya tak tengok masakan Nieza. Lawa betul la serimuka delima ni, udah lama abisnya kuih ni kan! Untungnya kawan2 yg dtg rumah dpt mkn air tgn Nieza..akak pun rasa teringin dah ni..:))

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam kak Azlina, salam rindu kak...ya la kak saya cuti blogging jap hari tu kena beri laluan pada perkara yg lbh utama.nanti akak cubalah buat pula..bagi saya lak rasa yer..hehe

      Delete
  8. Assalamualaikum Niezza

    menarik....menyelerakan

    ReplyDelete
  9. Ooooo... tun ingatkan letak biji2 buah delima dlm tu. hehehe....
    serimuka mmg sedap sgt! dh lama tun x makan. tunggu ada gathering2 baru buleh buat nih, kalau x mmg jenuh nk habiskan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ishh... mana ada letak biji delima lak tun..namanya saja delima tapi guna sagu jer ni.akak pun sama kalau sajax2 buat nk mkn 2 org memang tak abis tu pasal buat masa kawan-kawan dtng umah.

      Delete
  10. nieza.....

    bab2 serimuka, talam dan kuih yang lembik2 ayu mmg suka, dan teramat suka...
    cantiknya nieza buat...kalau dekat, ayu tempah tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq ayu, sama lah kita suka kuih yg sama juga.apa lak nk tempah kalau ayu buat sendiri sure lagi sedap kan:)

      Delete
  11. Nieza...
    yang 3 ketul kat pinggan tu untuk Rahel kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai rahel semua dah abisla tak dptla nk kasi...hehe

      Delete
  12. kak niza...saya memang teringin nak cuba kuih ni...pernah salin rasanya resepi ni kat blog kak ayu singapore...dari thn lepas lagi rasanya..tapi tak jugak buat2...hehehe..agak2 kalau nak selak balik buku resepi jenuh nak carik...hahahhah

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer ke q? akak pun simpan resepi ni dah lama dah tapi baru-baru ni jer berkesempatan nk cuba.

      Delete
  13. Assalamualaikum nieza...
    salam rindu dr akak... nieza apa kbar skg? moga sihat sejahtera hendaknya..
    ermm.. cantiknya nama kuih nie... warna nya pun cantik... rasanya pasti sedap kan nieza..

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam kak diana, salam rindu dr saya juga kak.alhamdulillah sihat kak..tq. ya sesedap nama kuih ni juga rasanya kak...:)

      Delete
  14. Assalamualaikum Nieza,
    rajinnya menalam..cantik kuih serimuka delima Nieza ni...rasa mcm nak wat skrng pulak..akak mmng suka sangat kuih2 mcm ni...tq sudi mencuba..

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam kak Yatie,buat kuih talam ni masa jamuan mkn kat umah minggu lepas kak..kalau nk saja-saja mkn susah juga nk abiskan ni.tq kak tapi tgk kuih talam yg akak buat lagi cun..btw, tq sharing yer kak saya pun suka buat kuih talamx2 ni..:)

      Delete
  15. As'salam Nieza

    Maaf semlama tak sempat nak datang kesini, tertinggal kapal terbanglah..hehehe

    sedapnya Nieza, k.ct pun suka makan serimuka ni. Kira lama juga tak makan kuih2 macam ni yang mengunakan beras pulut. kalau anak k.ct yang bongsu tu panggil kuih nasi ni Nieza..hehehe.

    Insya'Allah nanti nak cuba dan buat resipi dari chef Asma ni..tq Nieza :)

    ReplyDelete
  16. Assalam nieza, sedapnya serimuka delima, cantik n menarik tgk. Mmg kreatif org2 ygmencipta resipi ni kan.

    ReplyDelete
  17. Cantiknya kuih tu Nieza...yummy sangat. ;)

    ReplyDelete
  18. Sedap topnya lemak2 manis...welcome back Nieza.

    ReplyDelete
  19. Nampak colourful, tentu sedap.

    Dulu kak Zai selalu belajar dengan chef Asma.

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers