20 Dec 2011

Bingka Suji


Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua
Kuih bingka suji ni memang sedap sangat...ni dah kali ke 2 saya buat. Buat yang pertama kali hari tu warna kuning tapi saya tak sempat nak posing kuih tu dah abis sebab saya buat masa jamuan makan dengan kawan-kawan kat umah sini hari tu. 


Kalau dah sibuk-sibuk tu biasanya memang saya tak sempat nk snap pic makanan pun..masa buat tu pun sampai mr.hubby tak perasan sebab mudah sgt buatnya..sambil msk sambil la saya buat kuih ni pastu masuk jer oven. Bila dah abis majlis tu mr.hubby tanya pula saya siapa yg bawa kuih bingka kuning tu...dia ckp sedap sgt..haha boleh lak tak perasan yg wife dia msk kan...sabar jer la.



Oleh kerana mr.hubby ckp sedap dan nak mkn lagi saya buatkan lah lagi untuknya. Actually saya memang suka kuih dr tepung suji ni dan mula kenal ngan tepung suji atau Semolina ni masa dok kat Dhaka dulu lagi coz kat sana memang banyak jual tepung ni...bila datang Finland ni tak sangka pula ada juga dijual kat sini. Sumber resepi bingka suji ni boleh rujuk dibawah yer. Terima kasih pada semua yg telah berkongsi resepi kuih yang sedap ni dan izinkan saya berkongsi disini pula :D



SumberCMGKak JunAlongKak Zana
Bahan-bahan:

3 biji telur gred A

110 gram gula (boleh tambah sedikit lagi jika suka manis)
160 gram suji @ semolina
250 ml santan pekat
435 ml air
1 camca teh pes pandan
1/4 camca teh garam
90 gram mentega
30 gram tepung gandum
Sedikit bijan untuk hiasan (resipi asal tak letak)



Cara Membuatnya:
  1. Alas tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan aluminium foil, biar lebih sedikit dibahagian kiri dan kanan, lenser dengan mentega pada dasar dan tepinya (tujuan melebihkan aluminium tadi ialah supaya kueh mudah diangkat keluar). Panaskan juga oven pada suhu 190C.
  2. Satukan semua bahan2 diatas kecuali mentega. Kacau rata dan tuang dalam bekas tahan panas, kemudian tenggekkan atas air mendidih dan kacau dengan whisk sehingga bancuhan pekat seakan2 bubur (seperti dalam gambar). Alihkan dari dapur dan masukkan mentega, kacau rata hingga sebati.
  3. Tuang dalam tin yang telah disediakan. Tabur bijan rata dan bakar dalam oven selama 1 jam, 5 minit sebelum akhir waktu membakar, tukar api oven pada fungsi grill. Ini akan menghasilkan permukaan kueh bingka perang keemasan. Biar betul2 sejuk baru dipotong. Boleh hidangkan untuk minum petang...


30 comments:

  1. assalam nieza..baru tau pasal tepung tu tapi belum pernah beli/tengok lagi..nak kena cari jugak a tepung ni..terim kasih nieza.

    ReplyDelete
  2. wah sedapnya, selalu makan bingka ubi je, nanti nak try lah pulak bingka suji ni

    ReplyDelete
  3. Asalamualaikum Nieza..
    Sihat ke Nieza?
    Nieza, akak malas betul buat kuih bingka. Tak tau nape...hehehe.. Makan Nieza nyer la.. Akak nak yg bahagian hangit2 sikit..sedap..

    ReplyDelete
  4. Niezza

    bingka suji lom pernah plak akak wat...akak suka part yg garing2 itam2 sket tu...cantek kejadian dia dear...next time akak wat nak guna silicon gak..

    ReplyDelete
  5. Sedapppp...!

    Kerana sendiri buat, tabur bijan sampai padat. Macam orang pakai bedak merepu.

    Kalu beli, bijannya boleh dikira!

    ReplyDelete
  6. aiii... geramnya akak tengok kerak kat atas bingka tu...
    akak paling suka makan kerak dia tu.. musim2 sejuk ni sedap juga kalau pekena bingka dan air kopi hangat..

    ReplyDelete
  7. As'salam Nieza


    kat rumah ada sekampit tepung suji ni, kalau ada peluang nak juga buat tapi tak tahu bila..hehehe

    memang betul kan kuih2 bakar macam ni memang mendapat tempat lagi satu senang jer, godek2 masuk loyang bakar dah siap. Lagi garing lagi sedap kopek2 masuk mulut erk Nieza..hehehe

    ReplyDelete
  8. Akak pun kuih yang berasaskan suji sedapkan sbb sedikit kenyal
    yg ni akak belum try boleh masuk list

    ReplyDelete
  9. alaaa.. dah abis pulak stok tpg suji.. teringat2 rasa lemaknya .. plg best part kerak.. yg tepi2 tu beri pd akk yer nieza..

    ReplyDelete
  10. ERmmm....cantek & yummy!! k.gee mmg suka bab kuih2 melayu ni...bingka suji tak pernah buat lagi...boleh try nih...

    ReplyDelete
  11. nieza.. tak tau pulak ada bingka suji. aduhai.. teringat lagi tepung suji saya masuk ulat bubuk gitu je. hehhe.. lepas buat kuih talam suji terus tak tau nak buat apa. ada yang kata kek suji pun sedap sangat. tapi mmg diakui kalau kuih talam suji sedap sungguh. nanti nak beli la lagi tepung ni buat bingka lak. nampak mmg best tu. pulak2 kerak tu haiii. melambai2 je

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum Nieza

    antara kuih kegemaran saya... he he

    Wassalam

    ReplyDelete
  13. sedapnye bengkang suji nih...hihi sajha panggey bengkang..sedap nampak bengkang nih...cb salin resepi dulu yerrr..kat umah tuh byk laghi pandan paste..Tq for sharing

    ReplyDelete
  14. Assalam Nieza,
    terpanggil ke sini kerana terbau kuih bingka yang sedap tu! ada lagi ke Nieza, tumpang makan di sini ye.

    ReplyDelete
  15. Yang selalu kak Zai buat kuih bakar macam ada persamaan.

    ReplyDelete
  16. salam nieza....akak pun blm pernah buat bingka suji ni, rasa pun xpernah lg.....hihiihi jakun
    tp nmpak menarik bingka ni, satu hari nnt blh try...

    ReplyDelete
  17. Salam Yong,

    Owww guna tepung suji ya...kalau guna tepung beras pun jadi kan? Begitu cergas Yong masak suami tak prasan!

    ReplyDelete
  18. Assalamualaykumwbh Nieza dear...:)

    MMM ni Ayu ak simpan k recipe...must be mcm adik beradik kuih bakar la ni eik?:)

    MMMMM, lama x singgah sini, sbbnya lamaaaaaaaaaa x blogwalk nieza..Ayu x sihat sgt oflate ni...

    How life nieza?:)

    ReplyDelete
  19. zaaaa...adussssss sedapnya kerak dia tuuu...dh hbis kee..bak maik la 3 ktoii..leh kmaz wk srpann..lapor la niii..

    ReplyDelete
  20. Kak nieza,bingka suji nih mmg sedap,lemak manis secukup rasa kan,tpi yg sy wat aritu cam berminyak cikit,maybe santang mmg frsh n tmbh butter lagi,butter tuh sy mmg dah kurangkan time nak wat,yg akak ok x..?Len kali kalo sy nak wat n gna santan fresh,mmg nk kurngkan kuantiti santanlah..

    ReplyDelete
  21. Salam Nieza..nampak sedap jeee kuih ni..Sue belum pernah makan lagi kuih yang berasaskan tepung suji...

    ReplyDelete
  22. dari appereance macam sama ngan bingka.ye ke kak? mmmmmmmm (sambil pikir hehehe)

    ReplyDelete
  23. sedapnya kak,nonie selalu makan talam suji,xpernah makan bingka suji.lenkali boleh cuba nie

    ReplyDelete
  24. hehe... nieza pantas kat dapur. tu yang en Faizal tak perasan kot. :D

    ReplyDelete
  25. mmng sedapkan bingka suji ni, akak pun dah pernah buat..Hamka mula2 tu tak suka sbb ada kerak hitam katanya...bila akak makan kerak, siaplah ijaunya di kejekannya..fanatik ijaulah katakan..hehehehe..

    ReplyDelete
  26. Salam Nieza,
    Lembut didalam, dan rangup di luar nampaknya, mesti bestkan..

    Suka tengok gambar tukaq hadiah kat bawah tu.....cantikk2

    ReplyDelete
  27. anak akak cukup suka bingka ni.. boleh sekeping tu dia habis kann..

    ReplyDelete
  28. salam kenal niezza...boleh gak cuba buat bingka suji ni...selalu buat bingka tepung aje :)

    ReplyDelete
  29. Salam Nieza,
    Akak datang bawak nasi ketumbar dengan ayam goreng nyonya nak tukar dengan bingka ni

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers