1 Nov 2011

Puding Keju


Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua. Hari ni baru berkesempatan nak share dessert yang saya bawa untuk potluck morning coffee minggu lepas. Sejak sibuk-sibuk dengan aktiviti luar dan persatuan ni mood nak menulis kat blog ni ada sedikit lemau. Masak tu masak juga tapi malas nak snap photo dan n3 jer....ditambah pula dengan cuaca  kat sini sekarang  semakin cepat gelap. Waktu dah berubah iaitu sekarang ni dah 6 jam lewat dari waktu Malaysia...dan tak lama lagi masukla musim winter dengan salji yang membeku tu....kalau tak suka pun kena suka jugalah.....sabar jer lah kan.:D


Oklah berbalik pada n3 hari ni saya ambik resepi ni drp dapur Kak Nor@ Secubit Garam...Kak Nor lak ambik kat dapur Along Roz. Actually, dah lama simpan resepi ni baru berkesempatan nak cuba. Ramai juga blogger lain dan mencuba sampai tak ingat dah kalau saya nak senaraikan.btw, terima kasih pada tuan empunya resepi, Kak Nor dan semua yang telah berkongsi resepi puding yang sedap ni...izinkan saya berkongsi disini pula:D


resipi : AlongRoz
sumber : K.Nor@SecubitGaram
Saiz 8" persegi
BAHAN2:
13g Serbuk Agar-Agar
1 liter Air
120g Gula
3 biji Telur
120-150g Biskut Cheese - blend halus
1 sb Tepung Kastad
400ml Susu Cair
200g Susu Pekat ~ utk 1/2 adunan k.nor letak 2 sudu besar jer
50g Mentega


CARA2:
1. Masak serbuk agar2 dgn air sehingga hancur. Kacau selalu.
Masukkan gula & kacau sehingga sebati.
2. Pukul telur sehingga rata & campurkan biskut & tpg kastad.
Masukkan susu & kacau sebati.
Tuangkan ke dlm adunan agar2 tadi & tutup api apabila mendidih.
Masukkan mentega sehingga sebati.
3. Tuang ke dlm tin/acuan & biarkan sejuk di suhu bilik.
Sejukkan sebelum di hidangkan.

Nota drp Kak Nor:
* Utk bahan telur, biskut, susu cair, susu pekat dan tepung kastard.. K.Nor blend semua sekali dlm blender.
Bila dah tuang ke dlm adunan agar, adunan akan jd pekat dan hendaklah sentiasa dikacau hingga mendidih. Pastu padamkan api dan biarkan sebentar (sejuk sket), baru lah dituang dlm mould (kacau dulu hingga sebati sebelum menuang)

suka guna silicon mould bila buat puding sebab senang nak tanggal.

24 comments:

  1. salam Nieza.Wah puding glemer dah terbang ke Finland.Menurut kata kawan kawan yang dah buat sedap sangatt rasanya.Insyallah nak kena cuba jugak ni :)

    ReplyDelete
  2. Cantiknyaaaa.. Lawa la mould tu. Susah nk jumpa cantik2 kat bakery sini. Puding ni sedap. Lemak2 gitu kan

    ReplyDelete
  3. guna biskut cheese pasti sedap...ada rasa lemak2 kan.
    Warna pun cantik :)

    ReplyDelete
  4. Rupa parasnya sahaja sudah menggoda2.. sy belum ada lagi sebarang acuan yg cun2.. :(

    ReplyDelete
  5. Jauh merantau dh resepi ni ye...dlm byk2 hidangan tu, puding ni yg plg outstanding sekali...elegant giteww!

    ReplyDelete
  6. salam nieza
    kak ilah dah pernah buat mmg sedap lemak manis tak jemu makan...
    yg syok tengok bentuk munge2 dia..kalu jumpa kat sini pasti kak beli...

    ReplyDelete
  7. puding yang sedappppp.....
    wahhhhhh..cantikkknya bentuk rose...
    mengancammm....

    ReplyDelete
  8. hehe.. cam sama jer rose mould kita tu ya.. hihhi

    ReplyDelete
  9. canteknyer akak
    x tahan bab cheese ni
    dah diet balik ngeee
    akak mana beli silicon mould tue ekk? berkenan plak

    ReplyDelete
  10. Nieza...
    kak cek nak puding pinky2 rose tu...cantiknya....geram tgk....syg lak nak makan..he he..:D

    ReplyDelete
  11. salam nieza...minggu yg membz kan ye..byk aktiviti..seronok dpt serba sedikit ilmu dinegara org.
    cantik memukau puding tu dgn dihiasi sekuntum mawar..akak x pernah try lg resepi ni

    ReplyDelete
  12. as-salam kak Nieza.
    cantik berseri2 puding keju tu kak..
    npk sedap!!

    ReplyDelete
  13. kak nieza!! cantiknyerr puding akak.. tun rasa dh 4 kali tun wat puding keju nih.. sedap!! wat layer coklat2 pun sedap.

    ReplyDelete
  14. Assalam kak nieza,cantik sgt puding akak,sy mmg jauh ketinggalan kak,sekut cis beli mula2 licin cam tuh ajer,pastu nih ada beli lagi,tapi malas betoi nak wat,sbb cuaca ashik ujan jer,malas lak nak layan puding2 nih..Nanti2 insyaAllah nak juga wat,mmg betoi kak puding akak nih cun bangat..

    ReplyDelete
  15. Assalam nieza..cantiknya puding nieza..warna campuran dengan pink tu cantik sungguh.

    ReplyDelete
  16. pasti enak ni... kaler cantik, rupa pon cantik.. macam tuan dia..

    ReplyDelete
  17. kreatifnya nieza..akak tak pernah terfikir pun nak gabungkan dua warna..boleh try lah nanti..lagi pun puding ni sedap kan nieza?.

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum nieza... waaah tersangat cantik ler kejadian puding keju tu nieza... sayang plak nak potong bila tgk ianya secantik tu... warnanya pun lembut jer.. mmg cantik sgt

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum Nieza

    saya ambil rasa sedikit....he he

    Wassalam

    ReplyDelete
  20. the pudding looks nice and surely it tastes very delicious..hihi. i'm gonna try it too :'D

    ReplyDelete
  21. Assallamualaikum Nieza..
    Wahhhh..cantiknya puding tu.. Cam sayang rasanya nak dipotong...

    ReplyDelete
  22. Kak CM:
    w.salam kak...ya memang sedap...cubalah nanti kak:)

    Izah:
    tq zah...kat sini mcm-mcm rupa mould ada zah..tapi kejap jer akan abis kalau time sale ni..sekali lagi pi nak beli tgk dah tak ada keluar lak yg lain.ya la puding sedap lemakx2 gitu:)

    Kak kasih:
    betul la kak memang sedap...tq:)

    Zefa:
    tq...guna acuan apa pun boleh juga:)

    Chah:
    yer chah org jauh dah buat ni tunggu chah lak buat nanti...hehe.tq...:)

    ReplyDelete
  23. kak ilah:
    betul la kak memang sedapkan...acuan ni senang guna dan senang nk tanggal kak:)

    Mas:
    ya Mas...sedap kan...tq:)

    Kak Nor:
    yer la tersama la pulak kan...hehe

    Lady Ayu:
    alahai diet ke dik...akak tgk slim melim jer..akak ni yg tak reti-reti nak diet lagi..hehe SM tu beli sini jer:)

    Kak cik cek:
    puding dah abis la kak...buat masa morning coffee hari tu...btw, tq kak:)

    kak zai:
    biasala dok merantau ni kak kena la sibukkan diri dgn persatuan kalau tak bosan juga. trylah kak puding ni memang sedap:)

    Ady:
    w.salam...tq..:)

    ReplyDelete
  24. Tun Telani:
    wahh...hebatla tun dah sampai 4 kali tu...tapi memang sedapla..:)

    Zaliedana:
    cepat-cepat pi cari sekut tu dulu...nanti buat yer..hehe

    Acik Erna:
    tq kak..:)

    Mulan:
    tq...:)

    Kak Anymz:
    saja jer cuba-cuba letak colour kak...kalau putih jer tak menarik la bunga rose tu...hehe

    Kak Diana:
    w.salam...tq kak..tapi jgn ler sayang lak..buat utk makan kan..hehe

    Atuk:
    w.salam...boleh..silakan ambil gambar yer puding dah abis tapi piring pulangkan blk tau...hehe

    Rtp Farra:
    tq...yes u should try this..:)

    Kak Naz:
    w.salam kak...tq tapi jgn lah sayang pulak...dah buat kena makan ler..:)

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers