1 Nov 2011

Morning Coffee Session

Assalammualaikum, n3 ni nak ceter pasal aktiviti saya di hari ahad lepas iaitu pada 30 Oktober 2011. Aktiviti  bersama persatuan ladies kat sini iaitu PERWAKILAN. Sekadar untuk simpanan dan catatan kenangan buat saya saja ni. 

Aktiviti pada hari itu ialah  morning coffee, majlis sambutan hari lahir bagi ahli yang menyambut ulangtahun kelahiran pada bulan tersebut, mesyuarat bulanan dan juga sessi penerangan oleh Puan presiden PERWAKILAN Helsinki tentang protokol dan etika di meja makan. Sebagai isteri diplomat biasanya sering dijemput kemajlis-majlis rasmi apabila mengikut suami bertugas. So....kena tau jugalah sedikit sebanyak etika dan protokol ini.

Majlis bermula pada jam 10.30pagi yang bertempat di kediaman Puan Presiden @ Rumah Malaysia iaitu kediaman TYT Duta. Majlis dimulakan dengan aktiviti potong kek dan makan-makan dulu. Kebetulan buat hari weekend, husband pun ada juga dtng makan sama...tapi lepas makan diorang pergi memancing dan ladies teruskan aktiviti seperti mana yang telah dirancang.

Actually, mengikut perancangan aktiviti majlis ini biasanya dibuat setiap 3-4 bulan sekali tapi atas sebab-sebab tertentu dan saya juga tiada disini sebab pulang ke Malaysia, majlis ni ditangguhkan pada bulan oktober. Itulah yang membusykan saya 2-3 hari ni sebab selaku Setiausaha persatuan banyak tugas yang perlu saya siapkan....terutama sekali fail persatuan dan minit mesyuarat...lama tinggal sampai lupa nak update...hehe oklah....jom layan gambar kat bawah ni pula..:D

antara menu yang dihidangkan

Ucapan drp Puan Pengerusi PERWAKILAN

group photo bersama  ahli yang hadir

 2 org birthday girl yang sambut birthday 

rich moist chocolate cake ni tempah pada seorang kawan kat sini...memang sedap...:D

 potluck menu....saya bawakan kuih bakar durian dan puding saja..:D


 Buku etika dimeja makan


 Penerangan oleh Puan presiden berkenaan peralatan yang biasa digunakan pada sesuatu majlis





TAMAT....
berjumpa lagi pada sessi morning coffee pada bulan yang lain pula nanti...:D

5 comments:

  1. selamat pagi dari Malaysia buat nieza..

    wah.. majlis 30 oktober tu mmg meriah sangat....
    makanan pun lazat2....
    terbaiklah...

    nieza....... cantiknya gambar2 yang awak syer kat kami... terkedu sungguh

    ReplyDelete
  2. Seronoknya bergader2, akak tak sabar nak morning coffee dgn famili kat semenanjung lps ni..

    ReplyDelete
  3. Macam2 menu ada....bestnya...:D

    ReplyDelete
  4. Nieza..kuih angku tu buat akak teringin..nieza pernah buat ke..klau pernah nanti sharekan resipi ye..terima kasih nieza.

    ReplyDelete
  5. Citarasa Rinduan:
    Ayu, thanks dear..:)

    Kak Zanafami:
    ya memang best kalau sekali sekala bergader-gader ni kan:)

    kak cik cek:
    menu potluck kak...mcm ni ler kalau jumpa mkn jer kejanya kan..hehe

    Kak Acik Erna:
    nieza lum pernah buat la kak...tak ada acuan tu. kuih ni isteri duta yang buat ..insyaAllah bila ada acuan dan resepinya nanti nieza sharekan yer..:)

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers