20 May 2011

Pengalaman Umrah & Ziarah Part 3


Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua. Sejak balik umrah ni ada jer benda nak dibuat ditambah pula dengan merehatkan diri sepenuhnya tak sempat nak bw sangat pun. terima kasih pada yang sudi singgah ke sini. Alhamdulillah semakin terasa segar sikit badan ni kalau tak mcm batery lemah jer. Alhamdulillah masa kat tanah suci Mekah diberikan kesihatan yang baik.....berkat doa disana juga semua ibadah yang dibuat telah dipermudahkan Allah swt.

Masa dah balik baru terasa keletihannya....maybe masa travel sama yang penat ditambah dengan masa transit di istanbul pula. lagi pun masa di tanah suci memang tak cukup rehat dan tido pun. Jadual dan program yang diatur terlalu padat...sehari dapat tido 3 jam saja kul 3.30am dah ke masjid untuk solat subuh....waktu siang pula dipenuhi dgn program ziarah. Kekadang curi tido juga masa dalam bas tapi tu la terasa rugi pula bila terlena coz terlepas tgk permandangan yang cantik di Tanah Haram. Itu kita yang muda masih banyak tenaga kalau nak compare dengan warga tua yang kesana lagi kesian....tapi dengan semangat yang ada .....alhamdulillah tgk mereka kuat. 

Bersama dengan rombongan tabung haji tu ada seorang makcik dari Johor umurnya dah 80thn tapi masih kuat berjalan tanpa menggunakan kerusi roda pun....dia datang ditemani oleh 2 orang anak perempuannya dan seorang menantu lelakinya. Saya sangat kagum melihat semangat makcik yang berusia itu......terfikir dihati saya macam mana pula kalau usia saya mcm makcik tu nanti adakah saya juga akan sekuatnya....apapun kita doakan saja semoga Allah berikan kesihatan yang baik buat kita semua untuk terus beribadat kepadaNya...InsyaAllah.

Bercerita di hari terakhir kami disana pada 14 Mei 2011(sabtu) sebelum berangkat ke Airport Jeddah diwajibkan setiap org untuk melakukan tawaf wada iaitu tawaf selamat tinggal.Tawaf wada ni dikecualikan bagi mereka yang uzur dan diatas sebab-sebab yang tertentu saja. So...selepas itu kami terus check out bersama dengan beg masing-masing untuk terus ke airport nanti. Tapi masa berlepas pada waktu malam terlalu awal untuk terus ke airport. Oleh itu, kami dibawa pula ziarah di beberapa kawasan di  Kota Jeddah.


 Alhamdulillah kami diberi kesempatan untuk ziarah makam nenda kita iaitu Hawa isteri kepada nabi Adam, Selepas berhenti makan tengah hari dan solat zohor di sebuah hotel disana kami teruskan melawat sekitar Kota Jeddah dan Laut Merah sebelum ke airport Jeddah untuk berlepas ke destinasi masing-masing. Layan jerlah gambar kat bawah ni yer.....ada yang saya snap dari atas bas masa dalam perjalanan jer ni. so...gambar pun kurang cantik sikit tapi bolehlah untuk dikongsi bersama dengan saudara mara dan kawan-kawan serta buat kenangan saya di kemudian hari nanti.

Permandangan salah satu Masjid di Kota Jeddah


Subhanallah...memang cantik kawasan ini











Permandangan dari jauh masjid terapung di laut merah di Kota Jeddah. Laut Merah adalah laut yang terkenal dengan sejarah masa zaman nabi Musa yang membelah laut dengan tongkatnya semasa zaman Firaun dahulu.






Dan (ingatlah), ketika kami belah laut untukmu, lalu kami selamatkan kamu dan kami tenggelamkan (Fir’aun) dan pengikut-pengikutnya sedang kamu sendiri menyaksikan (QS 2:50).Dan kami memungkinkan Bani Israil melintasi laut, lalu mereka diikuti oleh Fir’aun dan bala tentaranya, Karena hendak menganiaya dan menindas (mereka); hingga bila Fir’aun itu Telah hampir tenggelam berkatalah dia: “Saya percaya bahwa tidak ada Tuhan melainkan Tuhan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan saya termasuk orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)” (QS 10:90).Dan Sesungguhnya Telah kami wahyukan kepada Musa: “Pergilah kamu dengan hamba-hamba-Ku (Bani Israil) di malam hari, Maka buatlah untuk mereka jalan yang kering dilaut itu[933], kamu tak usah khawatir akan tersusul dan tidak usah takut (akan tenggelam)”. (QS 20:77)Maka Fir’aun dengan bala tentaranya mengejar mereka, lalu mereka ditutup oleh laut yang menenggelamkan mereka. (QS 20:78)Lalu kami wahyukan kepada Musa: “Pukullah lautan itu dengan tongkatmu”. Maka terbelahlah lautan itu dan tiap-tiap belahan adalah seperti gunung yang besar. (QS 26:63)

sungguh indah permandangan masjid terapung dan laut merah ini di petang hari.

Kisah Nabi Musa yang bersama kaumnya diperintahkan oleh Allah untuk meninggalkan Mesir. Ketika telah sampai di tepi Laut Merah, Allah memerintahkan Nabi Musa untuk memukulkan tongkatnya hingga laut luas yang berada di hadapan mereka terbelah membentuk jalan dengan dua dinding air yang tinggi. Tak dapat saya nak membayangkan betapa dahsyatnya kejadian tersebut. Menurut sejarah, peristiwa itu terjadi sekitar 3500 tahun yang lalu.







terasa sayu dihati bila akan meninggalkan Kota Suci ini


dah sampai ke terminal haji di airport Jeddah....kami semua berkumpul dikawasan luar airport sementara menanti proses untuk masuk kedalam secara berkumpulan. Macam-macam perasaan dirasa ketika ini. Gembira kerana semua sudah selesai dan sedih kerana akan meninggalkan tanah suci dan berpisah buat sementara waktu dengan family. Alhamdulillah syukur kerana suami dapat berjumpa dengan bondanya di sini setelah hampir 2thn tak berjumpa. Selama berjauhan kami hanya bersembang di talian telefon saja selama ini.

Bergambar kenangan bersama dengan family suami dan rombongan tabung haji dari Malaysia. Penerbangan mereka ke KLIA berlepas pada jam 9malam manakala saya dan suami pula berlepas pada jam 2.30pagi. Terpaksa melepak di airport saja masa tu. 

Sekian saja cerita pengalaman saya di tanah suci Mekah dan Madinah. Semoga ibadah yang dikerjakan diterima Allah dan dimakbulkan segala doa...amin. Doa dan harapan saya juga semoga saya, semua family dan teman-teman  blogger disini juga akan diberikan peluang dan kesempatan untuk menjadi tetamu Allah lagi satu hari nanti...insyaAllah..amin.

27 comments:

  1. Assalamualaikum Nieza,

    Cantik dan sayup sekali memandang kawasan dan pemandangan disana...alhamdulilah sampai Nieza ke sana ya...mudah2an Allah memberi kesempatan pada hambanya yang lain untuk mengerjakan umrah dan haji...insyaAllah.Terima kasih Nieza berkongsi pengalaman yg sungguh bererti ini.

    ReplyDelete
  2. Assalamulaikum nieza - cerita pasal mekah dan madinah tak pernah jemu dan bosan...hati terasa sayu jer...tambah2 utk melawat Manusia AGUNG Syidina Muhammad.

    ReplyDelete
  3. assalam nieza..insyaalah.
    dan alhamdulillah nieza bepeluang melihat keindahan disamping menjalani ibadah umrah.
    memang cantik2 gambar yang nieza kongsikan disini..

    ReplyDelete
  4. salam adinda kuss tercyg..terima kasih lagi sekali kongsi gmbr2 di sana..terpegun kak ilah tgok cantek2 belaka.. masjid terapung pun ada mcm kat melaka dan trganu..
    tg depa gantung vase atas tuu wah kretip laa.. pak arab ni pun kretip juga noh.hehe..mmg cantik...

    ReplyDelete
  5. assalam nieza...subhanallah, cantik n indahnya di sana ya..sejuk hati dpt tgk

    ReplyDelete
  6. tengok gambo2 nieza ni membuat hati rasa terpanggil untuk ke sana..

    ReplyDelete
  7. Menitis air mata saya Nieza..betapa panggilan ke sana amat kuat ..cuma masa belum sesuai..doakan saya juga akan sampai... terima kasih atas perkongsian ini..

    ReplyDelete
  8. thanks 4 sharing!sangat rindukan bumi anbiya' ini...huhu

    insyaAllah..dpt umrah yg mabrur...amin

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah nieza dah sihat ye,terasa sayu akak baca cerita nieza di sana bila agaknya akak akan ke sana InsyaAllah

    ReplyDelete
  10. amin...amin YRA
    Cantiknya gambar2 di atas :)

    ReplyDelete
  11. Salam Nieza....sihat sejahtera hendaknya....

    Seronoknya tgk pemandangan kat sana...bila pulakla tiba masanya utk kak cek ke sana ya....

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum Nieza,
    Selamat kembali dan selamat besiaran semula ya. Tak jemu akak melihat gambar gambar yang Nieza ambil di tanah suci Mekah, cantik2 dan begitu memukau pandangan mata, sekaligus membuatkan kita terasa betapa agungnya ciptaan Ilahi. Semuga kita yang lainnya disini akan diberikan kesempatan yang sama utk mengerjakan ibadah di tanah suci nanti, insyaAllah. Tkasih kerana sudi berkongsi pengalaman

    ReplyDelete
  13. Assalam kak,cantik pic2 kak..Best n beruntung akak,muda2 dah dapat jejak kaki ke sana..Sy tahla smpat ke x nak pegi,dah daftar,tapi taun 2036 baru dapat p,insyaAllah..

    ReplyDelete
  14. Aminnnn...

    Salam Niezza.
    alhamdulillah, selamat kembali. Semoga pengalaman itu menguatkan lagi keimanan dan keyakinan.

    terimakasih berkongsi gambar dan pengalaman yang mahal ini. Memang begitu teringin sungguh, sejak dulu. Bila lihat gambar itu hati bagai dipanggil...

    ReplyDelete
  15. indah dan rase bagai melambai2 suruh kak ain kesana...

    insya allah kalau ade rezeki ingin kesana bersama suami dan anak2..mintak allah perkenan la permintaan ni...

    ReplyDelete
  16. salam rindu nieza..alhamdulillah telah selamat pergi & kembali dgn selamatnye..seronok tgk foto2 nieza kt sana..ada rezeki insyaallah akan menyusul..amin!

    ReplyDelete
  17. Assalam nieza..
    sesungguh nyer ciptaan dan kejadian dari allah mmg indah dan terindah... alhamdullah.. rahmatt nyerlah... gambar2 yang nieza n3 meruntun dan menggamit jiwa akak.. isyaallah..

    ReplyDelete
  18. salam rindu nieza..
    syukur dh slmt kembali..seronok tgk foto2 disana...bila plk kite nk menyusul kesana ye...sesiapa pun dgn izin nya akan smpai jua kan...

    ReplyDelete
  19. Nieza....
    Seronok tengok gambar2 Nieza dan syukur semuanya selamat ....semoga akak juga berpeluang ke sana nanti..amin..

    ReplyDelete
  20. Aslmualaikum nieza..cantik2 pic yg nieza ambil.. rasa senang jer mata memandang.. klau dapat menjejak kaki ke sana bertuahnya rasa bdn.. smga ada rezeki akk nk kesana kelak..

    ReplyDelete
  21. Alhamdulillah, selamat sudah perjalanan umrah nieza dan suami. seronokkan pergi ke sana. memang betul sesiapa pun yg melihat kaabah tiada kata2 yg boleh di gambarkan, hanya deraian airmata sahaja , menggambarkan kegembiraan dan betapa syukurnya dapat menjejakkan kaki kerumah allah. memang betul masa kat sana tak rasa penat bila nak balik baru terasa letihnya.

    ReplyDelete
  22. salam kak nieza,
    sukanya mas tengok gambo2 tu...
    mudah2an mas sekeluarga pun dapat menjejak kan kaki kat sana...
    insyaAllah...

    ReplyDelete
  23. assalamualaikum..

    nieza..
    bilakamu kongsi ttg makcik yang dari johor tu,
    ayu pun mendoakan agar ayu dapat ke tanah suci sebelum usia lanjut..
    mana tau, satu hari kita sihat atau tidak..

    subhanallah..indah2 permandangan di sana

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum Nieza cayangggg....alhamdulillah dah selamat kembali dr umrah yea... pastinya meninggalkan kenangan manis dan insyaAllah memantapkan lagi amalan kita kan... Xpa, rehat2 lah dulu..nnt dah senggang2 boleh BW k...muaaahhhh!

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum Nieza..pe kabar, bestnya tgk gambar2 kat tanah suci tu..alhamdulillah nieza dh pun menjejak kaki di sana..meh peluk sikit, nak ambik bau2 mekah..:)

    ReplyDelete
  26. alhamdulillah..saya pon sayu hati baca entri kak nieza..insyaAllah semoga diberi kesempatan jugak unt ke sana..terima kasih sbb kongsi gamba dan info dengan kami semua..:D

    ReplyDelete
  27. Salam.. Nieza, syukur Alhamdulillah, Nieza dah selamat pulang daripada menunaikan umrah. Beruntung Nieza dapat ke sana di kala usia masih muda. Mudah-mudahan kami yang menbaca entri ni juga akan dapat menjadi tetamu Allah satu hari nanti. Terima kasih kerana berkongsi pengalaman dan gambar2 yg cantik. Tak jemu membaca entri waktu di tanah suci. Jaga diri ye..

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers