17 Jun 2010

Kuih Lapis Pisang


Bahan A
2 cawan santan
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir
2 sudu makan tepung beras
2 sudu makan tepung kastad/jagung
1 sudu teh garam

Bahan B
1 cawan pisang emas/berangan - dilecek
1/4 cawan air
sedikit pewarna kuning

Bahan C
1/4 cawan air
sedikit pewarna merah

Cara Membuat:
1. Campurkan bahan A hingga sebati. Tapiskan dan bahagikan kepada dua bahagian.

2. Campurkan bahan B dalam satu bahagian dan kacau rata.

3. Satu bahagian lagi dicampurkan dengan bahan C dan kacau rata.

4. Panaskan kukusan. (Sediakan loyang yang digriskan sedikit dengan sedikit minyak. Panaskan sebentar)

5. Tuangkan hampir 3/4 cawan adunan pisang (B) dalam loyang dan kukus selama 8 minit.

6. Kemudian lapiskan pula 1/3 adunan merah dan kukus juga selama 8 minit.

7. Buat sehingga siap setiap lapisan

8. Semasa kukusan akhir, balut penutup kukusan dengan kitchen towel dan kukus lebihkurang 10 - 12 minit.
Biar sejuk pada suhu bilik dan barulah dipotong.

No comments:

Post a Comment

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers