15 May 2010

Nasi Beriani Ayam

Bahan Utama

1/2 ekor ayam  dipotong kecil, cuci dan toskan
1 cawan susu sejat + 1 cawan air
150 g minyak sapi
500 g beras basmathi, cuci dan rendam 30 minit, toskan
2 helai daun pandan
2 batang serai, dititik
1/2 cawan sos tomato
2 biji bawang besar*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia*
40 g kacang gajus*
30 g kismis*(*dikisar halus)
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 batang kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
3 biji buah pelaga*
5 kuntum bunga cengkih*(*bahan tumis)
2 camca besar penuh, rempah beriani

Bahan-bahan tabur
1/2 cawan kismis
50 g kacang gajus, digoreng hingga kekuningan
3/4 cawan hirisan daun ketumbar
Secubit koma2*
1/3 cawan susu sejat
1/2 cawan bawang goreng
2 helai daun pandan, disimpul


Cara membuatnya
1. Panaskan minyak sapi dalam kuali, hingga cair. Masukkan bawang besar hiris, bawang putih hiris, bahan tumis, serai dan 1 helai daun pandan. Bila harum, masukkan bahan2 kisar, rempah beriani dan sos tomato. Masak hingga terbit minyak.

2. Masukkan ayam dan gaul rata. Tuang susu sejat dan tambah garam secukup rasa (dalam 1 camca teh),masukkan kiub ayam.... kecilkan api dan masak hingga ayam masak dan kuah pekat, biar kering sedikit. Ketepikan.
3. Didalam periuk yang lain....didihkan air (biar byk sedikit), masukkan daun pandan. Bila air mendidih, masukkan beras tadi dan masak 5 - 6 minit hingga beras menjadi butiran yang lembut dan tidak keras. Angkat dan toskan.
4. Apabila nasi sudah masak dan masukkan nasi tersebut ke dalam periuk yang dimasak ayam tadi....ratakan.  tabur gajus, bawang goreng, daun ketumbar, kismis, 1 helai daun pandan dan sudukan bancuhan susu dan koma2 ke beberapa bahagian nasi.
5.Perlahankan api dan kacau ratakan nasi dan ayam.....dah akhir sekali taburkan bawang goreng dan bahan hiasan lain...bolehlah dihidangkan.

No comments:

Post a Comment

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers