7 May 2010

Daging Masak Merah

Bahan-bahan :
300gm daging lembu yang dihiris nipis
2-3 sb cili kering kisar (boleh tambah atau kurang)
2 ulas bawang putih (dikisar)
1 labu bawang besar (dikisar)
1cm lengkuas (dikisar)
2cm halia (dikisar)
1 batang serai di ketuk
1 sb sos tiram
2 sb sos cili
1 sb sos tomato
2 biji  buah tomato dipotong 4
sedikit garam dan gula
1/4 cawan susu cair
minyak masak
bawang besar dipotong gelang utk hiasan

Cara-cara :
1. Tumis bahan2 kisar hingga naik bau. Kemudian masukkan cili kering yang dikisar dan tumis lagi hingga garing.
2. Masukkan sos tiram serta sedikit air. Kacau dan biarkan ia mendidih seketika.
3. Masukkan daging, sos cili, sos tomato, serai yg diketuk dan perasakan dgn garam dan gula jika perlu.
4.  kacau hingga masak dan masukkan susu cair ...sekiranya agak pekat dan inginkan berkuah masukkan sedikit air.
5. Masukkan buat tomato dan taburkan bawang besar yg di potong bulat.
6. Angkat dan bolehla dihidangkan.

No comments:

Post a Comment

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers