15 Apr 2010

Talam Cendol




Lapis Bawah
225 g tepung beras
1 sb tepung ubi
2 sk garam
800 ml santan cair
130 g cendol pandan (ni saya buat sendiri kalau nak sng beli jer...tapi kat Finland ni tak ada jual so buat sendirila...resepinya boleh tgk diresepi cendol)
60 g gula halus

Cara2 untuk lapisan bawah
Santan,tepung2, garam dan gula digaul rata dan masak hingga hampir pekat dan tuangkan cendol dan gaul rata.Matikan api.
Tuangkan adunan terus ke dalam loyang yg telah dipanaskan dan kukus hingga masak atau selama 15 min.Sambil itu siapkan lapisan atas.

Bahan-bahan Lapis Atas
*600 ml santan pekat
*200 g gula melaka - dihiris halus
*50 g gula halus
*1/4 sk garam
5 biji telur
60 g tepung gandum
30 g tepung beras

Cara-cara Masak bahan2 bertanda * untuk lapisan atas
masakkan gula hingga larut bersama santan.Tapis dan sejukkan.
Panaskan kukusan dan masukkan loyang yg disapu minyak sekeliling.

Cara2 untuk Lapisan Atas
Satukan *santan yg telah dimasak dgn gula tadi bersama telur dan tepung.Kacau hingga sebati dan tapis.Masak hingga adunan pekat.
Apabila pekat,tuangkan ke atas lapisan bawah dan kukus lagi hingga adunan masak atau selama 20 min di atas api sederhana.
Biar kuih benar2 sejuk.
Bolehlah dipotong dan disajikan.

No comments:

Post a Comment

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers